Sign in / Join
ebook bisnes burger

Review ebook Panduan Jana 5 Angka Sebulan Dengan Bisnes Burger

ebook bisnes burger

ebook Panduan Jana 5 Angka Sebulan Dengan Bisnes Burger

Alhamdulillah. Hari ni saya berjaya membaca ebook yang telah membuka mata saya secara serta merta tentang bisnes burger. ebook yang saya maksudkan adalah ebook Panduan Jana 5 Angka Sebulan Dengan Bisnes Burger.

ebook ini yang amat berguna untuk sesiapa sahaja yang nak tahu tentang bisnes burger ditulis dengan baiknya oleh Afiq Dato’ Rusly.

Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Bapa borek anak rintik. Begitulah ibaratnya bakat menulis yang dimiliki oleh Afiq ini. Seperti juga ayahnya Dato Rusly ataupun lebih glamer dengan panggilan Chef Li, olahan penceritaan Afiq bagus.

Memang sebelum ini tidak terlintas langsung untuk saya membuka gerai burger di tepi jalan. Bukan memandang rendah kepada gerai burger. Malah jauh sekali menghina perkerjaan menjual burger tepi jalan.

Cuma apa yang saya cuba nyatakan di sini ialah jika saya baca ebook ini terlebih awal, mungkin saya pun akan menjadi salah seorang peniaga burger di tepi jalan. Saya akan ceburi bisnes burger ini dengan sistem saya sendiri yang turut diceritakan di dalam ebook ini.

Tak sangka ya. Patutlah ebook ini menjadi salah satu ebook terlaris masakini. Ilmu di dalam ebook ini amat terperinci. diolah dengan sebegitu rupa sehinggakan apa yang saya tak terfikir pun dibincangkan di dalam ebook ini.

Secara dasarnya ebook tentang perniagaan burger ini membahagikan isi ataupun contentnya kepada beberapa bahagian, seperti berikut:

Pendahuluan

Ia menyentuh tentang boikot barangan yahudi terutamanya McDonald. Bagaimana mentaliti kita orang melayu dalam isu boikot ini.

Bagaimana Ray Crocs, pemilik terbesar rangkaian McD selepas lawatannya ke Malaysia mengatakan yang beliau sendiri sebenarnya takut dengan Ramly Burger. Kenapa McDonald takut dengan Ramly Burger ada dinyatakan di dalam ebook ini.

 

Bab 1: Membongkar Prospek Bisnes Burger Jalanan

Membongkarkan rahsia bahawa telah ramai orang yang menjadi jutawan dengan hanya membuat bisnes burger tepi jalan. Mereka inilah jutawan senyap seperti yang dikisahkan oleh chef li dalam bukunya yang bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap.

“Untuk melihat wang itu sangat senang, dimana ada orang di situ ada wang”, maksudnya di mana orang berkumpul di situ wang berkumpul, di Malaysia sangat jarang orang yang keluar dari rumah tanpa membawa wang” ~ chef Li

Mereka yang berjaya ini adalah mereka yang menganggap bisnes burger yang mereka ceburi itu adalah sesuatu perniagaan yang serius. Mereka menguruskan bisnes burger mereka secara professional.

Di dalam bab 1 ini ada digariskan apa sifat-sifat professional yang mereka amalakan sehingga membawa kejayaan.

Dalam bab 1 ebook ini turut menjelaskan kenapa anda tidak perlu membina perniagaan ataupun bisnes burger ini dengan menceburi program franchise.

 

Bab 2: Faktor Kejayaan Bisnes Burger

Apakah faktor-faktor yang mendorong kejayaan bisnes menjual burger ini. Ada yang mengatakan bahawa rasa yang sedap adalah faktor utama gerai menjual burger tepi jalan mendapat sambutan. Tetapi tahukah anda bahawa persepsi itu adalah salah sama sekali. Ada faktior-faktor lain yang lebih memainkan peranan atas kejayaan bisnes burger ini. Apa faktor lain disenaraikan di dalam ebook ini.

 

Bab 3: Profit Margin

untung rugi

Profit margin bisnes burger

Berapa sebenarnya profit margin yang mesti kita dapat untuk perniagaan ataupun bisnes menjual burger jalanan ini? Adakah margin 30% sudah memadai? Adakah margin 50% sudah cukup? Ataupun adakah margin keuntungan 60% sudah membuat anda tersenyum puas? ebook ini menceritakan dengan terperinci berapa margin keuntungan yang anda harus perolehi untuk bisnes anda berkembang teguh.

Untuk memaksimakan margin keuntungan, kos pembuatan mesti dikurangkan. Bagaimana untuk mengurangkan kos dalam bisnes ini? Apa kos-kos tidak perlu yang harus anda ketepikan? Semuanya dijelaskan dengan baik.

 

Bab 4: Rahsia Penyediaan Burger

Apa bahan-bahan wajib yang mesti ada dalam penyediaan burger. Kenapa ia mesti ada? Bagaimana cara mmasak bahan-bahan tadi. Bagaimana menghias burger? Di mana nak mendapatkan bahan-bahan mentah untuk membuat burger? Bagaimana memilih bahan-bahan tersebut? Bagaimana cara memasak burger yang betul? Adakah cara yang kebanyakan gerai burger jalanan gunakan sekarang adalah cara yang betul? Apa kesannya jika memasak burger dengan cara yang salah? Bagaimana menghias gerai?

Banyak lagi persoalan yang berlegar di kepala pengusaha bisnes burger dijawab di dalam ebook ini. Semua ini penting untuk pengusaha burger yang memang betul-betul serius untuk ambil tahu. Inilah yang akan menjadikan gerai burger anda lain daripada yang lain.

 

Bab 5: Pemasaran

Bab ini memang tak kurang pentingnya. Apa-apa bisnes sekalipun jika lemah strategi pemasarannya memang susah untuk pergi jauh. Begitu juga dengan bisnes ini. Siapa kata bisnes jual burger tepi jalan tidak perlukan pemasaran ataupun dalam bahasa lebih canggihnya marketing? Namun marketing tidak semuanya sama. Ia bergantung kepada bisnes apa yang diceburi.

Bisnes ini, marketingnya unik sedikit. Jika tau strategi nya memang gerai akan diserbu hingga tak menang tangan untuk kejar tempahan pelanggan. Apakah startegy marketing yang perlu diadaptasi ada diterangkan di dalam ebook ini.

 

Bab 6: Pengurusan Stall Burger

gambar stall burger

Gerai Burger Adieq

Ramai peniaga burger yang “biasa-biasa” mengabaikan tentang pengurusan gerai burger mereka. Pada mereka asal boleh dibuat memasak burger kira dah ok. Yang penting rasa burger sedap. Satu lagi konsep yang kurang tepat. Sebenarnya gerai burger ni amat penting.

Bagaimana hiasan gerai? Bagaimana memohon lesen gerai burger? Apa material gerai burger yang patut dipilih supaya gerai tahan lama? Di dalam ebook ini, ada di gariskan ciri-ciri yang harus ada pada gerai burger untuk menarik pelanggan datang ke gerai kita.

 

Bab 7: Rahsia Memilih Lokasi Bisnes Burger

Pemilihan lokasi untuk bisnes menjual burger ini amat penting. Ia amat kritikal. Tempat yang dicari mestilah seboleh-bolehnya mampu menjual 200 biji burger dalam satu hari. Macamana nak tahu kepadatan penduduk di satu-satu tempat? Bagaimana nak mengesan lubuk burger? Banyak lagi persoalan berkenaan lokasi ini akan terjawab. ebook ini memberi tips yang diperlukan untuk menentukan lokasi gerai burger kita.

 

Bab 8: Persiapan Alatan dan Kelengkapan

Seperti yaang saya katakan di awal tadi, ebook ini sangat lengkap. Persiapan dan kelengkapan juga ada dibincangkan. Apakah alatan yang perlu ada untuk membuka gerai burger? Daripada alatan-alatan biasa yang kita nampak di gerai burger jalanan, sehinggalah alatan-alatan kecil yang jika tidak membaca ebook ini mungkin kita tak terlintas untuk mencari dan menyedikan alatan tersebut. Semuanya daa diceritakan.

Alatan dan perkakasan ini amat penting untuk memastikan perjalanan gerai burger anda licin tanpa sebarang gangguan teknikal.

 

Bab 9: Pengurusan Kebersihan Stall dan Kelengkapan

kebersihan amat penting dalam perniagaan yang melibatkan makanan ini. bahan mentah yang tidak terjaga boleh menjemput kuman yang memberi kesan negatif kepada pelanggan. sebab itulah kebersiahan perlu ditekakan di dalam bisnes burger ini.

selain daripada kebersiahan gerai itu sendiri, kebersiahan perkerja juga amat penting. pakaian, rambut, kuku, tangan dan sebagainya perlu dipastikan bersih. perkerja perlu diberi kesedaran tentang peri pentingnya kebersiahn ini.

selain itu, persekitaran, alatan, bahan mentah, pembungkusan, temat penyimpanan juga perlulah bersih. untuk memastikan semua ini terkawal, ia perlu ada sistem. sistem ini dinyatakan seara jelas di dalam ebok ini.

 

Bab 10: Rahsia Menangani Pekerja Stall Burger

ebook ini juga menyentuh tentang kepentingan menjaga pekerja gerai burger. Untuk mewujudkan gerai burger jalanan yang berjaya, pemilihan pekerja juga harus diberi keutamaan. Antara sudut yang perlu dilihat didalam pemilihan perkerja adalah kemahiran dan akhlak. Dua perkara yang penting ini jika dijaga pasti akan menghasilkan satu gerai burger yang berjaya.

 

Komen eXplorasa

Memang ebook ini diluar jangkaan saya. Saya sangka ebook ini hanyalah ebook biasa yang bercerita secara asas tentang bisnes burger yang mana kebanyakannya saya dah tahu melalui pembacaan di tempat lain. Tetapi setelah dibaca.. memang terbaiklah! Bisnes burger jalanan disentuh dan dibincangkan secara meluas sehinggakan saya pun tak tefikir tentang apa yang dibincangkan.

Kepada yang nak mula berniaga dan masih tercari-cari apa yang nak diniagakan, saya syorkan sangat-sangat baca ebook ini. Yang dah berkerja dan berhasrat nak mencari pendapatan sampingan pun boleh baca. Aku pasti anda semua akan dapat sesuatu daripada ebook ini.

Klik banner di bawah untuk dapatkan ebook ini:

15,556 total views, 4 views today

15 comments

    • sohoque 18 May, 2015 at 01:15 Reply

      ya betul Ki. sy dah baca. mmg panduan tu amat berguna utk pengusaha dan bakal pengusaha gerai burger.. tak sangka pulak bukak gerai burger pun blh jd kaya

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: