Asam Pedas Telur Ikan Mayong D’Laila Claypot MMA Santai Corner Yang Best

MMA Santai Corner Nilai

Di dalam premis inilah bernaungnya D’Laila Claypot dan D’Laila Mee Udang, antara restoran ataupun tempat makan paling best di Nilai. Kedua-duanya bersebelahan. Tuan punya pun orang yang sama iaitu Kak Laila yang sungguh peramah dan pemurah.

d'laila claypot MMA Santai Corner

Asam Pedas Telur Ikan Mayong di D’Laila Calypot

Ini kali kedua saya ke sini. Kali pertama dulu, saya datang semata-mata nak merasa Mee Udangnya yang terkenal seantero Malaysia. Dan memang terbukti Mee Udang di sini memang terbaik. Entri Mee Udang ini menjelaskan segalanya. Entri ini termasuk dalam 10 entri yang paling banyak dicari oleh pembaca di enjin carian Google.

Kali ini saya bertandang lagi ke sini dengan satu hasrat iaitu untuk merasa sendiri keenakan Asam Pedas Telur Ikan Mayung dan lain-lain menu baru daripada D’Laila Claypot. Akhirnya tercapai juga hajat di hati apabila menu-menu yang ingin dirasa dapat dirasa.

Telur Ikan Mayong

Nama yang semakin menjadi trending, tetapi masih asing bagi saya. Ya… Saya tidak pernah makan menu yang berasaskan telur Ikan Mayong sebelum ini. Malah macamana rupa Ikan Mayong pun saya tidak tahu.

Telur Ikan Duri

Telur Ikan Mayong

Sehinggalah saya ke sini pada petang cuti hari Wilayah tempohari. Dek kerana geram dengan updates demi updates daripada Kak Laila, malam sebelumnya saya sudah mesej beliau supaya menyimpan stok telur Ikan Mayong kerana saya akan membawa keluarga untuk makan di sini pada petang keesokan harinya.

Memang Kak Laila jarang menghampakan permintaan pelanggannya. Sesampai saya di sini, kaki ini melangkah deras menuju ke sudut restoran tersebut. Hati sedikit lega apabila terpandang beberapa bekas yang berisi telur Ikan Mayong di dalamnya.

Lantas saya yang turut ditemani dengan isteri, 3 orang anak dan ibu mertua saya terus memesan menu yang bakal kami makan pada lewat petang itu. Oleh kerana sewaktu kedatangan pertama saya ke sini dahulu, saya sudah merasa Mee Udang yang saya kategorikan antara Mee Udang yang paling sedap pernah saya nikmati, maka kali ini saya beralih kepada menu lain pula.

Saya memilih menu yang saya idamkan sekian lama iaitu Asam Pedas Telur Ikan Mayong. Bonda (Ibu Mertua) saya memilih Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Isteri saya tetap dengan seleranya, memilih Mee Udang Galah sebagai santapannya di petang itu.

Seusai pemilihan menu, Kak Laila tambah lagi satu menu lain iaitu Udang Galah Masak Lemak. Katanya memang Udang Galah tersebut disimpan untuk saya. Sungguh terharu…!

Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Telur ikan mayong masak asam pedas

Asam Pedas Telur Ikan Mayong

“Hmmmm.. Macam ni rasanya telur ikan ni… ” getus hati saya tatkala telur ikan dikunyah di dalam mulut. Rasanya agak berlainan daripada telur ikan biasa. Malah bentuknya pun berlainan.

Telur Ikan ini berbentuk bulat bulat seperti jeli yang biasa dicampurkan bersama Ice Blended. Sifatnya pun sedikit kenyal. Telur ikan yang bulat-bulat kecil ini ujar Kak Laila sebenarnya berada di dalam kantung semasa di dalam perut Ikan Mayong.

gambar asam pedas telur ikan mayong

Memang sedap rasanya Telur Ikan Mayong Masak Asam Pedas ini

Tetapi ianya dikeluarkan untuk dicuci dengan teliti. Jika dimasak dengan dibiarkan telur ikan di dalam kantungnya, dikhuatiri ia kurang masak. Lagipun kantungnya tidak nampak cantik sewaktu dihidangkan kepada pelanggan.

Rupanya nama lain bagi Ikan Mayong adalah Ikan Duri. Baru saya tau dua nama ni adalah ikan yang sama.

Puas hati saya pada petang itu kerana dapat menikmati telur ikan ini. Memang sedap!!!

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

daging salai dalam claypot

Dading Salai Masak Lemak dalam claypot

gulai lemak daging salai

Daging Salai Masak Lemak terbaik

Memang ini masakan orang Negeri Sembilan. Pedasnya amat berlainan. Cukup masin dan pedas, saya terus jatuh hati dengan menu ini. Bukan tak pernah merasa menu ini sebelum ini, tapi yang ini terasa amat istimewa. Terutama bila memakan daging salai. Daging yang lembut dan terasa sedikit hangus kesan daripada disalai.

“Ini baru dipanggil Daging Salai…” Ujar saya kepada isteri.

Bukan apa. Sesetengah restoran nama saja Daging Salai, tetapi dagingnya hanyalah daging biasa. Tak terasa pun ianya disalai. Kenyataan saya diakui oleh isteri saya juga.

Udang Galah Masak Lemak

resipi udang galah masak lemak

Udang Galah Masak Lemak ni sungguh enak

Sebanyak 5 ekor udang galah pelbagai saiz dihidangkan kepada kami. Memang sedap udang galah ini. Segar. Menurut Kak Laila, beliau dan suami akan pergi kepada pembekal dan memilih sendiri udang galah ini. Hanya yang segar akan dipilih.

gambar udang galah

Udang Galah Masak LEmak dimakan dengan nasi putih. Memang ternagkat habis!!!

Patut la sedap udang galah ni. Isinya memang terasa manis apabila dimakan.

Mee Udang Galah

Mee udang galah

Mee Udang Galah

Menu signature D’laila Mee Udang ini isteri saya yang pilih. Memang mee udang adalah salah satu menu kegemaran beliau. Saya sempat merasa sedikit. Memang rasanya masih seperti dulu. Sedap! Tidak berubah kualitinya.

Menurut Kak Laila, kualiti masakan di restorannya terjaga kerana hanya beliau seorang sahaja yang masak. Sukatan bahan-bahan memang dijaga supaya tidak terlebih dan tidak terkurang. Tidak hairanlah rasanya masih tetap sama sewaktu pertama kali saya bertandang ke sini dahulu.

Nasi Putih

gambar nasi putih telur masin

Nasi Putih

Nasi putih di sini disertakan sekali dengan sebelah telur masin dan sedikit salad serta kacang panjang. Ada juga disertakan sambal belacan. Tak adalah nasi putih kosong saja. Kreatif!

Memang puas hati

Alhamdulillah. Semua berpuas hati. Isteri, bonda dan anak-anak. Walaupun anak-anak lebih kepada makan nasi putih dengan telur dadar.

Kami berangkat pulang dengan perut yang penuh kekenyangan dan perasaan yang penuh kepuasan.

Komen eXplorasa

Sesiapa yang nak merasa Mee Udang biasa ataupun Udang Galah, Mee Ketam, Telur Ikan Mayong, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Udang Masak Lemak atau Masak Asam Pedas, Ikan Patin Masak Tempoyak ataupun Masak Asam Pedas serta pelbagai jenis ikan lagi, saya syorkan anda bertandang ke sini. Saya jamin, jika selera anda seperti selera saya dan keluarga saya, anda pasti akan datang lagi di lain kali.

Terima kasih Kak Laila di atas layanan yang amat mesra pelanggan. Saya pasti akan datang lagi.

Info tambahan D’Laila Mee Udang dan D’Laila Claypot

peta lokasi

Facebook

D’Laila Mee Udang

Waktu operasi

6 petang – 10 malam

Harga:

Dari RM10 – RM15 (tertakluk kepada saiz)

Rating

Asam Pedas Telur Ikan Mayong D’Laila Claypot MMA Santai Corner
Review oleh eXplorasa pada .
Rating: 4.5

14,265 total views, 13 views today

19 Comments

  1. Ishak Ismail February 10, 2015
  2. hazman aka species1980 February 10, 2015
    • sohoque February 10, 2015
  3. titan February 10, 2015
    • sohoque February 10, 2015
  4. Oja Samid February 11, 2015
    • sohoque February 11, 2015
  5. Hasliana Md Saad February 17, 2015
    • sohoque February 17, 2015
  6. ohcikgu February 23, 2015
    • sohoque February 23, 2015
  7. Taylor Shee June 24, 2015
    • sohoque June 24, 2015
  8. nisa July 22, 2015
    • sohoque July 22, 2015
  9. shah December 18, 2015
    • sohoque December 18, 2015
  10. Azan February 16, 2016
    • sohoque February 17, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: