Iftar Di Nandos – Mood Shopping Raya Pun Tak Terganggu

10
1671

Persiapan untuk Hari Raya

Bulan Ramadhan telah pun melewati separuh bulan. Tidak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya. Tentunya hari yang berbaki ini akan dihabiskan dengan membeli kelengkapan untuk Hari Raya seperti pakaian raya dan sebagainya.

Biasanya jika membeli belah di pasaraya ia akan mengambil masa yang agak lama. Nak cari baju yang berkenan di hati untuk seisi keluarga di dalam pasaraya yang penuh sesak dengan pembeli bukannya satu perkara yang mudah.

Jika aktiviti shopping bermula sebelah petang, ia pasti akan berlarutan sehingga kepada waktu berbuka puasa. Masalahnya ialah jika kita berbuka puasa di luar premis pasaraya pasti mood untuk menyambung shopping akan terpadam. Jadi nak tak nak, tempat yang paling sesuai untuk berbuka puasa ialah di restoran yang terletak di dalam premis membeli belah itu juga. Betul tak?

Baru-baru ini saya ke Plaza Masalam di Shah Alam untuk mencari pakaian raya untuk keluarga. Selepas beberapa lama window shopping, waktu berbuka hampir tiba. Tiba masanya untuk saya mencari restoran untuk kami sekeluarga berbuka puasa.

Restoran Nandos Chicken Plaza Massalam
Restoran Nandos Chicken Plaza Massalam

Bila ditanya anak-anak nak makan apa, mereka serentak menjawab Nandos. Memang Nandos adalah restoran pilihan kami sejak dulu lagi. Jadi kami pun terus ke Nandos yang terletak di tingkat bawah Plaza Massalam. Kebetulan orang masih lagi tidak ramai. Mungkin masih agak awal sebelum waktu berbuka.

 

Chup Meja

Sesampai di depan pintu masuk restoran ini, saya lantas bertanyakan kekosongan tempat untuk membuat tempahan. Lantas kami ditunjukkan menu sempena Ramadhan. Ya, Nandos pun ada menu sempena bulan Ramadhan. Dan promosi ini datang dengan Chup Meja, iaitu cara untuk membuat tempahan meja di bulan Ramadhan ini.

restoran-nandos-plaza-massalam-chupmeja

 

Untuk info semua, Nandos memang tidak menerima tempahan meja untuk berbuka puasa melalui telefon. Anda dikehendaki datang sendiri ke premis Nandos dan lakukan 3 langkah ini:

1. Singgah ke restoran Nandos
2. Tetapkan masa makan dan hidangan yang dipilih
3. Bayar dahulu dan Chup nombor meja

* perlu diingat, tempahan Chup Meja ini hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa makan.

 

Ramadhan Platter

Set Ramadhan Platter
Set Ramadhan Platter

 

Sempena bulan Ramadhan ini Nandos telah memperkenalkan menu istimewanya iaitu Ramadhan Platter. Set ini termasuk:

  • 2 x 1/4 Chicken with 2 sides
  • 1 x Large PERI Chips
  • 2 x Bottomless soft drinks
  • 2 x Orange Bolo Cake ( pencuci mulut )
  • Air minuman Free Flow (Teh O Limau dan Coke)

 

Harga: RM59 sahaja

 

restoran-nandos-plaza-massalam-ramadhan-platter

restoran-nandos-plaza-massalam-ramadhan-platter-2

Large Peri Peri
Large Peri Peri
Kek Oren Bolo
Kek Oren Bolo
air Free Flow
air Free Flow

 

Kami makan berempat pada hari tersebut. Kami pesan 1 set Ramadhan Platter, satu set biasa dan 1 set espetada.

kami order espetada untuk menu tambahan
kami order espetada untuk menu tambahan

 

Nandos Tapau Platter

Oh ya. Jika tidak mahu makan di restoran, anda boleh juga tapau dan makan di rumah. Hanya telefon Nandos dan buat pesanan untuk Nandos Tapau Platters.

Tapau Platter
Tapau Platter

 

Untuk menu tapau ini, ia didatangkan dengan:

  • 1 x Whole Chicken
  • 2 x regular sides
  • PERCUMA air minuman Ice Lemon Tea 1.5L (bagi tempahan sebelum 5 petang)

Harga: RM45

Nombor untuk pesanan: 1300-88-6555

Untuk pre-order online: http://onlineorder.nandos.com.my/

 

restoran-nandos-plaza-massalam-pre-order

 

Komen eXplorasa

Menu Nandos yang sedap-sedap memang tak perlu diperkenalkan lagi. Restoran ini memang menjadi pilihan saya dan keluarga sejak dulu lagi.

Untuk menu Ramadhan ni, ia memang berbaloi untuk dimakan di waktu berbuka puasa. Harga menu yang berbaloi sebagai sajian untuk 2 orang.

Bagi yang belum mencuba menu ramadhan ini, anda boleh lah menerjah mana-mana restoran Nandos berdekatan anda di bulan Ramadhan ini.

Bagi saya restoran ini adalah antara tempat berbuka puasa yang paling best di Shah Alam.

puas hati makan kat sini
puas hati makan kat sini

 

Anda boleh juga mengikuti review menu Ramadhan ini di blog-blog #BloggerKakiMakan berikut:

1. Hazman Fadzil – #IftarAtNandos dengan Ramadan Platter di Restoran Nandos Subang Parade

2. Mahamahu – Shopping Dan Buka Puasa Di Nando’s Bangsar Village

Loading

10 COMMENTS

Leave a Reply to KiD Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge