Nikmati Juadah Dan Pemandangan Menarik Di Buffet Ramadhan The View Cafe Best Western i-City Shah Alam

Memang sudah menjadi satu trend kat Malaysia ni, bila tibanya bulan Ramadhan, banyak restoran dan hotel akan mengadakan iftar stail buffet.

Setiap apa yang dibuat pasti ada pro dan cons nya. Ada yang suka buffet Ramadhan macam ni. Tidak kurang pula yang boikot. Itu pandangan masing-masing.

Bagi aku… Aku suka memandang perkara ni dari sudut positif. Kerana yang negatif itu datang dari sikap kita sendiri semasa pergi ke buffet Ramadhan. Jadi kawallah diri untuk kurang yang negatif.

Dari sudut positif aku nampak buffet Ramadhan ni dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama keluarga dan rakan-rakan bilamana sesekali kita berbuka puasa kat luar bersama-sama.

Buffet Ramadhan The View Cafe Best Western i-City Shah Alam

Best Western Hotel yang terletak di i-City Shah Alam pun tidak ketinggalan dalam menyediakan buffet Ramadhan untuk pengunjungnya semasa bulan Ramadhan. Diadakan di The View Cafe, pelbagai juadah makanan disediakan khas untuk pengunjung yang datang.

Apa yang menariknya, berbuka puasa di sini bukan hanya dapat menjamu selera dengan makanan yang enak dan pelbagai, mata juga dapat dijamu dengan pemandangan menarik matahari terbenam dengan sinar kuning keemasan menyinari seluruh i-City. Memang indah pemandangan jika cuaca menyebelahi kita.

Pemandangan ini secara perlahan bertukar kepada pemandangan lampu yang berwarna warni menghiasi i-City. Ini pun sangat memukau mata.

Juadah To The World, The View Cafe Best Western i-City Shah Alam

Terletak di tingkat 5 Hotel Best Western, The View Cafe sedia menanti pengunjungnya dengan pelbagai juadah dari serata dunia. Bertepatan dengan temanya Juadah to the world, korang bakal dihidangkan dengan pelbagai konsep makanan daripada negara barat dan timur.

Aku sedikit terkejut kerana dengan banyaknya makan yag terhidang ni, aku diberitahu yang ini hanyalah 60% sahaja daripada yang sepatutnya. Maksudnya jika korang datang masa bulan puasa nanti, lagi 40% akan ditambah kepada yang dah sedia banyak ni. Perghhh!!!

Setiap jenis menu di letakkan di stall yang berbeza. Ada tidak kurang daripada 13 jenis stall yang terdapat di restoran ni.M

Sangat Berbaloi

Dengan kuantiti pilihan makanan yang banyak dan rasanya yang memuaskan hati, ia memang berbaloi dengan apa yang korang bayar.

Servis pun bagus. Lepas jer korang kosongkan pinggan cepat jer staff restoran datang clearkan meja. Ini sangat penting tau kalau korang pergi buffet. Sebabnya kalau diorang lambat clearkan meja, kejap jer meja tu akan penuh. Kat mana korang nak letak makanan yang baru ambik?

Sehingga 25 April ini, harga untuk early birds adalah hanya RM89 untuk seorang dewasa. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi tersebut. Selepas itu, harga untuk korang nikmati juadah adalah sebanyak RM109 untuk dewasa.

Beli sembilan seat untuk mendapatkan satu seat percuma. Harga untuk kanak-kanak dan warga emas hanyalah RM59 setiap seorang.

Untuk membuat tempahan, korang boleh contact di nombor 03-55219000. Atau korang boleh email terus ke enquiry@bestwestern-icity.my

16 total views, 1 views today

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: