Buffet Durian Di SS2 Petaling Jaya

Cantik isi D24 ni
Cantik isi D24 ni

Durian digelar Raja Buah. Ia sememangnya buah yang unik dan menjadi kegemaran bagi penggemarnya. Kulitnya yang berduri dan isinya yang lembut dan sedap memang menjadi tarikan bukan sahaja kepada rakyat tempatan malah kepada pelancong asing yang bertandang ke malaysia juga.

Suatu ketika dulu, untuk menikamti durian, kita terpaksa menunggu musim durian kerana buah ini ini berbuah mengikut musimnya yang tersendiri. Musim durian hanya tiba setahun sekali sahaja.

Dulu durian tidak banyak jenis dan gred. Yang banyak hanyalah durian kampung yang mempunyai isi yang agak nipis dan rasa yang biasa-biasa saja.

Sekarang, dengan teknologi pertanian yang terkini, buah ini boleh didapati di sepanjang tahun.  Teknologi pertanian ini terlebih dahulu dipelopori oleh negara Thailand. Durian yang didapati dijual di Malaysia di luar musim durian kebanyakannya diimport daripada Thailand yang lebih maju dari segi teknologi pertanian. Negara tersebut telah berjaya menghasilkan durian walaupun di luar musim durian. Kualiti dari segi rasa dan ketebalan isi juga bertambah baik.

Sekarang durian ada pelbagai gred mengikut rasa dan ketebalan isinya. Ada durian kampung, D24, Udang Merah dan yang paling mahal, best dan sedap adalah Durian King.

Bagi penggemar durian dan inginkan harga yang murah, anda bolehlah ke gerai-gerai yang banyak terdapat di SS2 Petaling Jaya Selangor. Lokasi di sekitar Public Bank SS2, berdekatan dengan KFC SS2. Gerai-gerai durian tersebut menjual secara buffet, iaitu bayar dengan harga tertentu untuk satu kepala dan makan sehingga anda tak terdaya.

salah satu gerai durian yang terdapat di sini
salah satu gerai durian yang terdapat di sini

Memang untung makan di sini. Jika anda membeli di gerai-gerai lain yang banyak terdapat di pasar malam ataupun di tepi-jalan, harga untuk sekilogram adalah lebih kurang RM8 – RM12 (mengikut gred). Berat satu kilogram durian hanya sebiji durian yang  bersaiz kecil sahaja. Tetapi jika anda ke gerai-gerai buffet durian ini dengan membayar RM12, anda boleh menikmati seberapa banyak durian yang anda boleh muatkan ke dalam perut anda. Dan anda boleh mencuba pelbagai gred durian. Memang berbaloi..!

order jer nak durian gred apa
order jer nak durian gred apa

Beberapa tahun dulu, harga buffet di sini bukanlah RM12 satu kepala. Kalau tidak silap aku, ia sekitar RM8 sahaja. Sekarang harga dah naik. Mungkin disebabkan sambutan daripada orang ramai yang menggalakkan. Ataupun mungkin kos durian sudah semakin meningkat naik selari dengan faktor inflasi.

walaupun isinya nampak macam kurang cantik, tapi jangan menidakkan rasanya
walaupun isinya nampak macam kurang cantik, tapi jangan menidakkan rasanya

Jika anda ke sini membawa anak-anak, penting untuk anda memilih gerai di kalangan gerai-gerai yang terdapat di sini. Ada gerai yang tidak mengira umur. Jika nak makan di sini tidak kira makan sedikit atau makan banyak, tidak kira dewasa ataupun kanak-kanak, caj RM12 tetap dikenakan. Terasa rugi juga jika membayar RM12 untuk anak-anak yang hanya memakan beberapa ulas sahaja. Jadi rajinkanlah diri untuk bertanya terlebih dahulu.

iffah tak makan banyak durian ni
iffah tak makan banyak durian ni
durian gred ini pun sedap!
durian gred ini pun sedap!
kulit durian yang isinya telah kami telan
kulit durian yang isinya telah kami telan

Ada gerai di sini yang tidak mengenakan caj untuk kanak-kanak. Pilihlah gerai yang ini. Anak-anak kita yang makan sedikit dikira seperti menumpang kita sahaja. Jika anak-anak kita makan banyak, kita bayar sajalah RM12 untuk mereka.

Kepada penggemar durian, datang ke sini akan memberikan kepuasan untuk anda. “Eat all you can” memang akan membuatkan anda teruja untuk mencuba sebanyak mungkin pelbagai gred durian yang ada di sana.

buah kelapa dan manggis pun ada dijual. buah-buahan ini boleh menyejukkan badan selepas makan durian
buah kelapa dan manggis pun ada dijual. buah-buahan ini boleh menyejukkan badan selepas makan durian

Jom makan durian!!!

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

    • tp skrg dia tak bukak buffet tau. sbb stok durian kurang. nak mkn boleh tp dia kira timbang kilo. so tak murah juga la. kena tunggu stok byk nnti baru best!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ