10 Sebab Kenapa Anda Perlu Detox

Jika korang selalu ikuti perkembangan explorasa, mesti korang perasan bebaru ni explorasa ke Phuket untuk merasai sendiri pengalaman melalui Program Detox di The LifeCo Phuket. Pengalaman yang sungguh bermakna dan membuka mata aku tentang betapa pentingnya kita perlu menjaga pemakanan kita. Salah satu caranya ialah kita merehatkan sistem organ dalaman kita dengan berdetox.

Apa itu Detox

apa-itu-detox

Mesti akan ada soalan ini daripada pembaca nanti. Jadi sebelum aku teruskan perkongsian dengan lebih lanjut adalah baik kiranya aku perjelaskan makna Detox ni.

Di dalam kehidupan yang serba moden sekarang, banyak sumber asli yang dah tercemar. Dan yang inilah yang masuk ke dalam badan kita melalui makanan, minuman dan udara. Udara yang kita sedut sudah tidak bersih lagi. Makanan dan minuman yang kita ambil, kita fikir ia adalah makanan sihat tetapi sebenarnya ada bahan kimia.

Semua ini akan mengumpulkan toksin di dalam badan kita. Dan ia bukan perkara yang senang untuk membuangnya. Bayangkan, kita sudah hidup berpuluh-puluh tahun. Berapa banyak agaknya toksin dah terkumpul dalam badan kita.

Toksin inilah yang membawa penyakit kepada badan kita samada penyakit biasa maupun penyakit kronik. Jadi untuk kekal sihat dan jauh daripada penyakit, kita perlu membuang toksin yang terkumpul dalam badan kita ni.

Untuk itu, kita perlu melalui satu proses yang dipanggil Detox. Proses ini ialah kita meninggalkan segala tabiat biasa kita memakan makanan yang tercemar dengan bahan kimia.

Untuk proses detox biasanya mereka hanya memakan sayur-sayuran hijau yang tidak tercemar dengan bahan kimia, meminum jus sayuran dan buahan hijau, dan meminum air yang berunsur alkali sahaja. Apa yang paling penting ialah jauhi daripada “packed product” . Lebih elok lagi sekiranya proses ini dilakukan di tempat yang tidak tercemar udaranya.

Dengan cara ini, organ dalaman yang selama ini berkerja keras menapis dan mengasingkan toksin daripada makanan yang masuk ke dalam badan akan dapat berehat dan menumpukan kepada pembersihan dalaman badan.

Program inilah yang aku lalui semasa di Phuket tempohari. Sangat bersyukur kerana terpilih mengikuti program ini. Ilmu yang aku dapat kat sana amat berguna untuk aku harungi hidup dan menjaga tubuh badan pinjaman Allah ini.

Kenapa perlu detox?

Apa kelebihan detox ni?

Ok ni haa aku senaraikan 10 sebab kenapa kita semua perlu detox:

1. Untuk buang Toksin daripada badan

Toksin yang tersimpan dalam badan bertahun-tahun lamanya tu adalah penyebab penyakit. Racun serangga pada sayuran, bahan pewarna pada makanan, bahan kimia pada belas pembungkus makanan adalah antara contoh-contoh toksin yang dibawa masuk ke dalam badan kita.

Bahan-bahan ini akan memberi kesan kepada sistem pertahanan badan dan metabolisme kita menyebabkan penyakit senang hinggap. Jadi ia perlu dibersihkan segera daripada badan kita.

2. Untuk mencegah penyakit kronik

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Kita tak tau apa akan jadi dengan badan kita. Kita tak tau berapa banyak toksin terkandung di dalam badan kita. Jadi lebih baik kita mengambil langlah untuk membuang toksin sebelum ia menjadi punca kepada penyakit kronik kepada badan kita.

Kebanyakan penyakit kronik tiada tanda sebelum ia datang. Tiba-tiba sahaja ia menyerang. Langkah pencegahan dengan detox ini amat perlu.

3. Meningkatkan sistem imunisasi badan

Sistem imunisasi yang lemah akan mendorong badan kita cenderung untuk mendapat demam dan selsema. Ini akan menjejaskan kualiti kehidupan dan jika berlarutan mungkin akan menjemput penyakit lain pula. Jadi detox secara regular dapat meningkatkan sistem pertahanan badan.

4. Mengurangkan berat badan

Toksin yang terkandung di dalam badan boleh menyebabkan badan kekurangan daya metabolisme. Ini menyebabkan lemak-lemak senang terkumpul dan boleh membawa penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

weight-loss-detox

Keupayaan badan untuk membakar lemak menjadi lemah. Dengan detox, ia akan mengeluarkan toksin yang terperangkap di dalam sel lemak. Dan ini sekaligus akan meningkatkan kadar metabolisme badan. Dengan mengamalkan detox, proses untuk mengurangkan berat badan akan menjadi lebih mudah.

Lagipun dengan makanan detox, tiada lemak dan toksin baru yang akan masuk ke dalam badan.

5. Memperlahankan proses tua sebelum waktunya

Dengan detox, badan akan membuang radikal penyebab tua. Ini meningkatkan kebolehan badan menyerap nutrisi yang diperlukan badan termasuk antioksidan dan vitamin yang menolong melawan oxidative stress.

6. Meningkatkan kualiti kehidupan

Dengan badan yang sarat dengan toksin, sudah pasti kehidupan tidak seperti yang diharapkan. Sakit sendi, sakit kepala, tidak hadam makanan, masalah tidur, dan tidak bermaya adalah masalah biasa yang terjadi disebabkan toksin di dalam badan. Ini semua membuatkan kualiti hidup tidak sempurna.

Detox dapat mengelakkannya…!

7. Meningkatkan tenaga

Yang ni memang aku dapat rasa sejak hari pertama aku lalui proses detox lagi. Badan menjadi semakin bertenaga. Tidur pun nyenayak jer. Nak bangun tidur pun amat senang. Malah aku terjaga untuk solat subuh tanpa bantuan jam loceng pun…

8. Kualiti kulit semakin cantik

Me-nyahkan toksin dengan detox menjadikan kulit semakin cantik. Tanpa toksin, penyakit kulit seperti jerawat akan berkurangan. Ia juga akan menguatkan rambut serta kuku. Kulit akan kelihatan segar dan bersinar secara natural.

9. Ketenangan mental dan emosi

Akal yang sihat daripada badan yang sihat
~ pepatah arab

morning-walk-detox

Apabila sistem badan telah diselaraskan dengan pembuangan toksin ia akan memberi kesan kepada mental dan emosi kita. Tiada lagi stress. Ini membantu kita membuat sesuatu dengan tenang.

Keputusan yang diambil menjadi lebih bijak, analisa akan menjadi lebih tepat dan kita akan lebih cenderung melihat sesuatu dari sudut yang positif

10. Mengembalikan kestabilan kepada sistem badan.

Sistem penghadaman, sistem saraf, dan sistem hormon kami telah direka khas untuk bekerjasama membantu badan mencapai kesihatan yang optimum. Inilah yang badan kita mahu lakukan! Tetapi apabila kita bebankan mereka dengan toksin dan makanan yang tidak sihat, sistem ini tidak berfungsi dengan baik seperti yang sepatutnya dan kita jatuh sakit.

Dengan detox, kita akan mengembalikan semula kestabilan kepada sistem badan dan ini akan membolehkan sistem badan berfungsi dengan sempurna.

Detox ya bukan diet…

Semasa aku berkongsi gambar makan green salads dulu, ada yang komen:
Banyaknya makan…! Dah tak jadi detox kalau makan gitu..

Ini detox ya. Bukannya diet walaupun kalau kita detox kesannya badan akan turut berat. Sepanjang aku berdetox di Phuket tempohari, berat badan aku turut sebanyak 3Kg dalam masa 4 hari. Kebiasaannya (untuk lelaki) yang datang melalui proses Master Detox (7 hari) di The LifeCo Phuket ni akan kehilangan 6Kg berat badan.

Makan salad dan minum green juice bukanlah seperti kita makan makanan biasa. Kita perlu makan lebih banyak untuk menampung rasa lapar nanti. Dan kita kena makan ataupun minum juice secara lebih kerap untuk mengelakkan rasa lapar.

Makan banyak makanan yang berasaskan Green Salads dan Green Juices semata-mata tidak menjadikan kita gemuk. Jangan bimbang…!

Jadi detox bukannya diet (kurangkan makan) ya.. Ramai yang tersilap tentang ini.

Cabaran detox

Melalui proses detox sendiri di rumah adalah sesuatu yang mencabar. Ia memerlukan semangat yang jitu dan keazaman yang tinggi.

Antara cabaran yang aku hadapi semasa melalui proses detox sendiri di rumah ialah:

1. Kekangan masa

Untuk aku yang kerja sentiasa bergerak ni agak sukar untuk berdetox dengan sempurna. Aku keluar awal pagi untuk menghantar anak ke sekolah. Kemudiannya bergerak ke KL menghantar isteri tercinta berkerja.

Aku menghadapi sedikit masalah masa untuk menyediakan makanan Green Salads dan sebagainya. Boleh bukannya tak boleh. Boleh jer prepare di malam hari tapi kebiasaannya aku tak sempat.

2. Kekangan kos

Kos untuk berdetox ni bukan murah. Pada mulanya aku menyangka kos untuk membeli bahan-bahan sayuran murah jer. Rupanya tidak. Kos membeli makanan detox menjadi sekali ganda berbanding dengan ketika tidak berdetox.

Itu aku beli dan buat sendiri. Jika beli ataupun makan di restoran yang menyediakan makanan detox, kosnya adalah lebih tinggi. Ini sedikit sebanyak menjejaskan aliran tunai harian aku.

3. Persekitaran

Kerja aku sebagai unit trust consultant banyak melibatkan perjumpaan santai di kedai kopi
Kerja aku sebagai unit trust consultant banyak melibatkan perjumpaan santai di kedai kopi

Kerja aku banyak meeting dan jumpa klien. Kebanyakan tempat perjumpaan adalah di restoran ataupun kopitiam untuk memudahkan perbincangan secara santai. Di restoran dan kopitiam inilah musnahnya detox aku. Hahahaha…

4. Motivasi

Apabila proses detox dilalui berseorangan, motivasi akan kelaut. Banyak godaan di luar sana yang menanti. Apabila tahap motivasi menurun, maka detox mungkin akan terjejas.

Cabaran-cabaran inilah antara yang aku lalui sepanjang melakukan proses detox sendiri…!

Buat setakat termampu

Tak mampu buat secara betul-betul bukanlah bermakna kena tinggalkan proses ini. Proses detox amat penting kepada badan.

Tak mampu amalkan setiap hari, amalkanlah selang sehari. Tak mampu juga buatlah seminggu 2 kali. Kekerapan inilah yang aku cuba terapkan.

Aku berdetox 2 kalu seminggu. Hari Isnin dan Khamis. Sekali dengan puasa sunat. Bersahur dengan green juice, berbuka dengan green salads.

Senang cerita…! Tak perlu aku sediakan green salads setiap hari. Kos pun dapat dijimatkan… Motivasi pun stabil. Jika bertemu klien, aku akan cakap, maaf saya berpuasa.. Haaa.. bijak tak aku…?

Jika tak mampu lagi buat macam aku, korang sediakanlah duit sikit. Kumpul duit dan pergi ke The LifeCo Phuket. Ambil pakej detox kat sana. Ambil cuti. Pergi rehat sambil berdetox di sana.

Puashati buat gitu. Segalanya disediakan untuk korang kat sana. Proses kesihatan yang lain juga disediakan seperti IV Dripping, Angel of Water dan lain-lain.

Point aku kat sini.. Jagalah amanah Allah kepada kita iaitu badan kita. Kos detox mahal.. tapi kos akan menjadi bertambah mahal jika kita dah jatuh sakit kerana tiada pencegahan.

Jagalah badan kita. Minum kopi boleh. Tetapi imbangi ia dengan minum air kosong beralkali sebanyak mungkin selepas itu.

Moga perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan motivasi untuk kita sama-sama menjaga badan dengan detox.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

Leave a Reply to lisa Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ