Melayan Muzik Alam Di Sungai Tua, Ulu Yam Selangor

11
3473

Aktiviti waktu cuti panjang

gambar sungai
alam semulajadi yang mendamaikan di  Pusat Rekreasi Sungai Tua

Cuti panjang Tahun Baru Cina ni tiba-tiba terasa rindukan muzik alam.. Dah lama rasanya tak layan bunyi air, bunyi unggas rimba. Periksa khemah, masih ok.. Periksa pula pisau ‘survival’, pun masih lengkap.. Mancis dan ‘fuel tablet’ ada lagi.. Cukup lah tu keperluan..  lain-lain barang, bukan satu kewajipan.

pisau rambo
pisau serbaguna yang selalu dibawa semasa aktiviti luar

So..boleh gerak.. Ke mana? Sungai Tua, Ulu Yam Selangor.. Lokasinya agak senang untuk dituju. Yang pertama kali datang pun boleh jumpa. Banyak papan tanda disediakan sepanjang jalan.

Cara ke Sungai Tua, Ulu Yam

Jika anda dari Selayang/Rawang, belok kiri selepas Pasar Borong Selayang. Dari situ, anda boleh jumpa papan tanda menuju ke sana.

Sebelum sampai ke sana, anda akan melalui Empangan Batu di sebelah kiri jalan (jika dari Selayang). Bagi yang rasa nak layan suasana tasik Empangan Batu ni boleh la singgah di 2 lokasi yang disediakan untuk pengunjung di empangan tersebut.

batu dam
Anda akan jumpa Empangan Batu sebelum sampai ke Pusat Rekreasi Sungai Tua
gambar orang sedang memancing
aktiviti memancing di Empangan Batu

Dari Empangan Batu ini, anda akan mengharungi jalan agak bengkang bengkok dan jalan sempit.

Sebelum sampai di pusat rekreasi Sungai Tua ni ada juga tempat rekreasi yang dimajukan oleh orang perseorangan iaitu Nur Lembah Bestari. Tempat rekreasi ini turut menyediakan tempat penginapan dengan harga serendah RM80 untuk 1 malam.

papan tanda
Selamat Datang Ke Pusat Rekreasi Sungai Tua

Selepas beberapa minit memandu, anda akan Nampak tanda ini di sebelah kanan. Maknanya, dah sampai la tu.. Walaubagaimanapun, pusat rekreasi ini yang merupakan antara tempat pelancongan dan rekreasi yang paling menarik di negeri Selangor, mempunyai 2 pintu masuk utama.

gambar pintu gerbang
Pintu gerbang Pusat Rekreasi Sungai Tua

Yang ni pintu pertama, bagi yang ingin mencuba jambatan gantung, boleh pandu terus sedikit dan masuk melalui pintu 2. Tapi, jika anda hendakkan lebih cabaran, boleh sahaja parking di pintu pertama dan berjalan menyusuri sungai sehingga ke jambatan gantung. Laluan telah tersedia, tidak terlalu mencabar.. Bagi tempat pendakian, telah disediakan tangga simen.

Kebanyakan pengunjung yang datang hanya one day trip sahaja. Jadi, aktiviti utama adalah mandi manda di sungai yang jernih ini. Airnya tidak terlalu dalam dan amat sesuai untuk seisi keluarga mandi manda.
Kemudahan yang disediakan di sini

Wakaf-wakaf disediakan bagi pengunjung berehat dan berkumpul. Kemudahan surau, tandas dan tempat persalinan juga disediakan. Kawasan tebing sungai yang lapang memudahkan pengunjung untuk membentangkan tukar dan khemah. Terdapat juga beberapa lokasi yang menyediakan tempat ‘BBQ’. Pendek kata memang sesuai sangat lah bagi aktiviti keluarga.

Bagi yang suka jungle tracking, ada bahagian korang..laluan disediakan bagi menikmati keindahan flora dan fauna. Laluan agak senang dan agak tidak mengelirukan. Yang penting, ikut jer anak sungai tu dan biasala kat hutan ni, jangan memandai dan tunjuk pandai.

 

Berkhemah

Aku mengambil keputusan untuk lari dari hiruk pikuk pengunjung (sikit saja jauhnya..) pasang khemah dan apa lagi..masa untuk makan!! ehh..sebelum tu, kita buat dapur segera dahulu.

Cara membuat dapur dan sediakan makanan sewaktu berkhemah

1. cari tin minuman yang mudah dipotong. Seeloknya beli tin air minuman. Airnya diminum untuk hilangkan dahala. Tinnya digunakan untuk membuat dapur untuk penyediaan makanan.

air tin
tin minuman boleh digunakan untuk persediaan memasak

2. Potong tin air minuman kepada 2 bahagian

baut dapur memasak
tin minuman yang dipotong dua

3. Buatkan tungku daripada batu-batu yang banyak terdapat di sekeliling. Pastikan ia sesuai untuk diletakkan bekas untuk memasak.

lapik periuk
susun batu untuk jadikan tungku

4. masukan hexamine solid fuel tablet, dan nyalakan api.

hexamine solid fuel tablet
penggunaan hexamine solid fuel tablet bagus kerana ia tidak peru menggunakan bahan bakar seperti kayu dan sebagainya

5. siap

lauk untuk perkhemahan
lauk yang siap di masak

Seharian di sini melayan hijau rimba, nyamuk, bunyi air, unggas yang entah apa nama dan yang paling riuh bunyi gelak ketawa kanank-kanak main air.

Dalam riuh rendah itu aku sempat juga terlelap. Sedar dari tidur terasa perut lapar. Masak megi, bancuh air kopilagi. Menjelang petang, aku pulang.

 

Harga tiket Pusat Rekreasi Sungai Tua, Ulu Yam

gambar tiket
harga tiket masuk ke Pusat Rekreasi Sungai Tua

Sebelum terlupa.. ni ongkosnya:

Dewasa : RM 1.00
Kanak-kanak : RM0.50,
Parkir: percuma
Tapak perkhemahan: percuma

Pusat rekreasi persendirian Sungai Tua

Tapi jangan terkeliru.. di pintu pertama tadi ada juga pemilik persendirian yang menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat rekreasi persendirian. Bayaran masuk ke situ adalah RM4.00 untuk satu kereta.. Hanya parkir sahaja dikenakan bayaran..

Di dalamnya ada disediakan ATV dengan bayaran RM30 untuk kegunaan selama 15 minit, RM50 untuk setengah jam.

Loading

11 COMMENTS

  1. entri macam tergantung sebab tak ada bgtau apa yag ada di dalam pusat rekreasi sungai dua tu. Puaka Gondol, sila bgtau soljar senja supaya buat entri sambungan apa yang menarik di pusat rekreasi sungai tua cepat!!!!

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge