Bukit Broga Kembali Berseri

Bukit Broga Semenyih

Bukit Broga atau Broga (juga dikenali sebagai Bukit Lalang) terletak di Timur Semenyih dan berketinggian 400  meter dari paras laut. Bukit ini menjadi tumpuan bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Broga juga menjadi tumpuan bagi penggemar sukan pendakian. Tidak hairanlah jika ianya amat terkenal kepada pengunjung, termasuk juga saya sebagai penulis eXplorasa. Saya sendiri pernah beberapa kali datang menikmati matahari terbit di sini. Namun begitu, lawatan kali ini agak sentimental bagi aku.

Broga terbakar

gambar lalang terbakar
Keadaan Bukit Broga selepas kebakaran (gambar: mforum.cari.com.my)

Pada awal Februari lepas, kita dikejutkan dengan berita Broga yang dijilat api. Bukit ini yang menghijau sebelumnya telah bertukar menjadi hitam kesan daripada kebakaran tersebut. Saya tak berkesempatan menjengah Broga pada masa itu, dan lawatan kali ini selepas dua bulan peristiwa itu bagi saya sangat beremosi.

Pengalaman mendaki Broga selepas kebakaran

Seawal 5.45 pagi saya sudah sampai di ladang kelapa sawit dimana permulaan bagi pendakian ini. Selalunya saya parkir kereta di tepi jalan (percuma) tapi kali ni saya mencuba pakir di ladang persendirian dengan  bayaran RM2.00 sekali masuk.

tali keselamatan bukit broga
tali yang dipasang untuk keselamtan pengunjung Bukit Broga

Tanpa berlengah, saya memulakan perjalanan. Seawal perjalanan, saya perasan ada banyak tali keselamatan baru telah dipasang sepanjang tepi gaung bagi menambah kewaspadaan pengunjung terhadap bahaya yang tak dijangka. Perjalanan pada peringkat hutan tidak lah mencabar tetapi perlu berhati-hati kerana sebarang kesilapan mampu memberi kesan kecederaan. Tambahan pula perjalanan adakalanya hanya seinci dari pinggir gaung. Walaupun gaungnya tidaklah terlalu dalam.

gambar tali keselamatan
pengunjung Bukit Broga memanfaatkan tali yang disediakan
gambar lereng bukit broga
memang memudahkan pendakian

Memasuki fasa pendakian, juga didapati terdapat banyak tali-tali yang telah dipasang bagi memudahkan pendakian. Dengan ini, akan lebih memudahkan pendakian pengunjung. Mungkin mengambil kira bukit ini adalah lebih kepada lokasi riadah keluarga berbanding lokasi sukan mendaki, ianya telah dipasang pelbagai kemudahan bagi memudahkan pengunjung.

Setelah hampir 30 minit berjalan dan mendaki, saya dah pun sampai di puncak Broga. Secara Peribadi, saya lebih suka menikmati matahari terbit di puncak kedua tertinggi di situ. Ini adalah kerana pemandangan di situ lebih baik. Sudut fotografi pun lebih pelbagai (pada pendapat saya yang bukan jurugambar profesional). Sambil menunggu matahari memancarkan sinar, saya lepak di atas batu yang banyak terdapat di situ.

gambar-fajar-sadiq
pemandangan langit di Bukit Broga tika mentari mula menunjukkan jalur cahaya
gambar-matahari-naik
cahaya mentari semakin terserlah
gambar-matahari-pagi
matahari pagi di Bukit Broga

Dari pandangan saya, Broga dah hampir kembali seperti asal sebelum kebakaran. Lalang-lalang yang tumbuh memang kelihatan baru dan hijau. Namun begitu, bau kesan kebakaran masih boleh dihidu. Kesan lalang dan pokok terbakar masih kelihatan di sana-sini.

gambar-lalang-hijau-bukit-broga
lalang yang terbakar sudah tumbuh kembali
gambar-lalang-lereng-bukit
lereng Bukit Broga yang sudah dipenuhi lalang kembali
pemandangan-indah-bukit-broga
pemandangan indah dari atas Bukit Broga

Sarapan di kaki Broga

Menamatkan kunjungan kali ini, dan seperti kunjungan-kunjungan sebelum ini pastinya acara sarapan di kaki Broga. Kali ni temanya adalah nasi lemak dan air kelapa. Harga.. Ok la, nasi lemak bungkus dengan air kelapa (cawan plastik) adalah RM4.00. Lokasinya adalah betul-betul di permulaan pendakian (selepas tempat parkir). Ada dua gerai biasanya, satu pakcik dan isterinya dan satu lagi auntie punya. Saya selalu lepak di gerai pakcik ni..

gambar-nasi-lemak
nasi lemak dan air kelapa
gambar-nasi-lemak-telut-goreng
nasi lemak di kaki Bukit Broga
awek-cun-makan-nasi-lemak
Seorang gadis sedang menikmati sarapan..

Komen eXplorasa

Bagi yang belum pernah dan ingin menawan puncak Broga, anda boleh kesana dengan mudah. Jika dari Kuala Lumpur, terus perjalanan menghala ke Bandar Semenyih. Selepas Bandar Semenyih anda akan jumpa Petronas disebelah kanan. Sejurus selepas itu akan nampak lampu isyarat dan terus masuk kiri (ada papan tanda Broga). Teruskan perjalanan sehingga melepasi University of Notingham. Dari situ, perlu berhati-hati kerana lokasinya sudah makin hampir. Laluan pendakian berada dikiri jalan berhadapan dengan pusat penternakan arnab.

Bagi yang inginkan aktiviti yang mencabar setelah bergelumang dengan tuntutan kerja, bukit ini saya rekomen untuk anda datang melepaskan tekanan. Seronok sebenarnya apabila berjaya sampai di puncak setelah bersusah payah mengharungi cabaran di sepanjang perjalanan.

Rating

Pendakian Bukit Broga
Review oleh Solja Senja pada .
Rating: 4.2

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ