Kenny’s Teriyaki Chicken – Menu Bermusim Terbaru Kenny Rogers Roaster

8
1034

logo kenny rogers


Kenny Rogers Roaster datang lagi dengan menu bermusim terbarunya sempena dengan musim perayaan ini. Menu kali ini ialah Kenny’s Teriyaki Chicken. Bila sebut sahaja perkataan teriyaki pasti kita akan teringat kepada masakan ala Jepun, betul tak? Apa yang pasti menu ini mesti ada kena mengena dengan resipi teriyaki tersebut.
iklan KRR teriyaki chicken

Aku menerima jemputan lagi daripada KRR untuk sesi review menu terbarunya. Memang sudah menjadi kebiasaan apabila ada menu terbaru yang akan dilancarkan pihak KRR akan memanggil blogger yang bernichekan makanan ataupun lebih dikenali sebagai food blogger untuk terlebih dahulu merasa dan membuat review tentang menu terbaru tersebut. Alhamdulillah semenjak tahun lepas nama aku belum pernah lagi tercicir. Cuma bezanya sebelum ini aku hadir dengan blog sohoque.com, sekarang aku akan menggunakan eXplorasa untuk niche food dan travel.

Kami sampai di KRR One Utama tepat pada masa mengikut aturcara program. Sementara menunggu hidangan lengkap disediakan, kami dihidangkan dahulu dengan muffin KRR yang datang dalam pelbagai perisa iaitu Golden Vanilla, Banana Raisin, Zesty Orange, Mocha Chips, dan Creamy Pandan. Sambil makan sempat lah kad bisnes dihulur kepada blogger yang belum pernah dapat kad bisnes aku. Selain daripada bloggers ada juga wartawan daripada akhbar yang turut serta rupanya.

food blogger
food blogger dan wartawan yang hadir

Di satu sudut restoren ini, para pekerja sedang sibuk menyiapkan meja menu hidangan lengkap menu baru ini dan set KRR Take It Home Feast. Meja ini bertindak seperti pameran untuk menu-menu tersebut. Setelah puas mengambil gambar set hidangan lengkap menu baru tersebut, hidangan sendiri pun sampai dan sedia untuk dimakan.

Menu baru ini ada 3 komponen utama. Ada nasi (Aromatic Rice), sup ayam cendawan, dan peha ayam (chicken whole leg). Ayam ini diperap dengan sos istimewa teriyaki berserta herba dan rempah dan kemudiannya dibakar sehingga masak. Peha ayam, nasi aromatik, sup ayam cendawan dan muffin, inilah hidangan lengkap menu baru ini. Semuanya berharga RM19.90.

menu baru kenny rogers
set Kenny’s Teriyaki Chicken

Resipi Ayam Teriyaki ini banyak mencampurkan bawang sebagai bahan utamanya. Jadi jika anda penggemar bawang seperti blogger Eizil yang turut hadir pada hari itu, hidangan ini memang memenuhi selera anda. Bagi yang kurang minat bawang seperti aku ini pula, jangan bimbang. Sup ayam cendawan amat lazat. Ia boleh dimakan dengan roti dan sebagainya.

Ada tambahan set minuman untuk melengkapkan lagi hidangan menu baru ini. Tropical Paradise, minuman berperisa camouran oren dan nenas boleh dibeli sebagai pelengkap. Harganya RM7.90.

KRR juga memperkenalkan set bawa pulang iaitu KRR Take It Home Feast untuk dinikmati di rumah sepanjang musim perayaan ini. Set bawa pulang ini mengandungi 6 ketul ala carte teriyaki chicken, 2 mangkuk aromatic rice, 1 mangkuk Spicy Asian Salad, 1 mangkuk BBQ kacang panggang (baked bean), 1 mangkuk jangung (Golden Corn), dan 1 mangkuk carrot dan pasta salad. Disertakan juga setengah dozen muffin pelbagai pilihan perasa. 6 botol jus buahan didatangkan bersama set bawa pulang ini sebagai pelengkap. Semuanya berharga RM148.80 dan boleh dimakan sehingga 6 orang.

meja di kenny rogers roaster
set hidangan KRR Take It Home Feast yang telah disiapkan

 

Secara keseluruhannya, aku sangat berpuashati dengan menu baru bermusim KRR ini. Aku rasa blogger Kid dan food blogger popular Hazman Fadzil yang turut datang bersama-sama kami juga berkongsi rasa yang sama seperti aku.
hisyamudin dan hazman fadzil

Untuk maklumat lanjut tentang menu baru KRR ini, anda boleh layari: http://www.krr.com.my/

Loading

8 COMMENTS

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge