Check Out Traveloka Sale dan Matta Fair 2018, Trip Travel Anda Pasti Berbaloi-baloi..!

Bagi yang hendak travel sendiri (bukan dengan mengikuti pakej travel), research tentang kos selain daripada research tempat-tempat menarik di destinasi yang bakal dilawati adalah sesuatu yang amat penting. Ini untuk membantu kita merancang keseluruhan kos di dalam bajet kita tanpa mengganggu ittenarary yang telah dirancang.

Kos seperti tiket penerbangan dan penginapan adalah antara kos yang menyumbang peratusan yang agak tinggi berbanding kos-kos travel lain.

Kos adalah antara perkara utama yang mesti dirancang jika travel sendiri

Namun ia bukanlah kos yang tetap. Ia boleh dijimatkan jika kita bijak dan rajin membuat research dan mencari tawaran-tawaran murah yang ditawarkan. Tawaran-tawaran sebegini sentiasa ada sebenarnya. Cuma kita kena sabar dan bijak mencari. Sebab itulah satu-satu travel yang baik itu bukanlah dirancang sehari dua. Ia mengambil masa yang bukan sekejap untuk merancang satu-satu travel yang baik dari segi kos dan ittenarary.

Contohnya macam aku. Aku biasanya mencari penjimatan dalam kos keseluruhan travel dengan mencari tawaran-tawaran penerbangan dan penginapan daripada portal-portal pelancongan.

Antara yang menjadi pilihan aku adalah portal tempahan pelancongan Traveloka. Untuk pengetahuan korang, selain daripada tawaran-tawaran yang menarik yang biasa ada dalam portalnya, Traveloka biasanya mengadakan diskaun-diskaun hebat di waktu-waktu yang tertentu. Sebab itulah aku sentiasa follow portal ini.

Traveloka Saleabration 2018.. It’s Back!

Traveloka Saleabration.. Check out untuk deals yang berbaloi-baloi

Contohnya Kempen Traveloka Saleabration 2018 yang sedang diadakan sekarang. Ia diadakan ngam-ngam jer dengan Matta Fair 2018 yang bakal diadakan di PWTC pada 7-9 September 2018 nanti.

Di dalam tempoh promosi ini korang akan mendapat tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Jadi apa yang korang perlu buat ialah tentukan ke mana destinasi percutian korang dan tempah segera untuk mendapat keistimewaan ini. Kena beli segera ya..! Sebab tu aku kata tadi korang kena tentukan dan decide dulu ke mana destinasi korang.

Tawaran kupon diskaun ini adalah di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat sahaja. Namun jangan risau kerana banyak syarikat penerbangan yang boleh korang pilih yang terlibat dengan promosi ini.

Yang paling aku suka ialah tiada Booking Fee.! Korang boleh tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi pilihan korang. So ini memang sangat membantu korang yang dah siap buat ittenarary bagai. Sebabnya takkan korang nak ubah destinasi dan ittenarary yang dah gigih korang rancang hanya semata-mata tak ada kupon diskaun untuk penerbangan ke tempat yang korang rancang.

Tempoh tempahan untuk mendapat tawaran kupon diskaun adalah dari 4 September (hari ini) sehingga 10 September 2018 sahaja. So jangan kata tak sempat nak tempah. 7 hari kot masa yang diberi. Kalau tak sempat jugak tu memang alasan korang la kaaan.. Hehehehe.

Research dan recce tempat pelancongan di Matta Fair 2018

Akan berlangsung pada 7-9 September 2018 tak lama lagi

Oh ya. Promosi Traveloka Saleabration 2018 ini diadakan pada waktu yang sama dengan Matta Fair 2018 berlangsung. Korang nampak tak apa kaitannya? Haaa bijaaak..! Kaitannya, korang yang belum ada perancangan nak pergi melancomng ke mana tapi ada bajet untuk pergi melancong, korang boleh pergi ke Matta Fair untuk dapatkan idea ke mana destinasi yang bakal korang pergi.

Kat sana juga korang boleh buat research dan dapatkan seberapa banyak maklumat yang korang perlu tentang tempat-tempat yang bakal korang lawati nanti. So ia memang akan menyenangkan proses research dan recce tempat yang korang akan pergi.

Proses research dan recce korang yang mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan boleh korang jimatkan dengan menziarahi Matta Fair dan kumpul maklumat yang korang nak tau kat situ jer.

Yang bestnya lagi korang boleh bertanya terus pada kaunter-kaunter yang berkenaan tentang info yang korang cari. Macan-macam yang korang boleh tanya. Pasal penginapan, pasal cadangan restoran halal kat sana, pasal pengangkutan kat sana yang paling sesuai untuk korang gunakan nanti dan lain-lain. Mereka juga mesti akan ada cadangan terbaik untuk korang nanti.

Sesambil tu korang boleh juga ambil brochure-brochure dan quotation untuk ke tempat yang korang ingin lawati tu. Quotation ni sangat penting untuk korang tau kos yang bakal korang belanjakan nanti. Baru tau korang sebenarnya travel dengan jimat ke atau tidak. Jadikan quotation harga sebagai tanda aras kos perbelanjaan korang.

So korang mungkin boleh gabungkan apa yang ditawarkan di Matta FAir 2018 dengan apa yang Traveloka tawarkan. Contohnya korang ambil pakej “ground” sahaja di Matta Fair. Untuk penerbangan pula korang gunakan diskaun daripada Traveloka.

Oh ya, jangan lupa ambil souvenir kat booth atau kaunter yang korang lawati tu. Hehehe..!

So nampak tak kenapa Traveloka buat promosi ini sama dengan event Matta Fair. Bijak tak aku beri cadangan kepada korang untuk jimatkan kos travel korang..? Hehehe..

Tempah segera

Haa teruja kan..? So apa lagi. Tempahlah segera penerbangan korang ke destinasi pilihan korang dengan promosi Traveloka Sale bersempena dengan Matta Fair 2018..!

Serius rugi kalau terlepas promosi yang bakal menjimatkan kos travel korang ni.

787 total views, 5 views today

20 Comments

  1. YB Shehan September 5, 2018
    • sohoque September 12, 2018
  2. Qaseh September 5, 2018
    • sohoque September 12, 2018
  3. Nadia Johari September 5, 2018
    • sohoque September 12, 2018
  4. Wzfadhlandotcom September 5, 2018
    • sohoque September 12, 2018
  5. Lya September 5, 2018
    • sohoque September 12, 2018
  6. ai September 5, 2018
    • sohoque September 12, 2018
  7. Moha September 5, 2018
    • sohoque September 12, 2018
  8. mas saari September 6, 2018
    • sohoque September 12, 2018
  9. Huda September 6, 2018
    • sohoque September 12, 2018
  10. Haida September 6, 2018
    • sohoque September 12, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: