Mesti Cuba! VR Coaster di Legoland, Lain Dari Yang Lain

Siapa yang follow Instagram dan Facebook aku mesti tau kemana aku pergi hujung minggu baru ni.. Yaa..! Legoland..! penat pun belum habis lagi ni..! tapi puas hati. berbaloi..!

Biasanya apa yang korang terfikir dahulu kalau sebut perkataan Legoland ni..? Mesti mainan brick lego tu kan? Lepas tu mesti korang tertanya-tanya apa yang ada dalam Legoland. Lepas tu mesti korang fikir berapa harga tiket masuk Legoland? Lepas tu mesti korang tercari-cari hotel sekitar Legoland untuk korang menginap.. Dan lebih advance lagi korang mungkin terfikir kat mana nak makan ataupun tempat makan best sekitar Legoland ni..?

Kenangan pertama kali masuk Legoland

Haaa tu soalan-soalan yang mungkin bermain dalam kepala korang kan?. Macamana aku tau..? Sebab aku pun terfikir soalan-soalan ni masa pertama kali aku masuk Legoland dulu.

Sekarang ni soalan-soalan tu dah terjawab untuk aku. Untuk pengetahuan korang, ini adalah kali ke empat aku masuk Legoland. Kali pertama aku masuk ialah masa menghadiri perasmian watak Chima sebagai salah satu daya tarikan kat Legoland. Ini jugak adalah kali pertama eXplorasa mendapat jemputan daripada Air Asia yang baru membuka jalan penerbangannya daripada KLIA ke Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru.

Legoland juga menaja penginapan untuk kami di salah sebuah bilik hotelnya yang gempak giller..! Masih aku ingat, aku pilih bilik bertemakan Pirate… Fuuuh masih teringat lagi saat tu. Bilik besar giller. Ada master bedroom/compartment untuk ibubapa dan ruangan/bilik untuk anak. Karpet dalam bilik tebal giller, bilik air sangat ohsem..! Mainan lego pulak ada disediakan di dalam bilik. Pendek kata semuanya gempak pasal bilik kat legoland.

Masa ni Legoland masih baru. Banyak lagi kawasan yang belum dibina dengan permainan. Masa ni jugak aku yang amat penakut dengan ketinggian, mencabar diri sendiri demi menyahut cabaran daripada Djuani (PR Air Asia) dan Aina Sam (wakil santai travel masa tu , kini pembaca berita Kool fm).

Ya diorang cabar aku naik roller coaster Dragon yang tinggi tu. Hahaha.. Tak dapat nak cerita berapa gelabahnya aku masa naik benda alah ni. Demi untuk control macho, aku memberanikan diri juga untuk naik.

Tapi aku memang berterima kasih la pada diorang.. Sebab cabaran itulah aku dah berani naik roller coster. Haaa sebut pasal roller coster ni, Legoland ada permainan roller coster yang baru tau.. Sabar ya. nanti aku cerita lanjut.

Singgah di Melaka

Ok.. sebenarnya trip ke Legoland ni adalah trip hari keluarga pertama KBBA9 untuk tahun 2018 ni. Satu hari suntuk kami habiskan masa bersama keluarga di dalam taman tema ni

Mengkut ittenarary ringkas hari keluarga KBBA9 ni, kami perlu berada di depan pintu masuk Legoland di antara pukul 10.30 – 11 pagi Sabtu. Kat situ kami akan bergroup photo dan bahagikan tiket masuk dan baucar makanan.

group photo

Haa risau takut terlewat sampai punya pasal, hari Jumaat aku dan keluarga dah bertolak.. Cuma kami singgah bermalam di Melaka dahulu untuk pekena Asam Pedas pada malam tu. Pepagi keesokan harinya kami menyambung perjalanan ke Nusajaya. So tak der la jauh sangat nak sampai ke Legoland tu kalau dari Melaka.

Memang kami berjaya sampai ngam-ngam pukul 11 pagi depan pintu masuk Legoland.

Tak pernah boring datang Legoland

Walaupun dah beberapa kali aku datang sini, aku tak pernah bosan. Ada jer benda baru kat sini. Selain daripada permainan biasa yang aku dah cuba di lawatan aku yang sebelum ni, kali ni aku dapat cuba beberapa permainan baru. Antara permainan terbaru di sini ialah:

The Great Lego Race VR Coaster

VR Coaster ni bukan macam roller coaster biasa tau. Dia punya effect lagi best dan thrilled. Sebabnya korang pakai Virtual Reality Device masa korang main roller coaster tu. Yaa.. Korang akan dipakaikan Samsung Gear VR. Bukan sembarangan VR tau. Effectnya memang best..!

So maknanya korang tak nampak dunia sebenar dah. Apa yang korang sedang berdepan sekarang adalah satu perlumbaan yang sangat mencabar. Naik turun bukit, terjunam masuk lubang dalam gunung, merempuh salji dan sebagainya. Feel yang korang akan rasa memang amat berlainan.

Program perlumbaan dalam VR tu diselaraskan dengan keadaan sebenar litar. Maksudnya kalau dalam VR kita turun bukit atau terjatuh dalam lubang, keadaan sebenar pun kita sedang menuruni daripada litar yang tinggi. So, memang feeling jatuh tu terasa. Malah feel dia lebih terasa sebab kita berada dalam dunia VR yang lebih mencabar.

Serius best main VR Coaster ni. Korang kena datang dan cuba sendiri. Cuma jika korang tak biasa dengan VR ni, korang akan rasa sikit pening masa akhir-akhir perlumbaan dalam program VR ni.

Tapi itu masalah kecil jer. Yang pasti keseronokan yang bakal korang kecapi tu memang lain macam. Memang korang takkan jumpa dah VR Coaster gini kat memana taman tema setakat ni. Ya la.. VR Coaster kat Legoland ni adalah VR Coaster yang pertama seumpamanya.

LEGO Ninjago The Ride

Ni pun permainan baru. Satu kawasan baru Legoland buat untuk tema Ninjagonya. Ia bukan sekadar permainan Ninjago biasa. Korang kena cuba Ninjago Ride kat sini.

Ride ni pun best… Korang duduk dalam coach yang dilengkapi dengan senjata ninja (virtual). Kemudian coach akan melalui beberapa bahagian yang penuh dengan cabaran dan serangan daripada penjahat.

Apa yang korang kena buat ialah korang campakkan senjata ninja virtual (macam bintang ninja) tu ke arah musuh yang datang menyerang. Bukan ler musuh betul. Dalam skrin 3D jer. Korang akan dapat markah daripada berapa orang penjahat yang korang berjaya bunuh.

Dalam pengembaraan ni selain daripada effect skrin 3D yang korang lihat, korang juga akan rasa effect haba dia. Masa coach lalu kat kawasan yang ada adegan keluar api tu, memang korang rasa betul bahang panas tu kat muka korang. Haaa unik kan..?

So kalau korang datang sini, Ninjago Ride ni pun korang jangan lepaskan peluang untuk mencuba.

Promosi Annual Pass

Kat dalam Legoland ni banyak permainan yang korang dan anak-anak kena cuba. So, satu hari korang lepak kat taman tema ni memang tak cukup.

Tambah lagi kalau jorang pergi masa cuti sekolah atau cuti umum. Taman tema ni memang menjadi tumpuan ramai. Bila orang ramai datang, peluang untuk korang nak cuba semua permainan dalam masa satu hari tu memang tipis. Dengan nak beratur tunggu giliran lagi, dengan nak berebut permainan yang kita suka lagi, memang tak sempat ler. Tak cukup masa..!

Jadi korang kena datang banyak kali ke sini untuk merasai kesemua permainan di dalam taman tema ni. Tu tak kira kalau korang nak masuk Water Park lagi tu. Hehehe

Cuma nak datang banyak kali ni kos tiket perlu diambil kira…

Untuk menyelamatkan bajet korang melambung naik dengan masuk ke Legoland ini secara kerap, korang mesti merebut peluang ni. Promosi pembelian Pass tahunan Legoland dengan harga tiket sehari.

Ya betul..!!! Hanya dengan RM199 (harga tiket untuk sehari) korang dah boleh dapat annual pass untuk korang datang berulangkali tanpa kos tambahan. Kalau korang beli annual pass sekarang, korang akan berpeluang membawa pulang Nissan Almera jika rezeki korang menang dalam contest yang sedang berjalan.

Ada 2 jenis annual pass. yang biasa dan yang premium. Yang biasa boleh masuk Legoland theme park jer. Kalau orang nak masuk water park sekali korang boleh upgrade terus kepada Premium Annual pass.

Baca: Dapatkan Pass Tahunan Dengan Harga Tiket Sehari

Parking

Untuk yang pertama kali datang taman tema ni, Legoland ada menyediakan parkir khas untuk korang di parking 1 & 2 dengan bayaran RM10 sekali masuk (flat rate). Daripada situ korang kena jalan kaki sikit untuk ke Legoland. Dekat jer pun.

Tapi kalau korang nak parking lebih dekat lagi dengan bayaran yang lebih rendah, korang boleh parking kat Medini Mall depan Legoland ni. Kat sini jarak lebih dekat sikit untuk korang menapak. Yang lebih penting bayaran parkir lebih murah.

Info lanjut Legoland

Untuk rujukan sebarang maklumat tentang Legoland, korang boleh lawati dan follow laman web dan laman sosial taman tema ni:

Laman Web: www.legoland.com.my
No untuk dihubungi: 07-597 8888
Facebook: https://www.facebook.com/LEGOLAND.my
Instagram: https://www.instagram.com/legolandmalaysia/
Youtube: https://www.youtube.com/user/legolandmalaysia
Emel:  info@LEGOLAND.my

Alamat:
7 Jalan LEGOLAND
Bandar Medini Iskandar Malaysia
79250 Iskandar Puteri (Nusajaya),
Johor Darul Takzim,
Malaysia.

Komen eXplorasa

Memang tak dinafikan, Legoland adalah salah satu tempat terbaik untuk membawa anak-anak menghabiskan cuti sekolah. Taman tema ni yang bertaraf antarabangsa memang tak pernah menghampakan setiap kali melawatnya. Contohnya ada saja permainan yang baru yang disediakan dalam Legoland.

Yang terbaru ialah  The Great Lego Race VR Coaster dan Ninjago The Ride. Korang mesti datang dan cuba 2 permainan yang baru ni di samping permainan lain yang sedia ada. Memang best!

Tentang kos tiket pula, korang kena rebut peluang yang dibuka sekarang, promosi untuk dapatkan pass tahunan (annual pass) Legoland. Sekarang korang boleh dapatkan pass tahunan yang membolehkan korang masuk ke Taman tema ni tanpa had dengan hanya RM199, harga tiket masuk sehari ke legoland.

Hebatkan promosi ni..? Korang juga berpeluang untuk memenangi sebuah Nissan Almera jika korang menang dalam contest ni.

Jadi apa tunggu lagi..? rebutlah peluang ini..! sangat berbaloi…!

Galeri foto Legoland

1,805 total views, 4 views today

8 Comments

  1. Nina Mirza April 16, 2018
    • sohoque April 19, 2018
  2. Lan Careno April 16, 2018
    • sohoque April 19, 2018
  3. Huda April 16, 2018
    • sohoque April 19, 2018
  4. PencariMakan May 7, 2018
    • sohoque May 12, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: