Nostalgia Ramadan Di PNB Perdana On The Park, Satu Lagi Venue Buffet Ramadan Yang Best..!

Berbuka di tempat tinggi lagi eXplorasa kali ni. Jika sebelum ni aku berpengalaman berbuka puasa di ketinggian 276 M di KL Tower, kali ni aku berpeluang beriftar di The 39th Restoran, PNB Perdana On The Park. Feeling yang sama, teruja pengan ketinggian… Cuma viewnya berbeza. Jika view di puncak Menara KL Tower view yang lebih jauh, di sini viewnya lebih dekat.

Ini bukanlah kali pertama aku ke sini. Dulu hotel ni dikenali sebagai PNB Darby Park. Masa tu aku selalu singgah sini menumpang bermalam di suite rakan aku yang berkerja di Petronas KLCC. Masa tu aku tinggal di Kuantan, Pahang. Kawan aku ni pulak baru dipindahkan tempat kerja daripada Petronas di Kerteh, Terengganu ke KLCC. Beliau diberikan tempat tinggal selama beberapa bulan sebelum beliau dapat tempat tinggal sendiri.

Buffet Ramadan di PNB Perdana On The Park

Kat sini ada 2 restoran yang korang boleh pilih untuk berbuka puasa secara buffet. Satu di The 39th Restaurant yang aku pergi tempoh hari. Satu lagi di 10 Binjai Restoran yang terletak di tingkat bawah. Kedua-dua restoran ni menyediakan buffet untuk berbuka puasa cuma suasana yang dicipta ada sedikit kelainan.

pemandangan bangunan FELDA bersebelahan PNB Perdana KL

Kalau di The 39th Restoran ni, dekorasinya adalah lebih kepada konsep kontemporari. Suasana dewan santapnya pun teratur dengan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Cuma yang istimewanya, di The 39th Restoran ini, korang akan dapat menikmati pemandangan cantik sekitar Kuala Lumpur di waktu senja. Dan apabila malam menjelang tiba pemandangan pun turut berubah daripada pemandangan lembayung jingga senja yang akan bertukar menjadi hitam gelap berhiaskan kerdipan lampu ibukota yang meriah.

Kalau di 10 Binjai Restoran korang akan dapat suasananya lebih klasik. Kat sini ada “live cooking stalls”, iaitu gerai-gerai seperti Mee Goreng dan Kuey Tiaw yang Hanna akan dimasak apabila korang meminta menu tersebut. So ianya lebih segar dan “thrilled“.

Menu-menu lazat buffet ramadan di The 39th Restoran

Ada puluhan menu yang disediakan khas untuk korang selaku tetamu. Aku jamin korang takkan mampu nak makan semua menu yang ada.

Antara menu yang pasti membangkit selera korang adalah Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong Lemak Cili Padi dan Kacang Panjang goreng taugeh. Dan tidak dilupakan menu wajib untuk iftar secara buffet iaitu Kambing Bakar dengan Sos Istimewa.

Selain itu, turut mevariasikan menu berbuka korang adalah Ayam Golek Madu Lembah Pantai serta seleksi pilihan seafood untuk sajian grill. Ada juga aneka sajian kerabu yang terdiri daripada buah-buahan dan salad juga disajikan.

Menu kampung di 10 Binjai Restoran

Untuk yang memilih untuk berbuka puasa di 10 Binjai Restoran pula, seleksi rangkaian menu yang korang akan nikmati adalah berkonsepkan ala kampung yang pastinya akan membuatkan korang merasa seolah-olah sedang menikmati air tangan masakan ibu sambil mengimbau nostalgia di desa.

Antara menu yang disajikan ialah Nasi Beriani Kismis, Ayam masak Beriani, Daging Rendang, Ikan Tenggiri Masak Taucu, Kupang sambal bawang dan kobis masak lemak. Di samping itu, macam yang aku cakap tadi, terdapat juga live cooking stall yang menghidangkan makanan seperti Mee Rebus, Keow Teow, Murtabak, Roti Jala yang pastinya kena dengen selera korang.

Harga Buffet Ramadhan di PNB  On The Park

The 39th Restoran

Untuk korang yang memilih untuk ke restoran di awan ni, ini harganya:

Dewasa: RM123.00 nett
Kanak-kanak: RM61.50 (berusia 4 hingga 12 tahun)
Jika tempahan dibuat sebelum 17 Mei 2018, harga early bird ditawarkan sebanyak RM100.00 bagi dewasa.

10 Binjai Restoran

Yang ingin menikmati suasana desa di sini pula, harga yang ditawarkan:

Dewasa: RM98.00
Kanak-kanak: RM49.00 (berusia 4 hingga 12 tahun)
EARLY BIRDS: RM80.00 (sebelum 17 Mei 2018)

Tanpa was-was

Yang lebih syiok lagi, PNB Perdana On The Park ini adalah hotel yang patuh syariah. Ia telah diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Surau yang disediakan di tingkat 3 untuk kegunaan solat Maghrib dan Isyak serta Terawih juga terbaik. Luas dan selesa sangat. Aku sempat solat Maghrib kat surau.

Dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak dibuka pada Jun 2000, PNB Perdana On The Park  yang menempatkan 338 bilik ini merupakan lokasi strategik dan ideal kerana berhampiran dengan pusat membeli-belah Suria KLCC, Pavillion, Lot 10, Bukit Bintang dan Plaza Sungei Wang. So korang yang nak bermalam terus kat hotel ni pun satu idea yang bagus.

Jom tempah segera..!

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:-

The 39 Restaurant : 03-7490 3939
Restoran 10Binjai : 03-7490 3838
Instagram: @pnbperdanakl
Lamanweb: http://www.pnbperdanaonthepark.com/

1,182 total views, 2 views today

2 Comments

  1. YB Shehan June 6, 2018
    • sohoque June 6, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: