Kembara bermula – Etihad Airline: KUL – AUH/AUH – LHR

27
2823

Europe Trip Flyworld Travel – Etihad Airline: KUL (KL) – AUH (Abu Dhabi)

Ok. Kenyang dah. Baru jer lepas dinner. Best jugak nasik lauk ayam ni. Hahaha. Layan jer. Perut tengah lapar kot. Tadi sempat jamah burger jer.

 

Sebelum ni ada hidangan ringkas dalam pesawat Etihad ni. Makan biskut dan fresh Orange. Ok la buat alas perut sebelum sampai waktu dinner kejap tadi.

Perjalanan KL ke Abu Dhabi ni lebih kurang 8 jam. Transit kat Abu Dhabi 3 jam sebelum sambung semula penerbangan ke Heathrow London. Kat Abu Dhabi nanti kami akan bersolat jamak ta’khir maghrib dan Isyak.

Part solat ni aku suka dengan Europe Trip anjuran Flyworld Travel ni. Diorang memang jaga bab-bab agama ni. Solat memang diorang akan tekankan dan masukkan dalam ittenarary. Yang mana culas jugak tu hal masing-masing la. Sendiri tanggung la naaa… Hahaha.

Peserta yang daftar dengan pasangan masing-masing juga diorang akan mintak surat nikah. Diorang tak mau subahat dengan “dosa” yang mungkin berlaku dalam jelajah kembara kelolaan mereka. Aku respek…!!!

Sebelum berlepas tadi aku plan nak tidur lepas layan satu movie. Tapi tour leader dah siap pesan masa briefing tadi lebih baik jangan tidur di penerbangan pertama ni. Kalau nak tidur, tidur dalam penerbangan ke London selepas transit di Abu Dhabi nanti.

Sebabnya kalau tidur awal-awal ni biasanya sampai London nanti mesti akan ngantuk. Aku tertanya gak tadi kenapa jadi gitu. Mungkin sebab pertukaran waktu kot.

Pesawat Etihad ni kira selesa gak la walaupun tiket kelas ekonomi. 2 tempat duduk di kiri kanan pesawat manakala 4 tempat duduk di tengah pesawat. Aku duduk bahagian tempat duduk tengah.

Ok la. Agak luas tempat duduk. Sebabnya di kiri kanan aku dua-dua badan besar. Tapi ok jer. Makan selesa jer tadi. Tak berlaga siku pun. Hehehe.

Aku ikut nasihat tour leader. Cuba tak tidur. Untuk itu aku layan movie dan lagu. Tadi try layan filem Arrival. Tapi filem tu mula dengan agak perlahan. Rasa ngantuk. So aku pilih movie Pete’s Dragon. Berjaya tonton sampai habis…!

Ni sambil taip entri aku layan lagu-lagu Bon Jovi: Greatest Hits pulak. Haaa rajin aku taip entri kali ni. Hahaha. Bukannya apa. Layan bosan dan nak hilangkan ngantuk.

Sambil tu aku pastikan semua gajet, smartphone (iPhone 6 plus & GT Mobile), kamera (Canon Mirrorless) dan GoPro (tajaan Kelab Blogger Ben Ashaari) dicaj penuh dalam Etihad Airlines ni.

Ok la. Nak sambung layan movie satu lagi. Entri ni pun sampai Abu Dhabi nanti baru boleh publish.

Pocket Wifi Travel Recommend

Bab internet aku tak risau sangat. Sebabnya aku kembara bersama pocket wifi tajaan Travel Recommend, sebuah syarikat yang buat sewa pocket wifi kepada pengembara ke seluruh dunia.

Ratenya kira ok la. Macam aku bawak pergi Europe ni, caj sewaannya ialah RM26 sehari. Aku pergi selama 12 hari. So boleh kiralah kos keseluruhan. Heheh.

Cuma aku tengok list tadi, coverage internet untuk seluruh Europe agak kecil. Dia bagi 500MB jer sehari. Aku kat Malaysia guna data Celcom 60GB tu. So memang rasa tak cukup data.

Tapi lepas aku selidik dengan syarikat yang sediakan servis macam ni, memang gitu. Coverage Europe memang diorang bagi kecil jer. Ini disahkan sendiri oleh rakan blogger travel otai yang kenalkan aku dengan travel reccommend ni, Faizal Fredley.

Kalau guna lebih daripada peruntukan data harian, bukannya diorang bar terus, tapi sambungan data akan jadi perlahan. Tapi setakat korang nak cek dan up status FB tu lepas je.

So korang kalau nak travel dan nak penggunaan data yang berbaloi, bolehlah korang masukkan Travel Recommend ni dalam senarai penyedia pocket wifi korang.

Ok. Aku sambung tengok movie jap.

Loading

27 COMMENTS

  1. Wahh bang hoq g Europe daaa…Selamat pegi dan selamat balik naaaa…Waa keciknya data huhuhu tapi takpo la bang hoq janji ado dari takdo ..tengok org g luar negara kita pon tumpang suka daa..suka tengok..pasni blh la letak gambar bebanyak kat entri bang hoq ya..kita singgah lagi nanti..Semoga dipermudahkan segala urusan bang hoq kat sana ya..

  2. Bestnya bamhoq… Sempoi tgk pic dlm kapal terbang tu… Siap layan muvi tu…hmmm bila nk nk dapat rasa pi london nih… Sebenier jgn lupa ye..😁😂

    • Rm26 untuk 500gb sehari. Kalau exceed dia x cut just slow jer la. Memang normal rate ni dan data tu untuk europe. X tau naper. Kalau asian, unlimited data.

      Kalau roaming rm38/sehari. Kira murah lagi la sikit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge