Sign in / Join

Pengalaman Makan Seafood di Crab Hut Cyberjaya Memang Terbaik!!!

Lobster… Memang feveret saya. Isi di bawah cengkerangnya dan dalam penyepitnya yang lemak manis cukup mengasyikkan bila dimakan. Kalau tidak kerana udang ini mahal harganya pasti ia kerap menjadi menu pilihan saya.

Rezeki saya. Tahun 2016 ni dah 2 kali saya dapat mencuba lobster dengan mewahnya. Belum pun sempat memori makan lobster di Desa Sri Hartamas keluar dari benak saya, sekali lagi jemputan makan yang melibatkan menu lobster saya dapat.

Kali ini crab hut, restoran ini yang sedang viral diperkatakan tentang keunikan menu hidangannya menjemput eXplorasa dan rakan blogger daripada kelanblogger ben ashaari yang lain.

Crab Hut Asia cyberjaya

Terletak di shaftburry cyberjaya, lokasi restoran ini tidak susah untuk dicari. Namanya sudah mesra waze dan google maps. Taip sahaja “crabhut cyberjaya” di aplikasi waze atau google maps, anda pasti terus dibawa ke sini.

Shaftsbury-Square-CyberJaya

Terletak di tingkat 2 bangunan shaftburry signboard restoran ini boleh dilihat daripada jalan raya. Anda hanya perlu mencari parkir kenderaan yang terletak di bangunan belakang untuk meninggalkan kenderaan anda.

papan tanda Crab Hut Cyberjaya

papan tanda Crab Hut Cyberjaya

Susun atur dan hiasan dalaman

Melangkah masuk ke dalam restoran ini mata terus terpesona dengan suasana redup di dalamnya. Cahaya yang tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap menjadikan suasana seakan tenang.

image

Meja dan kerusi tersusun rapi. Selain daripada meja untuk pelanggan yang datang berempat atau kurang, ada juga meja panjang untuk kegunaan pelanggan yang datang secara berkumpulan.

image

image

Mata saya saya seterusnya melirik ke hiasan dalaman di sebelah kanan. Ada roda-roda yang digantung pada dinding sebelah situ. Roda-roda ini boleh dipusing. Ia bersambung diantara satu sama. Apabila satu dipusing, semuanya akan bergerak serentak.

image

Seterusnya mata saya terpaku pada akuarium-akuarium kecil berdekatN dengan tempat dapur restoran ini. Akuarium-akuarium ini diletakkan dengan haiwan laut seperti lobster udang ketam dan sebagainya. Semuanya yang masih hidup.

image

Terus terang saya cakap, saya cukup selesa dengan suasana restoran ini.

Menu-menu lazat di sini

Pada sesi menjamu selera kali ini kami dihidangkan dengan pelbagai menu. Di antaranya:

Garlic Fried Rice & Baby Octopus – RM23.00

Garlic Fried Rice & Baby Octopus – RM23.00

Jamba Prawns & Thai Sambal Fried Rice – RM32.00

Jamba Prawns & Thai Sambal Fried Rice – RM32.00

Chamala Chicken & Garlic Fried Rice – RM22.00

Chamala Chicken & Garlic Fried Rice – RM22.00

Baby Octopus & Prawns Combo – RM29.00

Baby Octopus & Prawns Combo – RM29.00

Signature Stuffed Sotong – RM24.00

Signature Stuffed Sotong – RM24.00

Apa yang menariknya lagi, walaupun nama restoran ini mencerminkan makanan laut, tetapi ia tidak mengabaikan pelanggan yang kurang gemar dengan makanan laut. Dengan mengambil kira faktor ini, restoran ini turut menawarkan pilihan menu kepada pengunjung. Ini memberikan lebih pilihan kepada pengunjung yang inginkan menu selain daripada makanan laut.

Menu ini adalah di antara menu-menu ala makanan barat (western food):

BBQ Chilled Australian Sirloin Beef in Smoky BBQ Sauce – RM39.90

BBQ Chilled Australian Sirloin Beef in Smoky BBQ Sauce – RM39.90

Menu-menu lazat yang lain

Crab’s Hut Fried Jamabalaya – RM25.90

Crab’s Hut Fried Jamabalaya – RM25.90

Fried Oyster Sandwich – RM24.00

Fried Oyster Sandwich – RM24.00

Fried Soft Shell Crab with Carbonara Spaghetti – RM23.90

Fried Soft Shell Crab with Carbonara Spaghetti – RM23.90

Teruja giller dengan Red Lobster ni!!!

Teruja giller dengan Red Lobster ni!!!

Seafood Bag – Meat Crab, Mussels dan Cendawan Butang dengan sos Jamba-Jamba – RM128.90

Seafood Bag – Meat Crab, Mussels dan Cendawan Butang dengan sos Jamba-Jamba – RM128.90

Seafood Bag – Yabbies (Lobster kecil), Scallops (Kekapis), Japanese Hamaguri Clams dan Kacang Panjang. Combo ni.. scallops yang digunakan memang terbaik dari ladang. Marvellous!! – RM175.90

Seafood Bag – Yabbies (Lobster kecil), Scallops (Kekapis), Japanese Hamaguri Clams dan Kacang Panjang.  RM175.90

Minuman

Ada pelbagai menu minuman yang ditawarkan mengikut selera pengunjung. Kami sempat mencuba 3 minuman yang pada saya sangat sesuai dipadankan dengan menu-menu makanan yang sangat sedap tadi.

Rose Fruit Punch dan Red Apple & Strawberry Blend

Rose Fruit Punch dan Red Apple & Strawberry Blend

Info lanjut restoran ini

Laman web: www.crabhut.asia

Alamat:
Crab Hut Asia
P2-25,
Shaftsbury Square,
Persiaran Multimedia,
Cyberjaya 6,
Selangor, Malaysia

Facebook: crabhutasia

Tel: 03-8322 6861

Untuk reservation, sila hubungi nombor telefon di atas, ataupun layari laman web Crab Hut Asia.

Promosi

Sekarang Crab Hut Cyberjaya sedang mengadakan promosi bulanan iaitu untuk bulan Febuari, ia dipanggil Monthly Crazy Bag February dimana anda boleh menikmati 2 ekor Red Lobster (jumlah berat dalam lingkungan 800 gram) dengan harga RM155.

Red-Lobster-Promo-Murah-500x500

Ataupun, anda boleh memilih untuk menikmati “Spanner Crab“, hanya dengan harga RM12 bagi setiap 100 gram (harga biasa RM17 per 100 gram).

Spanner-Crab-Promo-murah_Yabby-500x500

Oh ya… Kalau anda ingin mencuba combo seafood pada harga yang lebih murah, anda bolehlah bertandang ke sini pada waktu happy hour pada setiap hari. Happy hour adalah diantara pukul 12.00 tengahari hingga 4.00 petang.

Kupon diskaun

Untuk menikmati diskaun bagi mana-mana menu pilihan anda selain daripada menu promosi tadi, anda hanya perlu tunjukkan gambar kupon di bawah yang ada nama aku ni. Anda layak untuk mendapat 10% diskaun.

Sohoque (1)

Panduan memesan menu

Untuk memudahkan anda memesan menu-menu best di sini, saya suka menggunakan cara-cara memesan menu oleh Hafiz Rahim ni:

Step 1: Pilih makanan laut (minimum 1 jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300 gram ataupun 500 gram (Untuk ketam boleh pilih berapa ekor)

Step 2: Pilih sos (Yang ni kena pilih elok-elok, sebab ada 4 jenis sos dengan 4 tahap kepedasan). Yang aku suggest, anda boleh cuba sos Jamba-Jamba ataupun Signature Southern Bang Saurce

Step 3: Pilih satu atau dua bag buddies (Add-on macam cendawan, jagung, sosej, kentang ataupun kacang panjang).

Selesai ikut ketiga-tiga step. Tunggu! Dan sejurus pesanan siap dimasak, ia dihantar terus ke meja anda…

Komen eXplorasa

Restoran ini pada saya boleh la dikategorikan di dalam salah sebuah restoran makanan laut yang paling best di sekitar cyberjaya. Daripada konsep yang diterapkan, susun atur dan hiasan dinding, suasana yang redup dan tenang, rasanya yang sedap dan harganya yang berpatutan, semuanya saya suka.

Kepelbagaian menu yang boleh dipesan dengan pilihan 4 sos yang  lazat bakal membuatkan pengungjun seperti saya teringat-ingat rasanya dan berazam untuk datang lagi ke restoran ini.

Yang paling penting harganya berbaloi-baloi.

Rating

Crab Hut Asia CyberJaya
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.0 (daripada 5)

Note:
satu lagi tempat makan best di cyberjaya… Trulia Cafe Cyberjaya, best!

2,167 total views, 6 views today

6 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: