Sign in / Join

Brolly Crab Factory – Sedap! Saya Pasti Singgah Lagi

Memang banyak restoran yang sedap di kuala lumpur dan kawasan sekitarnya. Pelbagai jenis ataupun kategori restoran ada. Cuma kita sahaja yang kadang-kadang tidak tahu ataupun tidak perasan.  Kita perasan pun kadang-kadang sebab rakan ataupun keluarga bercakap tentang restoran tersebut. Ataupun kita terbaca di internet ataupun media massa.

Brolly Crab Factory Kuala Lumpur

signboard-brolly-crab-factory

Salah satu restoran yang saya cadangkan untuk anda bertandang adalah Restoran Brolly yang terletak di ground floor bangunan felda kuala lumpur. Restoran ini adalah di bawah pengurusan yang sama dengan restoran seafood (makanan laut) yang best di Cyberjaya, Crab Hut. Saya sempat singgah di restoran ini baru-baru ini dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Bus yang diletakkan di pintu masuk Brolly

Bus yang diletakkan di pintu masuk Brolly

Konsep dan susun atur

Banyak yang istimewanya tentang restoran ini*. Dari konsep yang diterapkan sehinggalah kepada menu-menunya yang lazat.

Saya cukup suka dengan konsep yang ditonjolkan oleh restoran ini. Memang ada kelainan dan keunikannya yang tersendiri. Konsep yang lebih mesra dipanggil Hipster ini seakan menjadi trend kepada restoran dan cafe sekarang ini. Konsep ini berjaya menarik pengunjung kerana keunikan yang ditonjolkan.

Melangkah masuk ke dalam restoran, mata saya terus melilau mencari kelainannya. Perkara pertama yang saya nampak adalah hiasan dinding. Sport rim disusun cantik melekat di dinding bilik yang dikhaskan untuk function tertentu. Mata melirik ke atas pula. Ada sebuah kereta tergantung di dinding. Unik sekali.

brolly-crab-factory-hiasan-sport-rim

hiasan sport rim di dinding

brolly-crab-factory-kereta-terbalik

Di sudut dinding sebelah sana pula terpapar alatan mekanik melekat pada dinding. Bukan itu sahaja. Sinki tempat basuh tangan juga unik. Tempat keluar air tu adalah kepala hos pam minyak. Suka betul tengok! Begitu juga dengan cermin muka di tempat sinki tu. Juga unik. Side mirror kereta dijadikan cermin muka.

alatan mekanik

alatan mekanik

sinki yang unik

sinki yang unik

cermin muk side mirror

cermin muka side mirror

Restoran ini agak luas. Meja tersusun mengikut cara tersendiri. Ruang terbahagi kepada dua bahagian dengan satu di bahagian dibuat seperti bilik khas untuk function tertentu.

Menu-menu lazat Brolly

Selain daripada keunikan konsep yang hiasan dalaman tadi, menu-menu yang lazat dan best yang bakal disajikan kepada anda juga menjadi sebab utama kenapa saya cadangkan anda supaya datang ke restoran yang saya labelkan sebagai antara restoran yang paling best di KL.

Jom lihat menu-menu yang sempat kami cuba pada hari tersebut:

Aneka sate

aneka jenis sate

aneka jenis sate

Pelbagai sate dalam satu hidangan. Ada ayam, daging, kambing, udang dan sotong. Harganya diantara  RM9.00 – RM16.00

Cencalok Fried Chicken Wings

brolly-crab-factory-cencalok-chicken-wings

Ini pula cencalok Fried Chicken Wings. Penggemar chicken wings kena cuba ni. Harganya  RM22.00

Chicken Burger

brolly-crab-factory-chicken-burger

Portionnya banyak. Terdiri daripada burger ayam dan French Fries. Cukup mengenyangkan kalau dimakan seorang. Harganya RM34.00

Beef Burger

brolly-crab-factory-beef-burger

Ini pula beef burger ataupun burger daging lembu. portion yang sama seperti chicken burger. Harganya  RM32.00

Lambogarlic Pizza

brolly-crab-factory-pizza

Menu pizza pun ada khas untuk peminat pizza. Harganya  RM34.00. Syiok juga mengunyah pizza ni sambil berborak dengan rakan ataupun keluarga.

Beef Yakiniku Omelette Curru Don

brolly-crab-factory-pattaya

Kalau kat restoran Thai, menu ini macam Nasi Goreng Pattaya la. Nasi goreng dibalut dengan telur dadar. Sesuai dipesan jika ketika itu selera sedang maukan nasi. Harganya  RM28.00

Seafood Fried Rice Lunch Tray – RM28.00

brolly-crab-factory-nasi-goreng-seafood

Nasi Goreng Seafood. Sesuai dimakan dikala perut tengah laparkan nasi. Berharga  RM28.00

Ayam Percik Lunch Tray – RM26.00

brolly-crab-factory-ayam-percik

Menu ayam percik yang dihidangkan di dalam tray ini boleh dijadikan sebagai pilihan jika ingin merasai menu ayam percik. Harganya yang hanya RM26.00 menjadikannya sungguh berbaloi untuk dicuba.

Beef Ribeya with Mushroom Sauce & Mash – RM78.00

brolly-crab-factory-beef-ribeye

Western food ini pun lazat. Kalau tanya saya memang saya cakap best menu ni! Harganya  RM78.00

Beef Sirloin with Black Perpper Sauce & Fries – RM65.00

brolly-crab-factory-beef-sirloin

Dagingnya memang lembut dan lazat. Juga menjadi feveret saya. Harganya  RM65.00

Seafood Bag – makan atas meja

Tadi tu selesai round yang pertama. Rehatkan perut kejap untuk menghadapai round kedua.

brolly-crab-factory--seafood-bag

Kali ini kami dihidangkan dengan seafood bag macam yang pernah kami makan di restoran Crab Hut tempohari. Menu yang diletakkan di dalam bag plastik dan dituang terus ke atas meja tanpa pinggan dan mangkuk. Cara hidangan sebegini pun makin popular sekarang ni. Agak janggal jika anda pertama kali makan cara hidangan seafood bag ni.

Flower Crab Set Spicy Plum Sauce – RM109.00

brolly-crab-factory-flower-crab

Flower Crab Set Mild – RM109.00

brolly-crab-factory-flower-crab-mild

Meat Crab Set Garlic Butter – RM174.00

brolly-crab-factory-meat-crab

Dessert

Perut sudah kenyang. Tiba masa untuk dessert. Sempatlah kami cuba beberapa menu dessert. Antaranya:

Tiramisu – RM16.00 & Chunky Peanut Butter – RM18.00

brolly-crab-factory-dessert

Waffle with caramel – RM20.00

brolly-crab-factory-waffle

Minuman

Wild Berry

Wild Berry

Promosi

Ok. Untuk yang ingin singgah dan menikmati menu-menu lazat di restoran ini, ada diskaun untuk anda di bulan Mac ini. Sila rujuk poster di bawah:

brolly-crab-factory-mac-promo-1

brolly-crab-factory-mac-promo-2

Parkir

Ada beberapa tempat yang ada boleh parkir kenderaan anda. Tetapi ada satu tempat yang saya cadangkan untuk anda jika datang ke sini.

Anda boleh tinggalkan kenderaan anda di Menara Naza (bersebelahan dengan Menara Felda). Istimewanya parkir ini ialah ia PERCUMA dari jam 6.00 petang ke atas.

brolly-crab-factory-free-parking

Info lain

Alamat:

Brolly
Ground Floor, Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur.

No. tel: +603 – 2181 4122

Facebook: Brolly | Instagram: @mybrolly

Websitewww.my-brolly.com

Waktu beroperasi: 11am-11pm

Komen eXplorasa

Secara peribadi, saya suka restoran ini. Kelainan dalam konsep dan menunya menambat hati saya. Pelbagai menu ada disediakan. Pilih sahaja mengikut selera anda.

brolly-crab-factory-blogger-review

Dari segi harga tak adalah mahal sangat. Berbaloilah dengan suasana dan rasa menu-menu yang ditawarkan. Lagipun restoran macam ni bukanlah kita nak pergi hari-hari.

Sesekali menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di waktu baru mendapat gaji satu idea yang bagus.

Rating

Brolly Crab Factory KL
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.3 (daripada 5)

Nota:

Terima kasih kepada Lan Careno dan Hafiz Rahim kerana sudi meminjamkan foto-foto mereka. Kamera saya mengalami masalah pada hari tersebut.

 

1,486 total views, 10 views today

10 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: