Promosi Ramadhan Asmara Penchala – Suasana Indoor dan Outdoor Yang Menggamit Rasa

Klinik Asmara Penchala

Klinik Asmara Penchala

Restoran Asrama Penchala

Ada lagi jemputan ke buffet Ramadhan. Semalam eXplorasa dan geng #BloggerKakiMakan menerjah Restoran Asmara Penchala yang menjadi lokasi pengambaran drama bersiri “Teman Lelaki Upahan” yang menjadi bualan sedikit masa lalu.

banner buffet ramadhan

banner buffet ramadhan

Mencari lokasi restoran ini tidak susah. Ikut sahaja Google Maps. Ia pasti membawa anda kehadapan restoran ini dengan selamat. Saya bertolak daripada Shah Alam tepat pukul 5.30 petang dan sampai di depan restoran ini pada pukul 6.15 petang. Itu pun setelah menempuh kesesakan lalu lintas di Bazaar Ramadhan Sungai Penchala tak jauh daripada restoran ini.

Restoran ini baru sahaja diambil alih oleh syarikat yang tidak asing lagi dalam bidang kulinari dan penyediaan makanan iaitu Felda D’Saji daripada pemilik asalnya. Banyak kemudahan yang ditambah dan dibaik pulih oleh D’Saji. Menu-menu di restoran ini juga ditambah dengan pelbagai menu oleh D’Saji.

Felda D'Saji, peneraju dalam bidang catering

Felda D’Saji, peneraju dalam bidang catering

Jadi restoran ini sebenarnya adalah restoran di bawah pengurusan D’Saji. Hanya nama sahaja yang dikekalkan. Jadi sudah semestinya kualiti makanan, kualiti servis dan lain-lain adalah terbaik selari dengan imej D’Saji yang merupakan peneraju dalam industri ini.

Menu- menu buffet Ramadhan Asmara Penchala

Menu Utama

Menu utama ini akan ditukar pada setiap hari untuk memberi variasi kepada menu-menu di restoran ini. Antara menu yang disediakan restoran ini:

Nasi Briyani Gam

Nasi Briyani Gam

Nasi Briyani Gam

Nasi Putih

Nasi Putih pun ada

Nasi Putih pun ada

Ayam Gulai ala Padang

asmara-penchala-ayam-gulai

Ayam Goreng Gajus

asmara-penchala-ayam-goreng-gajus

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Daging Salai Masak Lemak

Daging Salai Masak Lemak

Ikan Keli Sambal Hijau

Ikan Keli Sambal Hijau

Ikan Keli Sambal Hijau

Kambing Masala

Kambing Masala

Kambing Masala

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak

Sambal Udang Petai

Sambal Udang Petai

Sambal Udang Petai

Udang Masak Lemak

Udang Masak Lemak

Udang Masak Lemak

Sayur Buncis Ala Bombay

Sayur Buncis Ala Bombay

Sayur Buncis Ala Bombay

Siput Sedut Masak Lemak Keladi

gulai keladi siput sedut

Semua menu-menu ini disediakan di ruangan buffet di tengah-tengah restoran ini.

Menu-menu lain

Menapak ke dalam sedikit ada lagi disediakan tempat makanan yang lebih ringan.

Kuey teow dan Mee Goreng

asmara-penchala-noodle station

Bakso dan Laksa

asmara-penchala-noodle-station

Pasta

ruangan pasta

kambing Bakar

kambing bakar

Ikan Bakar

ikan-bakar

Roti John

roti-john

Sup Tulang Rawan

sup-tulang-rawan

Pencuci Mulut

dessert 4

dessert 3

dessert 2

dessert 1

tembikai

tomato-kecil

aiskrim

Air Minuman

Air Tembkai Laici

Air Tembkai Laici

buffet-ramadhan-asmara-penchala-air-minuman

Air Oren dan Keladi

Kemudahan

Surau, Tandas dan Parkir. 3 perkara yang mesti ada pada sesebuah restoran untuk menarik pelanggan. Restoran ini mempunyai ketiga perkara yang agak penting yang boleh menarik pelanggan ke sini.

Surau

Surau yang selesa siap dengan tempat ambil wudhuk

Surau yang selesa siap dengan tempat ambil wudhuk

Parkir

Alhamdulillah, restoran ini ada menyediakan kawasan parkir walaupun agak terhad.

Walaubagaimanapun pelanggan yang tidak dapat parkir di tempat yang disediakan di depan restoran kerana penuh boleh memilih untuk meletakkan kenderaan mereka di premis sebelah restoran ini.

Info lanjut berkenaan Asmara Penchala

Suasana berkonsep Bali

Melangkah masuk ke restoran ini, memberikan saya suatu perasaan yang damai. Ini sudah pasti disebabkan konsep yang diterap oleh restoran ini ialah konsep Bali. Berbuka puasa di dalam suasana taman. Ini memang berlainan buffet Ramadhan yang pernah saya sertai pada tahun ini.

konsep ala Bali

konsep ala Bali

Restoran ini memberi pelanggan kebebasan memilih untuk berbuka puasa di dalam dewan (indoor) ataupun di kawasan terbuka (outdoor).

tempat makan outdoor

tempat makan outdoor

Gazebo

Di sini terdapat 2 gazebo yang disediakan khas untuk pelanggan yang inginkan susasana privasi. Tempat yang terhad ini seringkali menjadi tumpuan pelanggan.

Gazebo untuk yang inginkan suasana privasi

Gazebo untuk yang inginkan suasana privasi

asmara-penchala-ruang-makan-gazebo

Jika anda berminat untuk berbuka puasa di tempat yang unik dan indah ini lebih baik kiranya anda membuat tempahan awal untuk mengesahkan tempahan anda. Anda hanya perlu menambah RM50 daripada harga buffet Ramadhan yang ditetapkan.

Dewan Berhawa Dingin

Ada dua dewan bersaiz sederhana di restoran ini. Kedua-duanya berhawa dingin. Satu boleh memuatkan pengunjung seramai 6o orang manakala dewan yang satu lagi boleh memuatkan seramai 80 orang dalam masa masa.

Dewan berhawa dingin ini mampu memuatkan 80 orang dalam satu masa

Dewan berhawa dingin ini mampu memuatkan 80 orang dalam satu masa

Harga Buffet Ramadhan Asmara Penchala

Selain dari Restoran Asmara Penchala, D’Saji juga mempunyai 3 lagi lokasi buffet berbuka puasa mereka iaitu Dewan Perdana Felda, D’Saji KL Titiwagsa dan Restoran Felda Villa. Harga seperti di bawah yang cukup berpatutan.

Harga-Buffet-Felda-DSaji

Info tambahan tentang restoran ini

Alamat

Asmara Penchala
Lot 2933, Jalan Sungai Penchala Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Nombor untuk dihubungi

+603 7727 3535
+603 7726 0964
+6016 262 1500 (Wedding Event)
+6016 212 7952 (Corporate/Group Event)

Email:
info@asmarapenchala.com

Waktu Operasi : 6 petang – 11 malam

Facebook: AsmaraPenchala (sila follow untuk mendapatkan promosi terkini)

Instagram: AsmaraPenchala

Lokasi

Komen eXplorasa

Menu-menu masakan yang disediakan di sini semuanya sedap-sedap belaka. Dan ia ditukar pada setiap hari. Bertemakan 90 Juadah Warisan Islam Nusantara, semua yang dihidangkan menarik minat saya.

Ditambah lagi makan di dalama suasana taman berkonsepkan ala Bali, ianya menjadi lebih menarik. Jika selama ini anda biasa berbuka puasa dengan suasana indoor di restoran dan hotel, di sini anda boleh memilih suasana outdoor. Ianya lain dari yang lain.

Yang paling best, harganya yang murah. Sangat berbaloi untuk anda datang bertandang untuk berbuka puasa dengan suasana santai sambil mendengar alunan muzik live oleh band jemputan.

Saya tanpa ragu-ragu mengesyorkan anda untuk datang sendiri ke restoran ini merasai pengalaman yang saya rasa. Pada saya buffet ramadhan di restoran ini adalah antara buffet ramadhan yang paling best dan sedap di sekitar Kuala Lumpur.

#BloggerKakiMakan bersama Encik Syaiful, pengurus Felda D'Saji

#BloggerKakiMakan bersama Encik Syaiful, antara orang penting Felda D’Saji

Rating

Buffet Ramadhan Restoran Asmara Penchala
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.0 (daripada 5)

2,766 total views, 1 views today

8 Comments

  1. hazman aka species1980 June 27, 2015
    • sohoque June 27, 2015
  2. DknaAbza June 27, 2015
    • sohoque June 27, 2015
  3. ciklilyputih June 29, 2015
    • sohoque June 29, 2015
  4. Ummar Farouk November 12, 2016
    • sohoque November 13, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: