Pengalaman Berlayar Bersama Pak Nil Dan Star Cruise – Hari Pertama

4
1230
gambar dari luar star cruise
Berselfie bersama Star Cruise

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap orang ada pengalaman manis yang sukar untuk dia lupakan. Antara pengalaman aku yang sukar untuk aku lupakan ialah sewaktu aku mengikuti trip berlayar bersama ikon selebriti yang tidak asing lagi iaitu Pak Nil. Ia adalah trip melancong ke Langkawi dan Phuket, Thailand. Trip ini dianjurkan dengan kerjasama Malaysian Harmony Travel and Tours (MHTT), Santai Travel dan Star Cruise. Alhamdulillah eXplorasa dijemput untuk merasai sendiri pengalaman bercuti dan melancong di atas kapal.

Info tentang trip ini telah aku kongsikan seusai aku menghadiri majlis pelancaran trip ini yang diadakan tidak lama dulu. Teaser tentang trip ini juga aku telah kongsikan semasa aku berada di dalam bas menuju ke pelabuhan Star Cruise di Pulau Pinang.


Pakej pelancongan ini bermula pada 6 April dan berakhir pada 9 April 2014. Peserta Pakej pelancongan ini dikehendaki berkumpul di Berjaya Times Square seawal pukul 6 pagi untuk menaiki bas yang disediakan oleh pihak MHTT untuk membawa mereka ke pelabuhan di Pulau Pinang seterusnya menaiki kapal Star Cruise. Untuk pakej pelancongan ini kapal yang digunakan adalah Kapal Star Cruise Superstar LIBRA. Sebuah kapal pelancongan yang mempunyai 10 tingkat deck termasuk bilik penginapan, dewan untuk persembahan, cafe, restoren, kolam renang dan bermacam-macam kemudahan lagi.

Selepas lebih kurang 4 jam setengah perjalanan, bas peserta dan media sampai ke Penang International Cruise Terminal. Terus kami check in di tingkat 1 terminal tersebut. Semua passport harus diserahkan kepada pihak penganjur untuk melicinkan urusan immigresen. Sebagai ganti peserta diberi satu kad seperti kad pengenalan.

Penang Port Star Cruise
Penang Port Star Cruise

Seterusnya masing-masing sibuk mencari bilik masing-masing. Kebanyakan peserta pakej pelancongan ini ditempatkan di deck 3 kapal ini.

Bilik-bilik hotel dalam Star Cruise
Bilik-bilik hotel dalam Star Cruise
tingkat 3
tingkat 3
Inilah nombor bilik yang disediakan untuk aku
Inilah nombor bilik yang disediakan untuk aku

Lepas berehat sebentar, terus kami ke Deck 5 untuk acara “Meet & Greet + Photo Session With Pak Nil”. Di sini kami dihiburkan oleh Pak Nil dengan nyanyian dan celotehnya yang menghiburkan. Peserta trip ini boleh beramah mesra dan bergambar dengan Pak Nil.

Lif yang memudahkan peserta untuk ke tempat yang mereka ingini
Lif yang memudahkan peserta untuk ke tempat yang mereka ingini

Pada petangnya ada acara yang agak menarik iaitu pesta Songkran. Pesta yang biasanya disambut sekitar 13-15 April pada setiap tahun ini sebenarnya disambut seiring dengan sambutan tahun baru. Di dalam pesta ini orang ramai akan menyimbah air kepada satu sama lain. Ia menjadi seakan pesta apabila orang ramai bergembira bermain air sesama mereka. Ia pada mulanya adalah acara keagamaan. Air yang disimbah itu sebenarnya digunakan untuk membasuh Buddha. Di atas kapal pelancongan ini, pesta Songkran diadakan di perkarangan kolam renang di Deck 9. Ramai peserta trip ini yang mengikuti acara ini. Aku yang awal-awal lagi mengambil keputusan untuk tidak menyertai acara yang pasti akan membuatkan kita basah kuyup ini ada sebab-sebab tertentu membuat keputusan sebegitu. Salah satu sebabnya ialah aku nak merakam acara tersebut untuk aku ceritakan di sini.

Pada malamnya ada dinner yang sangat menarik Ada BBQ Dinner Party yang diadakan di Deck 9. Ada persembahan secara langsung oleh kumpulan muzik. Peserta boleh makan sambil berhibur dalam suasana yang santai.

Naik lagi satu tingkat di atas iaitu di Deck 10, terdapat satu cafe untuk minum-minum dan beberapa deretan kerusi santai untuk berehat sambil menikmati udara di tengah lautan yang sungguh menyamankan. Di sini aku sempat melihat matahari terbenam. Sungguh cantik dan menakjubkan. Subhanallah.

Pada masa yang sama, di Deck 5, berlangsung satu persembahan silap mata yang sungguh menghiburkan oleh Richard Burr dan Jossette.

Tengah malam pula ada disediakan supper untuk peserta trip ini. Makanan untuk supper pun lazat-lazat semuanya. Untuk pengetahuan, di atas kapal pelancongan ini para peserta sungguh mewah dengan makanan. Waktu makan yang rasmi yang tertulis dalam tentatif trip ada 4 iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan supper. Jadi jangan risau lah pasal makanan. Tak perlulah bawa makanan ringan dari rumah. Jika tidak cukup juga, boleh buat pesanan di cafe-cafe yang ada di dalam kapal.

Sungguh seronok. Hari pertama diakhiri dengan tidur yang nyenyak di dalam bilik. Tak terasa langsung bahawa bilik tersebut adalah kabin di dalam sebuah kapal. Rasa macam hotel biasa saja.

Ok habis acara hari pertama. Nanti aku share lagi untuk hari kedua dan ketiga. Memang best trip dengan Kapal Star Cruise Superstar Libra ni. Terima kasih kepada MHTT dan Santai Travel yang menjemput aku ikut serta ke trip ini.

Loading

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge