Restoran GRANDMAMA’S Pavilion Lokasi Berbuka Puasa Pilihan eXplorasa

11
1825

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik dah masuk 3 hari dah kita berpuasa.. macamana semua? Letih ke puasa ni? Aku terus terang cakap puasa kali ni memang tak terasa letihnya. Mungkin sebab aku dah ubah pemakanan aku semasa sahur.

Ya.. aku amalkan memakan oat dan susu kambing jer masa sahur. Kenyangnya bawak ke petang. Bertenaga jer badan. Tak der masalah.

Biasanya beberapa hari terawal Ramadhan orang akan sibuk berbuka puasa di rumah. Lepas tu dia dah mula cari iftar ataupun buffet Ramadhan kat luar.

Untuk yang bertandang ke Pavilion KL, kat sana ada satu restoran yang aku cadangkan untuk korang terjah masa berbuka puasa. Aku pun tak tahu sebelum ni yang wujudnya restoran makanan Malaysia ni.

Restoran Grandmama’s Pavilion KL

Haaa ni la restoran yang aku maksudkan tu.. korang pernah datang sini? Pernah ke tak pernah ke jawapan korang, korang kena datang sini kalau korang berhajat ke Pavilion.

Aku dah try menu buka puasa restoran ni. Memang mantap. Nanti aku cerita lebih lanjut.

Restoran ni sebenarnya dibuka pada tahun 2012 lagi dah. Ia memang fokuskan pada menu masakan Malaysia (Malaysian Cuisine). Maksudnya ada menu masakan Melayu, Cina dan India.

Menu-menu yang pelbagai restoran ni bermula daripada Dry Fried Sang Har Egg Noodles, Laksa Kari, Chow Kueh Teow, Nasi Lemak Grandmama’s, Nasi Ayam Istimewa sehinggalah kepada Kari Kepala Ikan dalam Periuk Panas, Udang Sambal Petai, Ayam Masak Merah dan banyak lagi menu Malaysia.

Suasana yang dibawa oleh restoran ni sangat best tau… Terasa relaks dan tenteram jer lepak sini. Ruangnya luas dan tak crowded. Boleh pilih nak makan kat bahagian dalam restoran atau bahagian luar. Aku suka makan di bahagian luar. Luas sikit pemandangan.

Warna yang diadaptasi oleh restoran ni pun sempoi iaitu warna Pink dan Turquoise menjadikannya sesuai juga untuk jiwa muda mudi.

sempoi giller hiasan dinding ni…

Satu ruang dinding di luar restoran ni memaparkan seorang nenek menunggang motor besar. Ini sangat unik dan menarik hati aku. Sempoi jer gambar ni. Hahaha.

Set menu Selera sedap Grandmama’s

Untuk korang yang nak datang ke sini untuk iftar korang, ni aku senaraikan menu-menu yang disediakan di sini khas untuk korang berbuka puasa.

Set A (untuk 2 orang) – rm78+

  • ayam masak kari
  • ikan mackerel dengan sos sweet n sour hainanese style
  • burung puyuh goreng kunyit
  • udang masak merah
  • vegetables of the day (sayur berbeza dihidangkan setiap hari mengikut hari tertentu)
  • deep-fried chicken bean curd roll

Set B (untuk 4 orang) – rm155

puyuh masak merah
  • ayam goreng berempah
  • rendang daging
  • ikan sweet n sour
  • udang dan sotong dengan chef’s signature sauce
  • burung puyuh masak merah
  • vegetables of the day
  • deep-fried chicken bean curd roll

Set C (untuk 6 orang) – rm285.00

Udang masak merah – antara menu set C
  • seafood curry hot pot
  • ikan mackerel dengan sos sweet n sour hainanese style
  • ikan sweet n sour
  • Daging sos black pepper dengan gajus
  • udang masak merah
  • Sotong goreng dengan pepper salt
  • vegetables of the day
  • deep-fried chicken bean curd roll

Minuman

3 Layer Coffee – RM 10.90+
3 Layer Tea – RM 10.90+
3 Layer Soda Bandung – RM 10.90+

Nota: Setiap set di atas didatangkan dengan Nasi Kerabu, Kuih muih Melayu, Kurma, Keropok Ikan, Ulam-ulaman, Cili Belacan and Otak-otak.

Single Platter (hanya di Outlet KLIA and Genting sahaja)

Single Platter Set A

pic: NinaMirza.com

Single Platter Set B

Komen eXplorasa

Terus terang aku cakap, aku memang jatuh hati dengan restoran ni. Walaupun pertama kali bertandang aku rasa restoran ni menepati citarasa aku.

Suasana yang tenang dengan dekorasi yang sesuai dengan pelbagai peringkat usia, restoran ni mungkin juga akan membuatkan hati korang terpikat.

Menu-menu yang disediakan juga sedap dengan harga berpatutan. Aku yakin menu-menu Malaysia yang ditawarkan di restoran akan sesuai dengan tekak korang sebagai orang Malaysia.

So, korang kalau nak datang bulan puasa ni eloklah call dulu untuk buat reservation. Bukan apa.. Dah ramai orang yang tau pasal restoran ni. Takut penuh pulak kalau korang walk in macam tu jer.

Oh ya.. Lupa nak cakap promosi menu-menu kat atas tu bermula pada 27 Mei 2017 hinggalah 24 Jun 2017 sahaja. Jadi pilihlah tarikh terbaik untuk korang ke sana.

Grandmama’s Outlets:-

1. Grandmama’s Pavilion Kuala Lumpur, Malaysia
Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : 03 – 2143 9333

2. Grandmama’s KLIA, Malaysia
Lot SATMZ 5, Mezzanie Level, South Wing, Satellite Building, KLIA, 64000 Sepang, Selangor, Malaysia.
Tel : 03 – 8776 2357

3. Grandmama’s SkyAvenue, Genting Highlands
Lot T2-05, Level 1, SkyAvenue, Genting Highlands, 69000, Pahang, Malaysia.
Tel : 03 – 6101 3289

4. Grandmama’s Intermark Mall Kuala Lumpur, Malaysia ( Opening August 2017 )
The Intermark, 348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia

Selamat berbuka puasa.

Loading

11 COMMENTS

Leave a Reply to awang Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge