Bersatu Dengan Alam Di Tanah Aina Fahad Glamping Resort Ulu Dong Raub Pahang

Hujung minggu baru ni, eXplorasa bersama 7 lagi bloggers Kelab Bloggers Ben Ashaari telah menerjah Tanah Aina Fahad Glamping Resort Raub Pahang (Tanah Aina Fahad), salah satu resort di bawah jenama Tanah Aina.

Hutan. Alam semula jadi. Dua benda yang boleh aku rumuskan tentang trip kami kali ini. Tanah Aina Fahad terletak di Ulu Dong Raub Pahang yang sebahagian besarnya adalah hutan masih lagi belum dinodai.

Kali terakhir aku bersatu dengan alam ni ialah sewaktu mengikuti trip ke Taman Negara Pahang. Rindu untuk menghirup udara segar hutan dan mendengar alunan muzik rimba serta desiran air sungai adalah sebab utama aku memilih untuk sekali lagi mengikuti trip ini***.

Trip ini memang untuk rileks-rileks dalam hutan jer sebenarnya. Sebabnya kalu tengok pada ittenarary yang dicadangkan, tak ada aktiviti sangat pun selain daripada Jungle Trekking. Selain daripada itu adalah aktiviti-aktiviti ringan dan santai. Bagus juga. Boleh la aku rehatkan minda dan badan.

Ittenarary

Ni aktiviti yang dicadangkan untuk short gayeway 2 hari 1 malam kami di sini.

Check in 12:00 tengahari dan check out time juga ialah pada 12:00 tengahari

2 Hari 1 Malam

Hari Pertama

12:00nn – Check in

12:30pm to 2:00pm- Makan Tengahari

2:30pm – Guided jungle trekking ( bergantung pada cuaca)

4:30pm to 5:30pm- Minum Petang

7:30pm to 9:30pm- Makan Malam

Hari Kedua

7:30am to 9:30am- Sarapan

12:00pm- Check out/ Depart

Ke Tanah Aina Fahad Glamping Resort

3 jam pemanduan dari KL (termasuk berhenti utk sarapan di bandar Raub) untuk sampai di depan pintu pagar Tanah Aina Fahad. Disebabkan kami bertolak awal supaya tidak tergesa-gesa, kami sampai agak awal. Pukul 11 pagi dah tercegat di depan Tanah Aina.

Mr Shiva, in charge person untuk trip kami kali ini sudah siap menunggu. Beliau adalah pesara tentera Nepal yang telah 11 tahun berkhidmat dan menguruskan Tanah Aina Fahad ni.

Kami dibawa masuk ke dalam kawasan Tanah Aina dan ditunjukkan penginapan kami. Satu khemah (glamping) besar yang mengandungi 4 katil single tempat tidur kami kali ni.

“Hurmmm unik..!!” getus hati aku.

Kalau selama ni aku ikuti trip, aku disediakan dengan bilik hotel yang selesa kali ni aku berpeluang mengecapi pengalaman macam ni. Barulah rare dan lebih dekat dengan alam semulajadi.

Selepas menikmati welcome drinks, kami merayap ke segenap kawasan Tanah Aina ni untuk mengambil gambar-gambar suasana di sini. Ini  juga adalah tujuan aku datang ke sini***, merakam gambar suasana hutan untuk koleksi gambar-gambar aku. Sejak Kamera Mirrorless Sony A6000 menjadi milik aku, minat aku pada foto bertambah-tambah pulak. Korang boleh ikuti hasil cerapan aku di Instagram personal aku: www.instagram.com/sohoque dan juga instagram yang aku khaskan untuk foto-foto alam semulajadi (nature) di www.instagram.com/natures_gram.

Daripada memula sampai di resort ini***, mata tak lepas daripada melihat air terjun di bawah lembah tidak jauh daripada penginapan kami. Itulah Lata Jarum Ulu Dong yang masih asli dan belum tercemar. Macam tak sabar je nak terjun ke dalam air yang pastimya segar dan sejuk. Namun waktu untuk itu belum tiba. Ada ittenarary yang perlu diikuti.

Jungle Trekking

Selepas lunch yang sangat sedap (ada penyat durian, best sangat..!), kami memulakan aktiviti Jungle Trekking*** kami pada petang itu dengan diketuai oleh 2 orang guide (termasuk Mr Shiva).

makan tengahari

Agak mencabar juga trekking kali ini. Sebabnya denai yang kami lalui dah ada yang tertutup oleh pokok dan dahan mati. Mungkin ianya dah agak lama tidak dilalui. Ada beberapa tempat yang terpaksa di tebang dan ditebas pokoknya untuk memudahkan perjalanan kami.

Aku pantas membandingkan tahap kesukaran trekking kali ini dengan trekking terakhir yang aku aku ikuti semasa trip Taman Negara. Dari segi rintangannya trekking ini lebih mencabar. Tapi untuk keseluruhan trekking, aku rasa trekking di taman negara untuk menakluk Bukit Terasek lebih mencabar.

Mengikut kata Mr Shiva, purata masa yang diambil peserta trekking untuk menamatkan trekking di sini adalah antara 2-3 jam. Kami berjaya menamatkannya dengan catatan masa kurang dari 2 jam. Kira laju jugak la kami. Hehehe.

Untuk aktiviti ni aku salute dan ucapkan tahniah kepada Min kerana berjaya mengikut trekking sehingga ke garisan penamat. Beliau menghidap slipped disc pada tahun lepas.

Semangat punya pasal, kasut tercabut tapak pun tetap meneruskan trekking

Beliau beranikan diri ikuti trekking kerana ingin mencabar diri untuk mendapatkan semula keyakinannya yang semakin goyah selepas disahkan menghidap penyakit tersebut. Terbukti penyakit tersebut telah sembuh dan tidak mengganggu beliau lagi.

oh ya.. pacat pun salah satu cabaran untuk trekking kat sini…

Garisan penamat trekking adalah air terjun kecil Lata Jarum berhampiran penginapan kami yang boleh dilihat daripada atas tadi tu. Nah.. sekarang dah terbentang di depan mata. Apa lagi… Terus la semua turun untuk merasa kesegaran dan kesejukan asli air sungai Lata Jarum ni.

nampak jer air ni terus rasa penat hilang

Syiok giller baq ang…! Selepas taman negara dulu, baru kini dapat peluang untuk mandi manda air sungai macam ni. Kat sini airnya lebih bersih daripada sungai kat taman negara tempohari.

Aktiviti di malam hari

Selesai bersihkan diri kat bilik air yang sangat cantik dan bersih yang disediakan, kami menuju ke cafe untuk jamuan makan malam. Sekali lagi.. makanan yang disediakan sangat sedap. Memang kena dengan selera aku.

sedap menu kat sini…

Selepas makan ada aktiviti Camp Fire. Kami pilih permainan teka perkataan. Alaa yang sorang duk depan bagi isyarat tu. Yang lain teka la apa yang dimaksudkannya.

Syiok giller..! Lawak..! Berdekah kami gelak. Selepas game inilah aku sedikit terkesan apabila perkataan apabila terjumpa perkataan “boboiboy”. Hahaha. Ada ceritanya. Nantila aku cerita.. macam malas jer nak cerita kat sini.

Lepas aktiviti ni kami berkumpul lagi sambil bersembang mendengar cerita masing-masing sehingga lewat malam. Serius ini betul-betul mengeratkan lagi ukhuwwah kami. Sedikit sebanyak kami lebih mengenali hati budi masing-masing.

Hari kedua

Terlewat “sikit” kami terjaga pagi ni. Aku macam terasa kehilangan sesuatu. Sesuatu yang aku bayangkan sebelum datang sini tidak berlaku.

Aku bayangkan diwaktu pagi kat sini riuh rendah dengan kicauan burung seperti di kampung aku zaman aku kanak-kanak dulu. Namun ianya ternyata meleset. Hampir tiada kicauan burung… hurmmm pelik. Mungkin bukan musim burung berkicau kot.. entahlah.. tapi serius aku rindu bunyi kicauan burung di pagi hari.

bilik mandi kat sini aku kagum giller. Bersih sangat. Cantik pulak tu…

Usai mandi, terus menuju ke cafe. Sarapan sudah tersedia. Sedap juga. Aku berani memberi rating 4 bintang untuk sarapan di sini. Semuanya kena dengan selera aku.

Lepas sarapan, aktiviti bebas lagi. Separuh daripada kami turun ke gigi sungai untuk mandi manda kali terakhir sebelum kami checked out pukul 12 nanti. Separuh lagi termasuk aku dan Ben Ashaari sibuk melayan media social, update tentang trip kali ni.

Sebelum checked out, kami dibawa melawat sekeliling Tanah Aina Fahad Resort untuk melihat jenis-jenis penginapan dan fasiliti-fasiliti yang ada. Untuk ini, aku akan ceritakan di dalam entri selepas ini. Tunggu..!

Tanah Aina Fahad, satu lagi tempat untuk percutian pendek keluarga

Sebelum ni kalau ada cuti pendek, mesti aku bawak keluarga bercuti. Biasanya tempat menarik yang dekat-dekat KL menjadi tumpuan kami seperti Port Dickson, Melaka, Kuantan dan sebagainya.

Kini senarai tempat bercuti yang dekat dengan KL dah bertambah. Tanah Aina Fahad ni sangat ideal untuk bercuti sehari dua lari daripada kesibukan dan hingar bingar kotaraya.

Kat sini sesuai jer untuk percutian keluarga. Walaupun ia terletak agak di pedalaman dan di pinggir hutan, tetapi di sini tiada binatang berbisa seperti ular dan sebagainya. In fact, di dalam hutan semasa jungle trekking pun aku tak jumpa sebarang jejak binatang berbahaya. Ini disahkan sendiri oleh Mr Shiva yang sangat arif tentang tempat ini sejak berkhidmat di sini 11 tahun yang lalu.

Boleh la dekatkan diri anak-anak dengan alam yang belum tercemar. Mesti diorang akan dapat belajar sesuatu yang baru kat sini.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

  1. Salam En. Sohoque
    Saya Yatie Shahrom, Coordinator Tanah Aina Sdn Bhd mengucapkan berbanyak terima kasih bagi pihak CEO TASB YBhg Kol. Bersekutu (PA) Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil.
    Kami amat gembira tentang kehadiran En. Sohoque dan teman teman kerana sudi menginap di Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Kg. Peruas Ulu Dong Raub.
    Terima kasih tak terhingga atas penghargaan En.Sohoque yang berpuashati dengan layanan staff, penginapan dan makanan.
    Besar lah harapan kami En.Sohoque dapat mengunjungi resort kami Tanah Aina Farrah Soraya di Jalan Tras Raub (jalan lama ke Frasers Hill) dan Restoran & Cafe Tanah Aina Fareena yg akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018 di KM54.3 Karak Highway.

    Untuk inquiry or booking plse email to booking.tanahaina@gmail.com or contact
    Ms. Hana 0162159252
    Ms. Malou 0192827012
    http://www.tanahaina.com

    Terima kasih.

    • haaa mmg syok.. tp yg kurang syiok masa jungle trekking tu ialah ada pacat.. hahaha parutnya sampai sekarang tak hilang woooo

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ