Sebab Kenapa Anda Pasti Akan Datang Lagi Ke Bucida Court Sungai Penchala

9
1944

Baru-baru ini team eXplorasa menerjah Bucida Court Sungai Penchala. Terima kasih kepada pihak pengurusan Bucida Court kerana sudi menjemput kami melalui abang kacak Shakiddo.

Ada beberapa orang lagi food blogger yang turut serta termasuk top food blogger melayu Hazman Fadzil.

Ini bukanlah kali pertama aku ke sini. Sebelum ni dah 3 kali aku ke sini. Semuanya kerana Maggi Kari Ketam Nipah Gerai Miss Pah Hot Pots.

Yang bagusnya jemputan kali ini ialah kami dibenarkan merasa hampir kesemua menu-menu utama setiap satu lot gerai yang bernaung di bawah bumbung Bucida Court.

Memang banyak makanan yang dihidang untuk kami nikmati. Sungguh meriah. Semua makanan yang terhidang adalah sedap. Semua menggoda nafsu makan supaya diterkam. Cuma perut saja menghadkannya.

Jadi terpaksalah kami merasa sedikit setiap hidangan tersebut. Kalau tidak macamana nak bagi review, ya tak?

Tak perlu banyak mengomel, jom kita lihat apa menu-menu yang dihidangkan di food court ini:

Gerai AntaraBenua

restoran ikan singgang
Gerai Antarabenua
(kredit: mahamahu.com)

Ini adalah antara menu-menu istimewanya yang sempat kami rasa:

gambar sup ikan
Ikan Singgang Gerai Antara Benua

Ikan Singgang gerai AntaraBenua ini agak berlainan dengan yang pernah aku cuba. Ia mempunyai rasanya yang tersendiri. Memang sedap rasa dia.

gambar tomyam merah
Tomyan Seafood Gerai Antarabenua

Tomyam seafood di gerai ini pun memang membangkitkan selera. Tomyam yang kaya dengan makanan laut. Kuah merahnya memang sedap untuk dihirup.

Gerai Chi Thai Rasa Kelantan

gerai ala rasa thai
Gerai Chi Thai Rasa Kelantan
(kredit: mahamahu.com)

Gerai ini menyediakan masakan rasa Thai. Antara menu yang sangat best disajikan pada malam itu adalah:

minced beef fried rice
Nasi Goreng Daging Hancur

Nasi goreng ni memang best. Secara peribadi aku memang suka dengan nasi goreng ini.

gambar nasi goreng istimewa
Nasi Goreng Special Gerai Chi Thai Rasa Kelantan

Nasi Goreng Istimewa ini pun sedap juga.

Gerai Miss Pah Hot Pots

gerai maggi kari ketam
Gerai Miss Pah Hot Pots

Menu utama gerai ini adalah maggi kari ketam. Dah banyak blogger yang bercerita tentang menu popular kebanggaan Miss Pah Hot Pots ni.

gambar ketam nipah
Maggi Kari Ketam Nipah yang popular di sini

Selain itu, ada lagi menu yang tidak kurang mengancam daripada menu di atas. Anda boleh mencuba Ketam Masak Sambal Hijau. Walaupun agak pedas, tapi rasanya memang best.

Ketam Masak Sambal Hijau yang best
Ketam Masak Sambal Hijau yang best

Ini adalah menu yang aku akan cuba lagi jika bertandang ke sini di masa hadapan.

Maggi Kari Tiram
Maggi Kari Tiram

Maggi Kari Tiram juga boleh dicuba bagi penggemar Tiram.

Gerai Pak Jibby Fried Chicken

Gerai Pakk Jibby Fried Chicken
Gerai Pakk Jibby Fried Chicken

Kepada yang nak merasa menu yang berasaskan ayam goreng boleh lah ke gerai ini. Ayam goreng pedasnya memang boleh dicuba.

Gerai Raja Udang Cafe

Gerai Raja Udang Cafe
Gerai Raja Udang Cafe

Dua menu berikut adalah menu yang mesti anda cuba jika bertandang ke sini. Memang sedap.

Udang Butter
Udang Butter
Mee Udang
Mee Udang

Gerai Satay, Penang Char Kuew Teow dan Kerang Bakar

Gerai Satay, Penang Char Kuew Teow dan Kerang Bakar
Gerai Satay, Penang Char Kuew Teow dan Kerang Bakar

Untuk yang memilih tidak mahu menjamu selera dengan makanan berat seperti nasi dan mee, anda boleh mencuba satay. Satay di sini memang terbaik dengan rempah secukup rasa.

Satay ini kena dengan selera
Satay ini kena dengan selera

Penang Char Kuew Teow ini pun sedap tau. Ada rasa Char Kuew Teow Penang yang sebenar.

Penang Char Kuew Teow
Penang Char Kuew Teow

Kuew Teow Goreng (kering) pun sedap. Cukup rasa..

gambar Char Kuey teow
Kuew Teow Goreng Kering

Gerai Sup Lejen Papa Hotdog

Gerai Sup Lejen Papa Hotdog
Gerai Sup Lejen Papa Hotdog

Sesuai dengan nama lejennya, sup ekor ini memang terbaik. Sedap dimakan dengan nasi putih ataupun dihirup begitu saja

oxtail soup
Sup Ekor Gerai Sup Lejen Papa Hotdog

Hotdog ini pun boleh menjadi alternatif jika anda kurang menggemari sup ekor.

gambar hotdog
Hotdog Istimewa

Gerai Uncle Ron

western food uncle ron
Gerai Uncle Ron

Gerai ini adalah satu-satunya gerai yang menyediakan menu makanan barat (western food) di food court ini.

Pertama kali melihat menu gerai ini aku seakan berminat dengan hiasan menu-menunya.

Lihatlah Burger ini. Memang lain daripada yang lain. Warnanya memang menjadi tarikan. Namun kesedapannya bukan sekadar dilihat daripada warna. Rasanya juga memang sedap.

Burger Istimewa Uncle Ron
Burger Istimewa Uncle Ron

Ketahui Keuntungan Daripada Bisnes Burger

Begitu juga dengan meatballs ini. Bebola daging yang lembut memang bertambah enak dengan gravy yang sedap.

Meatballs Uncle Don
Meatballs Uncle Don

Menu ini bolehlah dibuat sebagai dessert. Menu pembasuh mulut yang tidak menghampakan untuk dicuba.

Sengkuang Kacang
Sengkuang Kacang

Itulah menu-menu daripada gerai-gerai yang berlainan yang kami sempat cuba pada malam itu.

Lokasi

Peta Lokasi Bucida Court
Peta Lokasi Bucida Court

Kepada yang ke sini, anda bolehlah menggunakan GPS, Waze ataupun Google maps untuk memandu anda terus ke sini. Taip sahaja Bucida Court Sunagi Penchala pasti anda akan dibawa ke sini.

Cuma anda perlu berhati-hati semasa memilih lorong daripada LDP untuk ke food court ini.

Jika anda menggunakan LDP daripada arah Puchong, anda terpaksa membuat pusingan U di persimpangan Damansara Utama/Mutiara Damansara. Selepas itu terus rapat ke kanan untuk mencari susur keluar ke jalan tepi food court ini.

Pandu terus sehingga nampak galeri Porsche. Oleh kerana anda tidak dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan tersebut, anda terpaksa pandu terus dan membelok semula ke arah bertentangan di stesen minyak Petronas tidak jauh daripada situ. Tuju semula ke arah yang bertentangan untuk sampai ke food court ini.

Live Band

Oh ya.. Untuk yang suka mendengar alunan lagu-lagu semasa sedang makan, food court ini ada menyediakan persembahan secara langsung daripada kumpulan muzik ataupun band-band yang terpilih.

Live Band
Live Band

Memang best persembahan mereka ni. Sebabnya untuk membuat persembahan di sini band-band tersebut akan melalui proses pemilihan terlebih dahulu. Maksudnya bukan sembarangan band yang boleh membuat persembahan di sini.

Skrin besar

Jika anda bertandang di hujung minggu, tidak perlu risau anda akan terlepas perlawanan bolasepak liga perdana Inggeris kegemaran anda. Di sini ada disediakan satu skrin besar di samping TV untuk tatapan peminat bolasepak.

Anda boleh berkunjung bersama rakan ke sini untuk menikmati menu-menu yang best dan sedap sambil melayan perlawanan bolasepak pasukan pilihan anda.

Komen eXplorasa.

Semua yang dihidangkan memang membuka selera. Memang berbaloi datang ke sini. Jika ada kelapangan memang kami akan datang lagi untuk mencuba menu-menu ini secara bergilir-gilir.

Jadi kepada anda yang mencari tempat makan yang best di sekitar Petaling Jaya sambil melepak bersama rakan ataupun keluarga eXplorasa mencadangkan food court ini untuk diletakkan di dalam senarai pilihan tempat makan anda.

Selamat mencuba pelbagai menu di Bucida Court, Sungai Penchala, Petaling Jaya, Selangor.

Info Bucida Court Sungai Penchala

Bucida Court

Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala
60000 Kuala Lumpur, Malaysia
5.00 petang – 2.00 pagi

Facebook: Bucida-Court

Bucida Court Sungai Penchala
Review oleh eXplorasa pada .
Rating: 4.5

Loading

9 COMMENTS

Leave a Reply to Ishak Ismail Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge