Ekspo Transformers Di Genting Highland

autobot di genting highland
Majlis pra pelancaran TRANSFORMERS EXPO 2014

Pasti semua kenal akan watak-watak robot penyelamat dunia Autobots dan robot penjahat Decepticons. Ya, mereka adalah watak-watak dalam filem dan animasi terkenal Transformers. Peminat-peminat Transformers pasti terdetik di sanubari mereka bilakah mereka berkesempatan untuk mendekati watak robot-robot tersebut. apakah betul robot yang dilihat di layar filem ataupun hanya kesan penciptaan komputer sahaja.

BumbleBee turut menemani dalam majlis pra perasmian TRANSFORMERS EXPO 2014
BumbleBee turut menemani dalam majlis pra perasmian TRANSFORMERS EXPO 2014

Kini impian peminat Transformers ternyata tidak lagi hanya angan-angan semata. Ianya bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila Hasbro Transformers, jenama filem dan mainan terkenal dunia  akan mengadakan satu ekspo Transformers di Genting Highland. TRANSFORMERS EXPO 2014 ini merupakan ekspo yang terbesar dan yang pertama seumpamanya diadakan di malaysia bersempena meraikan ulangtahun Transformer yang ke 30 tahun.

Bertambah menarik apabila ekspo ini berkerjasama dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Ekspo ini dijangkakan menerima 300,000 peminat daripada dalam dan luar negara terutama daripada negara-negara Asia Tenggara. Ia akan diadakan bermula 31 Januari hingga 16 Februari 204 di the Arena of Stars, Resort World Genting. Ekspo yang dijangka mendapat sambutan hangat ini dianjurkan oleh Target Exposition Sdn Bhd dengan kerjasama Hasbro Incorporated (syarikat pemasaran untuk jenama Transformers) bersama-sama penaja iaitu Resort World Genting, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Toshiba dan Chevrolet.

Satu majlis pra-pelancaran TRANSFORMERS EXPO 2014 telah diadakan di Genting Highland pada 9 Januari baru-baru ini. Di dalam majlis tersebutPengarah Projek Traget Exposition berkata:

“Ekspo kali ini amat berlainan dengan ekspo yang pernah diadakan sebelum ini. Antara yang akan menarik pehatian pengunjung ialah kehadiran watak popular Optimus Prime yang mempunyai ketinggian 23 kaki, BumbleBee dan Camaro Chevrolet di ekspo tersebut. Pengunjung boleh berjumpa dengan mereka semasa sesi bersama peminat. Terdapat juga pemetaan 3D, Augmented Reality, Dunia Cybertron di terowong teknology 3D dan lebih 1300 watak Transformers edisi pengumpul. Ia akan memberikan pengunjung satu pengalaman yang amat menarik”

Ruang pameran di majlis pra pelancaran TRANSFORMERS EXPO 2014
Ruang pameran di majlis pra pelancaran TRANSFORMERS EXPO 2014

“Kami sangat positif ekspo yang dianjurkan bersempena dengan Tahun MElawat Malaysia 2014 ini akan menarik ramai peminat daripada Malaysia dan negara-negara jiran. Kami menawarkan 35,000 kp di Arena of Stars dan sebahagian daripada Taman Tema untuk ekspo ini. Ianya akan menambahkan lagi kemeriahan di resort semasa Tahun Baru Cina, kata Encik Kenny Yap, Penolong Naib Presiden, Operasi dan Pemasaran Taman Tema Resort World.”

watak-wtak transformers
Antara watak-watak dalam Transformers

Untuk memulakan event, Resort World Genting akan menayangkan sedutan pendek daripada filem terbaru Transformers yang bakal ditayangkan di pawagam di dinding Genting Grand Hotel menerusi 3D projektor mega dalam bulan Januari ini. Ini akan diikuti dengan ekspo di mana pelawat boleh ke beberapa zone Transormers yang dinamakan Cybertron, planet tempat asal Transformers.

mega skrin
Meg skrin tempat filem pendek Transformers baru akan dipertontonkn

Pengunjung juga boleh berinteraksi dengan BumbleBee atau Optomus Prime di dalam zon Augented Reality. Zon ini dihasilkan dengan teknologi tinggi janaan komputer input deria seperti bunyi, video dan grafik termasuk teknologi holografik terkini untuk membawa pelawat ke dunia Transformers.

watak bumblebee
BumbleBee ini memng nampak macam betul-betul!

 

gambar bumblebee dengan manusia
Aku dan BumbleBee

Anda boleh melawat Camaro Chevrolet yang bakal dipamerkan. Kereta amat terkenal kerana ia boleh bertukar menjadi BumbleBee. Di sini juga akan yterdapat satu kawasan yang agak luas untuk dipamerkan watak-watak robot dalam cerita Transformers semenjak 30 tahun yang lalu.

Jadi, tanda kalendar anda untuk event mega ini. Lawati www.rwgenting.com, myDeals.com, atau terus saja ke Resort World Genting box office untuk membeli tiket anda. Harga tiket untuk dewasa adalah RM55. Manakala RM45 untuk kanak-kanak 4 – 12 tahun. Tiket untuk warga emas hanyalah RM45. Untuk Bayi dan kanak-kanak bawah 3 tahun kemasukan adalah percuma.

tiket untuk tengok transformers
Tiket untuk aku

Untuk info lanjut berkenaan ekspo ini anda boleh lawati: www.transformersmal.com.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi +603-6259 2697.

Jumpa anda di sana!!!

 7,841 total views,  4 views today

Related Stories

Discover

Kenapa Kita Yang Suka Travel Amat Perlu Jaga Kesihatan...

Jika kalian seorang yang suka travel, kalian jagalah kesihatan kalian. Jagalah makan...

Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel...

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas...

Gulai Ikan Aya Terbaik, Kenapa Kalian Mesti Cuba

Gulai Ikan Aya (Tongkol). Ini bukan gulai yang biasa tu. Ini gulai...

DAENG CAR RENTAL & TOURS, 5 Sebab Kenapa Korang...

Sabah memang indah Bagi Abam Hoq, antara negeri di Malaysia...

Tips Untuk Travel Secara Percuma

Ramai yang suka travel, terutama travel ke luar negara. Yang berkesempatan travel...

24 Negara Sudah Dijejaki Sejak Tahun 2011

Kronologi travel Abam Hoq Alhamdulillah, sejak Abam Hoq mula-mula buat...

Popular Categories

Comments

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

%d bloggers like this: