Ultraman Melawan Raksasa di Genting Highland

Resort World Genting

RWG  memang tidak sunyi dengan pengunjung. Walaupun Taman Tema Luarnya yang menjadi tarikan utama pengunjung ke sini sedang dalam pembinaan, namun pengunjung tetap seperti biasa. Jika anda ke sini pada hari minggu tanpa menempah bilik hotel terlebih dahulu, saya pasti anda tak akan dapat bilik untuk penginapan pada malam tersebut.

genting dalam pembinaan
gambar ini diambil dan dipostkan di instagram 67 minggu yang lalu

Taman tema luar RWG yang lama telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada taman tema luar yang baru. Kali ini RWG telah berkerjasama dengan 20th Fox Century, sebuah syarikat pengeluar filem dan pelbagai barangan di bawah jenama filem-filem terbitannya. Antara filem yang hebat terbitannya adalah siri filem Ice Age, Rio, Life of Pi, Alien, Predator dan Night At the Museum.

MOA RWG dan 2oth Fox Century

Sambutan pengunjung yang tak kunjung padam ini mungkin datang daripada promosi berterusan pihak RWG di samping nama RWG ataupun Genting Highland itu sendiri yang terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan menarik di sempadan negeri Selangor dan Pahang.

Banyak aktiviti dan Live Show yang telah diadakan di sini sepanjang penutupan ini. Antaranya adalah:

Ultraman Live in Genting 2015

Persembahan live terbaru yang sedang mendapat sambutan hangat di RWG sekarang adalah persembahan Ultraman. Bermula daripada 19 Februari 2015, persembahan Ultraman ini akan berlangsung  sehingga 29 March 2015.

Persembahan Ultraman ini adalah hasil kerjasama antara RWG dengan Tsuburaya Productions, syarikat yang menerbitkan cerita-cerita Ultraman yang terkenal sejak dari tahun 1966 lagi. Jalan cerita persembahan Ultraman ini disesuaikan dengan penonton Malaysia.

eXplorasa mendapat jemputan daripada RWG untuk menonton sendiri persembahan Ultraman ini. Menarik! Semua watak Ultraman ada. Ultraman Zero, Ultraman Ginga, Ultraman Tiga, dan 5 lagi Ultraman yang dikenali sebagai Ultraman, Seven, Taro, Cosmos dan Mebius. Watak jahat Alien Baltan dan Ultraman Belial juga turut dimuatkan.

Sesi bergambar dengan Ultraman

Oh ya…! Penonton juga diberi peluang untuk bergambar dengan Ultraman. Pastikan anda cepat-cepat beratur di dalam barisan ditepi sebelah kanan Genting International Showroom apabila emcee mengumumkan masa untuk sesi bergambar. Jika tidak anda akan terkebelakang kerana barisan akan menjadi sangat panjang dek kerana penonton yang teruja ingin bergambar dengan Ultraman.

bloggers and ultraman
sesi bergambar dengan Ultraman

Berita baik untuk anda

Jika anda membeli tiket sekarang, anda akan mendapat Jam Tangan Projektor Ultraman edisi terhad. Pemegang tiket Ultraman juga akan menerima diskaun eksklusif sebanyak 30% untuk barangan edisi terhad Ultraman dan 20% diskaun untuk makan malam di Resott Seafood, Hou Mei Resort  Hotel dan Coffee Terrace.

limited edition ultraman projector watch
jam tangan projektor Ultraman edisi terhad

Ada lagi…! Anda juga berpeluang untuk membeli bekas air (tumbler) edisi istimew Ultraman. Mata Utrman pada bekas air minuman tersebut akan bercahaya apabila air di dalamnya sejuk. Harga set Tumbler ini hanya RM26 nett dan ianya datang dengan Aiskrim Ultraman, pop corn dan isian semua (refill) percuma sepanjang persembahan ini.

tumbler set ultraman
Tumbler Ultraman
free refill
pop corn percuma dan free refill air minuman untuk pemegang tiket

Info lanjut tentang persembahan ini

Harga tiket Ultraman Live in Genting 2015:
RM88 (VIP), dan RM68 (PS1)

harga tiket ultraman live in genting 2015
Tiket Ultraman Live in Genting 2015

Venue:
Genting International Showroom

Waktu:
4.00 pm dan 8.00 pm

Tarikh:
19 Februari – 29 Mac 2015

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 03-2718 1118 ataupun anda boleh lawati www.rwgenting.com

Komen eXplorasa

Saya sungguh terpesona dengan persembahan Ultraman ini. Jalan cerita yang digarap memang membuatkan penonton ikut berinteraksi dengan watak di atas pentas. Saya suka dengan Ultraman Zero yang paling berkuasa di kalangan Ultraman semua. Ultraman Cosmos saya suka kerana kostumnya yang menarik dan agak berlainan daripada Ultraman yang lain. Saya yakin kanak-kanak terutama anak anda, pasti akan teruja dengan persembahan ini.

Cuti sekolah sudah semakin dekat. Membawa mereka ke sini untuk aktiviti cuti sekolah mereka adalah satu idea yang cukup bijak. Pasti aksi Ultraman dan gambar mereka bersama utraman akan menjadi kenangan buat mereka.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

    • dia bgtau aku hari tu sbb tak mau datang malaysia setiap kerana malaysia tak ada raksasa. kalau ada seekor dua pun kecik. cicakman pun boleh lawan. kalau cicakman cuti, bg jer keluangman lawan

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ