Pakej Umrah Juara Travel.. Mungkinkah Jodoh Ke Umrah Nanti Dengan Mereka…?

pakej umrah juara travel.. ada orang kata best..! betul ke? Hmmmm

Lemah lututku ketika jejakkan kaki di Masjidil Haram

Aku ni tak pernah jejakkan kaki ke luar negara sebelum ni tau. Hahaha. Kampungkan aku..? Tapi naik flight tu biasa. Cuma penerbangan domestik je la. Masa aku kerja Maybank dulu, setiap bulan aku naik flight untuk hadiri training dan kursus di KL.

Pertama kali aku keluar Malaysia ialah pada tahun 2011. Aku mendapat “panggilan umrah”. Allah cukupkan rezeki aku dan jemput aku dan isteri untuk ke sana. Alhamdulillah, dapat bawak mak mentua sekali untuk bersama kami ke sana.

Pengalaman yang cukup mengujakan bagi aku. Cuma masa tu aku belum ada blog. So semua ni tak dapat aku kongsikan dalam blog aku. Cuma satu entri jer yang dapat aku ceritakan pengalaman ke sana. Tu pun entri throwback..! Pengalaman tu aku kongsikan di entri Pengalaman mencium Hajaratul Aswad di sohoque.com, blog lifestyle aku. Masa tu blog explorasa ni belum wujud.

Masih teringat macamana cabaran untuk melepasi imigresen Jeddah. Allah bagi ujian awal buat aku. Aku tersekat kat situ agak lama. Masih teringat juga aku sampai sebelum Subuh di Masjidil Haram. Sewaktu aku jejakkan kaki di lantai Masjidil Haram, lutut ku lantas seakan longlai. Aku menangis…!

Tak sangka dan masih tak percaya aku berada di Masjidil Haram tika itu. Syukur aku tidak terkira kepada Allah kerana si pendosa ini diberi peluang untuk ke sini. Allahuakbar. Sungguh Pemurah Dikau Ya Allah..!

Rindu membuak-buak untuk ke sana lagi

Beza tau orang yang dah sampai ke Mekah dengan yang belum lagi sampai ke sana. Orang yang dah pernah sampai sana pasti akan merindui untuk jejakkan kaki ke sana lagi. Itu lah terjadi pada aku. Saban hari aku merindu, berdoa dan berkira-kira bilakah aku akan jejakkan kaki ke sana lagi.

Kalau ikutkan perancangan awal, hujung tahun ni insyaAllah aku akan ke sana lagi. Kali ini aku akan bawak anak-anak aku sekali. Biar diorang dapat gambaran keadaan Mekah dan Madinah yang sebenarnya. Biar diorang berdoa di sana sendiri hajat diorang.

Dengan harapan, balik daripada sana nanti diorang akan lebih sedar tanggungjawab mereka sebagai khalifah dengan lebih mendalam lagi. InsyaAllah… Jika tiada aral dan diizinkan Allah sampailah kami ke sana nanti.

Pakej Umrah Juara Travel and Tours Sdn Bhd (Juara Travel)

Jika dulu aku memilih ejen travel yang menjadi sebutan ramai pada masa itu untuk uruskan perjalanan kami secara pakej ke sana, kali ini setelah membuat sedikit research dan bertanya rakan-rakan terdekat tentang pengalaman mereka ke sana, aku sedang mempertimbangkan untuk mencuba pakej umrah yang ditawarkan oleh Juara Travel. Dengar kata mereka ni antara ejen travel yang menawarkan pakej umrah yang terbaik sekarang.

Selepas membuat sedikit research tentang pakej umrah Juara Travel ni, dapatlah aku membuat sedikit summary kenapa Juara Travel ni termasuk dalam senarai agensi umrah dan travel yang bakal aku ikut selepas ini:

1. Pengalaman

Juara Travel ni bukan pemain baru dalam industri pakej umrah ni. Mereka ni dah bertapak selama 10 tahun dah. Segala selok belok pasal umrah ni dah dalam kepala diorang dah. So kita tak risau akan timbul hal yang remeh temeh nanti.

Hal remeh temeh ataupun hal kecil yang diperbesarkan ni memang mematahkan mood kalau terjadi semasa dalam perjalanan umrah kita. So kita tak mau la benda-benda macam ni terjadi. So pengalaman diorang ni insyaAllah akan mengurangkan perkara-perkara macam ni daripada berlaku.

2. Lesen

Aku memang akan pastikan agensi travel/umrah yang aku pilih ada lesen. Alhamdulillah Juara Travel mempunyai status Lesen Khas Umrah (LKU) Muassasah di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. KPK/LN 2819) sejak tahun 1994.

Korang boleh rujuk senarai no.40 di dalam laman web Kementerian Pelancongan Malaysia : www.motac.gov.my/semakan/umrah, dimana syarikat ini juga merupakan ahli didalam persatuan Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan BUMITRA MALAYSIA.

Bila agensi umrah ni ada lesen, kita tak der la risau sangat. Sebab operasi diorang mengikut undang-undang. Kalau yang tak der lesen kita risau takut kena kacau dek penguatkuasa dan memberi kesan kepada perjalanan umrah kita.

3. Banyak cawangan

Juara Travel ni ada banyak cawangan. Ada 20 cawangan semuanya di seluruh negara. So ini akan menyenangkan peserta pakej umrah untuk berurusan dari segi pengumpulan maklumat, pembayaran dan sebagainya.

4. Harga patut

Harga untuk pakej umrah Juara Travel ini amat berpatutan. Apa yang dibayar memang berbaloi dengan servis yang bakal diperolehi. So jangan risau bab ni.

5. Bayar ansur

Haa yang ni pun aku suka. Bayaran untuk trip umrah ke Mekah sana boleh dibuat secara ansuran. Ertinya duit bayaran untuk pakej umrah tak perlu dibayar terus secara lump sum. Haaa ringan la sikit beban. Ya tak?

Cara pembayaran tersebut boleh dibuat sebanyak 3 kali bayaran:

1. Pertama, bayaran deposit sebanyak (RM500), sehari selepas mendaftar.
2. Bayaran kedua (RM2000), iaitu pada 4 bulan sebelum tarikh berlepas.
3. Dan bayaran ketiga iaitu bayaran terakhir pula (baki bayaran mengikut harga pakej), pada 2 bulan sebelum tarikh berlepas ke sana.

6. Pakej komprehensif

Pakej umrah yang ditawarkan adalah komprehensif. Pendek kata semuanya termasuk sekali. Kita pergi bawak kelengkapan sendiri dan ilmu di dada jer. Ada Mutawwif yang akan bersama-sama mengiringi kita di sana nanti untuk membantu kita mengerjakan ibadat umrah dengan sempurna.

Pakej Umrah Juara Travel ni termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi
  • Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api
  • Bantuan permohonan visa umrah
  • Penginapan
  • Makan dan minum
  • Perkhidmatan ziarah dan lawatan di Madinah dan Makkah
  • Pengangkutan darat di tanah suci
  • Umrah bersama mutawwif
  • Beg pakaian besar (Kargo)
  • Beg ‘hand luggage’
  • Sling beg
  • Beg telekung
  • Telekung
  • Ihram
  • Buku panduan
  •  Air zam-zam sebanyak 5 liter
  • Dan, insuran berkelompok

7. promosi

Juara Travel ni selalu jugak buat promosi untuk peserta-peserta yang bakal mengikuti pakej umrah mereka. Contohnya sekarang ni tengah ada promosi bersempena dengan hari raya Aidilfitri tak lama lagi. Juara Travel sedang menawarkan diskaun sebanyak RM100 kepada mereka yang membuat tempahan umrah sebelum 13hb Julai 2018.

Berminat?

Ok yang nak tahu lebih lanjut pasal pakej umrah ni, ataupun memang dah confirm nak pilih Juara Travel, korang boleh dapatkan pakej pilihan di laman web rasmi mereka:

www.juaratravel.com.my

Untuk tak terlepas info-info dan promosi terkini Juara Travel, aku cadangkan korang follow jer media sosial diorang ni:

Instagram: www.instagram.com/juarahq
Facebook: www.facebook.com/juaratravelHQ
Twitter: https://twitter.com/JUARAHQ

So apa lagi.. Teruslah hubungi mereka ya. Mana la tau kot-kot kita boleh berumrah bersama-sama nanti..!

Baca juga: doa mustajab depan kaabah

Sila tekan like di bawah jika anda suka artikel ini 
 

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

  1. Alhamdulillah bamhoq dah pernah ke sana. Bagus nya Juara Travel ni… Ada rezeki nanti boleh pakai ejen ni.

    • haaa.. tu la.. mungkin ini strategy diorang utk lebih dekat dengan pelanggan.. bagus la.. senang pelanggan nak berurusan

  2. Betul kata bamhoque.. Yang dah ke sana pasti akan rindu yang teramat utk ke sana lagi.. Ya Allah rindu sangat2 dengan suasana kat sana.. Moga Allah akan jemput kita semua sebagai tetamuNya tiap tahun..

  3. Saya dan keluarga dah 3 kali menggunakan Juara Travel ni utk pergi Umrah. Yang terbaharu ialah Mac 2018. In Sya Allah bulan Ogos ni dpt panggilan menunaikan haji pula. Saya dan keluarga masih setia bersama Juara. Juara Travel ni mesra alam..

  4. Oh, bagus ni. Boleh rekemen kat kawan-kawan dan sedara-mara yang mencari ajen travel. Semoga satu hari nanti Moha pun dapat jejakkan kaki kat sana..

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ