Roaming Man Pocket Wifi, Jangan Putuskan Hubungan Dengan Rakan Anda Walaupun Anda Di Luar Negara

Pocket Wifi

Antara barang yang sangat penting yang perlu korang masukkan dalam senarai barang untuk dibawa semasa travel adalah Pocket Wifi. Pada aku benda ni sangat penting.

Tanpa Pocket Wifi korang akan terasa kesunyian, walaupun korang travel bersama kawan ataupun korang travel secara grouping dengan agensi travel.

Tanpa Pocket Wifi pasti terasa sunyi sebab tak boleh berhbung dengan kawan-kawan di Media Sosial

Kenapa aku cakap macam tu?

Sebabnya tanpa Pocket Wifi korang tiada akses kepada internet. Tanpa internet di zaman sekarang ibarat korang terputus hubungan dengan dunia luar. Banyak benda yang korang akan ketinggalan nanti.

Tambah-tambah lagi kalau korang berkerja dengan menggunakan internet dan media sosial macam aku ni. Blogger dan Social Media Influencer ni boleh dikatakan tak boleh hidup tanpa internet. Tanpa akses internet memang tak boleh buat kerjalah kami.

Jadi bagi aku Pocket Wifi adalah benda yang wajib dibawa ketika travel ke luar negara. 

Ya ada pilihan lain untuk berhubung dengan internet..

Cara lain untuk dapatkan akses internet

Kita boleh gunakan wifi hotel tempat kita menginap. Ataupun kita boleh gunakan wifi restoran tempat kita singgah makan. Rata-rata restoran kat oversea ada sediakan wifi.

Tapi itu lambat. Tak kan nak tunggu balik hotel dulu baru nak update media sosial. Balik hotel pun dah malam. Sebab siang hari mesti kita sibuk melawat tempat-tempat menarik. Balik hotel pun mesti dah penat. Update lambat ni mood dia akan jadi kelaut sikit. Terasa macam dah basi.

Kita boleh juga aktifkan ‘roaming’ line telefon kita. Cuma masalahnya balik ke Malaysia nanti tunggu lah bill telefon yang melambung tinggi.

Ataupun pilihan lain ialah korang boleh beli simkad penyedia perkhimatan komunikasi di sana. Tapi ini hanya boleh dibuat jika korang pergi ke satu negara. Jika korang travel ke beberapa negara sepanjang kembara korang, ini kurang praktikal. Takkan korang nak tukar-tukar simkad setiap kali masuk ke negara yang berlainan. Leceh..!

Jadi pada aku, Pocket Wifi juga yang paling sesuai. Kenapa aku cakap macam tu?

Kelebihan Pocket Wifi berbanding pilihan lain

Ni aku senaraikan kelebihan Pocket Wifi.

Bayaran yang amat berpatutan

Pocket Wifi ni boleh disewa dengan harga yang amat berpatutan berbanding dengan servis yang ditawarkan.

Kalau korang banding dengan pilihan lain yang aku sebutkan kat atas tu, bayaran sewaan Pocket Wifi ni adalah lebih murah.

Kalau bayaran sama pun, Pocket Wifi beri banyak lagi kelebihan selain daripada bayaran sewaan yang berbaloi. Aku terangkan kat fakta seterusnya. Teruskan bacaan korang.

Sangat ‘portable’

Pocket Wifi ni kecil dan ringan. Boleh letak dalam poket jer. Nama pun Pocket Wifi.

So korang bebas membawanya kemana sahaja tanpa menambah berat yang berlebihan. Aku letak dalam poket seluar jeans jer. Sangat mudah untuk dibawa ke sana kemari.

Pocket Wifi ni senang nak bawak ke mana-mana semasa travel sebab saiznya yang kecil dan ringan

Coverage yang kuat dan lebih meluas

Liputan yang korang akan perolehi memang dijamin puashati. Ini adalah kerana syarikat yang menyediakan Pocket Wifi ni dah berkolaborasi dengan penyedia perkhidmatan komunikasi kat sana (oversea).

Maknanya dia tumpang pencawang liputan kat sana jer. So ianya sama macam korang gunakan penyedia perkhidmatan kat sana.

Jadi jarang ada isu kekurangan liputan. Kecuali kat kawasan korang lawati tu memang kurang fasiliti untuk liputan yang meluas. Itu memang di luar kawalan la..

Boleh kongsi bersama kawan

Satu device ni korang boleh berkongsi dengan kawan-kawan yang pergi travel sama-sama korang. Ia bergantung kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewaan Pocket Wifi tersebut. Ada yang dilimtkan kepada 3 orang, 5 orang dan sebagainya.

Ini dengan ertikata lain bukan sahaja korang berkongsi coverage internet daripada Pocket Wifi tersebut, malah korang boleh kongsi sekali kos menyewa bersama kawan-kawan yang nak gunakan coveragenya juga.

Jadi kos sewaan akan jadi rendah untuk korang. Ini adalah langkah yang amat bijak untuk penjimatan semasa travel.

Device berasingan

Device dan smartphone adalah berasingan. Jadi apa significantnya?

Haaa… Ianya dapat jimatkan bateri smartphone korang. Perlu diingat, berjimat cermat dalam penggunaan smartphone amat perlu kerana jika bateri smartphone korang habis, sangat susah. Banyak benda yang terbatas. Lebih-lebih lagi jika korang travel secara backpacking.

Ada Pocket Wifi pun tak berguna jika bateri smartphone korang sudah kering.

Oleh kerana kita gunakan perati-peranti tersebut secara berasingan maka kita boleh rancang penggunaan bateri, baik bateri smartphone maupun bateri Pocket Wifi tersebut.

Ada banyak lagi point yang boleh disenaraikan tentang kelebihan menyewa Pocket Wifi ini. Cukup lah aku bagi 5 point tu jer untuk korang hadam.

Roaming Man My

Cuma aku nak bagitau satu lagi. Jika korang nak menyewa Pocket Wifi ni, antara Pocket Wifi yang aku suka gunakan adalah daripada Roaming Man.

Aku pertama kali gunakannya semasa mengikuti trip ke Turki tempohari. Itupun ia dicadangkan oleh rakan aku yang memang otai dalam travel ni. Memang sangat memuaskan sewa Pocket Wifi Roaming Man ni.

dalam beg divice Roaming Man, ada disediakan charger cable

Coverage memang tip top. Sepanjang jalan daripada Istanbul ke Bursa, Cappadocia, Bolu dan balik semula ke Istanbul, coveragenya memang best..!

Ada la kawasan yang terputus liputan sekejap iaitu semasa dalam perjalanan menuju ke Bolu. Tapi kawasan tu memang tiada coverage pun. Yang pakai simkad kat sana pun kurang dapat liputan masa tu.

Jadi kalau tanya aku, kalau nak ke Turki, macamana nak dapatkan liputan internet, aku akan cadangkan sewa Pocket Wifi Roaming Man ni. Kelebihannya.. Tu aku dah explain kat atas tu.

Kalau nak travel ke tempat lain pun (selain Turki) sama jer. Liputan memang akan tip-top. Sebabnya ia akan gunakan pencawang telekomunikasi tempat lawatan kita tu. Jadi takkan ada masalah liputan.

So apa lagi. Nak survey Pocket Wifi Roaming Man, korang boleh singgah website diorang dan follow media sosial diorang:

Website: https://www.roamingman.my/
FB: https://www.facebook.com/roamingmanmy
IG: https://www.instagram.com/roamingmanmy/

Puas hati guna Pocket Wifi Roaming Man kat Turki

Boleh booking online terus tau..!

Selamat bercuti tanpa terputus hubungan dengan dunia luar dengan liputan internet yang ohsem. Gunalah Pocket Wifi Raoming Man..

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ