Restoren Ayam Penyet Padang Jawa Shah Alam

restoren ayam penyet padang jawa
Papan tanda restoren ayam penyet / kedai makan pecal lele

eXplorasa meneruskan lagi pencarian restoren yang menawarkan harga yang murah di samping menu yang sedap dan best. Kali ini aku singgah di Restoren Ayam Penyet yang terletak di Seksyen 16 Padang Jawa Shah Alam. Aku bertandang ke restoren ini kerana dicadangkan oleh blogger yang suka bermain dengan lastik iaitu Melastik Bintang. Malah beliau sendiri yang turut serta menunjukkan tempat restoren tersebut.

Aku, selain daripada MB, turut ditemani oleh sifu SEO bro Eizil dan pereka logo eXplorasa yang belum siap-siap lagi Bro Anarm telah ke restoren ini untuk menikmati makan tengahari beberapa hari yang lepas. Lokasinya tidak jauh dengan Seksyen 7 tempat tumpuan para pelajar UiTM. Padang Jawa dan Seksyen 7 hanya dipisahkan oleh Lebuhraya Persekutuan. Jadi tidak hairanlah mengapa restoren ini memang sesak dengan pengunjung. Kebanyakannya adalah daripada pelajar-pelajar UiTM seksyen 7 Shah Alam.

Teamwork Denaihati
Blogger-blogger kacak sedang makan

Setelah berjaya mendapatkan meja untuk kami makan, aku terus ke kaunter pesanan untuk memesan menu untuk dinikmati pada tengahari itu. Pertama kali aku terpegun apabila melihat senarai menu dan harganya. “Murahnya harga makanan kat sini” getus hati kecilku. Sebelum ini aku ada beberapa kali makan di restoren ayam penyet, tetapi harganya tak ada la murah macam ini.

papan tanda menu retoren ayam penyet
Harga makanan semuanya murah
menu kedai makan pecal lele
pilihlah menu yang disukai tanpa perlu fikirkan pasal harga

Setelah berfikir sejenak aku memilih menu Pecal Bebola. Sebabnya bunyinya agak lain daripada yang lain. Manakala minuman pula aku pilih jus mango sebagai pembasah tekak pada petang itu. Bro Eizil dan Bro MB memilih Pecal Lele manakala Bro Anarm memesan Pecal Ayam.

menu bebola daging
Menu Pecal Bebola daging

Seterusnya aku ke periuk kuah. Satu periuk diisi dengan kuah sup dan satu periuk lagi diisi dengan kuah kuning. Rasa sup agak unik kerana rasanya persis kuah Ikan Singgang masakan negeri Terengganu. Kuah Kuning tu aku tak pasti rasa macamana kerana aku tak suka mencampurkan 2 kuah serentak semasa menikmati sesuatu masakan. Ini adalah kerana paa aku ia akan mengganggu rasa sesuatu masakan tersebut.

periuk restoren ayam penyet
Dua periuk kuah iaitu periuk kuah sup dan kuah kuning

Servis di restoren ini sangat cepat walaupun pelanggan ramai. Pekerjanya yang agak ramai membantu memberikan perkhidmatan dengan cepat dan cekap ini. Lebih kurang 5 minit sahaja minuman yang dipesan telah sampai ke meja. Tak sempat pun mata mengu”usha” awek di sebelah meja. Selang beberapa ketika selepas itu makanan pula sampai.

awek sedang makan
pelanggan yang memenuhi restoren ayam penyet ini

So apalagi, kami pun santaplah dengan manu yang dipesan yang semuanya sudah sampai ke meja. Tiba-tiba aku terpandang menu tambahan Begedil yang Bro Eizil pesan awal tadi. Macam best je. Memang Begedil adalah makanan kesukaan aku. Lantas aku segera ke kaunter pesanan untuk menambah satu lagi pesanan yang tertinggal iaitu Begedil kesukaan. Biasanya kalau kita pesan satu menu tambahan secara berasingan, ia akan lambat tiba ke meja. Tapi tidak di restoren ini. Selang beberapa minit saja Begedil yang dipesan tadi sudah sampai. aku baru je mulakan santapan aku beberapa suap. Kagum sungguh aku dengan servis restoren ini.

gambar nasi putih
Nasi dicedok sendiri
lauk ikan keli
menu pecal lele pilihan MB dan Eizil
gambar lauk ayam
menu Pecal Ayam pilihan Anarm
gambar begedil
Begedil Kesukaan aku

Secara kesuluruhan menu yang aku pesan memang sedap lah. Pecal Bebola daging. Menu ini dimasak menjadikannya seperti keopok lekor. Bezanya keropok lekor rasa ikan dan berbentuk panjang tapi menu ini rasa daging dan dibentuk bulat. Kalau anda tanya, memang aku rekomenlah makan kat sini. Rasanya memang sedap. Yang paling berbaloinya ialah harganya yang murah.

Minumannya pula memang terbaik. Kalau anda ke sini aku cadangkan supaya memesan Jus Mango restoren ini. Rasa jus ini sungguh berlainan daripada jus mango di restoren lain. Hingga hari ini masih terasa kehebatan rasa jus mango tersebut. Menurut MB jus jambu pun terbaik juga. Cuma masa kami pergi itu hari, jus jambu sudah habis stoknya.

menu minuman restoren ayam penyet
minuman jus anggur dan jus mango
gambar jus mempelam
jus mango yang sungguh sedap
gambar logo huruf X
trademark eXplorasa iaitu huruf X, straw bersilang pun ok

Oh ya. Kepada orang muda. Anda pasti suka ke restoren ini. Ini kerana pencuci mata yang terdiri daripada awek-awek UiTM memang ramai makan kat sini. Boleh la jeling-jeling ya tak?

Jom ke Restoren Ayam Penyet Kampung Jawa. Anda pasti akan datang lagi.

kedai makan murah
Kos makan tengahari untuk seorang hanyalah RM6 sahaja di restoren ayam penyet ini

Nota:
Dengar cerita Top Food Blogger Melayu Bro Hazman Fadzil akan datang ke restoren ni sedikit masa lagi…

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ