Masih Teringat Sampai Hari Ini Kambing Bakar Hotel Bangi-Putrajaya

Hotel bangi - putrajaya cafe
Cafe Lavista Hotel Bangi – Putrajaya

Minggu lepas tibalah masa untuk kami food blogger menerjah restoran-restoran yang ada dalam list offpeak.my. eXplorasa disertai oleh Shakiddo, Hazman Fadzil, Cik Lily Putih dan Mahamahu memilih Cafe Lavista Hotel Bangi-Putrajaya yang terletak di kawasan Bangi Golf Resort.

Memang mudah menempah restoran yang kita gemari dengan Offpeak.my. Pilih sahaja di antara restoran-restoran yang banyak tersenarai di dalam laman web Offpeak.my dan buat tempahan.

Pemilihan restoran menjadi lebih senang apabila pelanggan boleh memilih restoran berdasarkan negeri, lokasi dan jenis restoran (Halal atau Non-Halal). Pilih tarikh dan masa yang kita ingini dan terus buat tempahan.

offpeak.my discount
Tempahan ini dibuat berdasarkan carian negeri -> Cusine

Masa perlu dirancang untuk menikmati diskaun hebat. Sebab bukan setiap masa diskaun ditawarkan
Masa perlu dirancang untuk menikmati diskaun hebat. Sebab bukan setiap masa diskaun ditawarkan

Ada masa-masa tertentu, pelanggan akan dapat menikmati diskaun sehingga 30%. Jadi membuat tempahan melalui offpeak.my ini memudahkan kita memilih restoran, menikmati diskaun hebat, dan menjimatkan masa. Aku sudah ceritakan tentang Offpeak.my ini di dalam entri: Jimat Masa Dan Bajet Dengan Offpeak.my.

gambar dalam cafe
kaunter tempat menu-menu dihidangkan

Hotel Bangi-Putrajaya

Mula-mula agak keliru apabila mendengar nama Hotel Bangi-Putrajaya. Hingga terpaksa mencari dalam Google Map. Rupanya hotel ini adalah hotel yang dikenali dengan Hotel Equatorial sedikit masa dahulu. Hotel ini telah ditukar namanya kepada Hotel Bangi-Putrajaya dengan mengekalkan status 4 bintangnya.

food and beverage manager
Mr Chandramoghan, Pengurus Food & Beverage

Oleh kerana kami memilih untuk dinner di sana, perjalanan aku dari Shah Alam memang terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas untuk ke sana. Memang itulah kebiasaannya di malaysia ni. Jarang ada jalan yang tak jammed di waktu puncak sebegitu.

Parking

Pukul 8 malam eXplorasa sampai di hotel ini dan terus mencari parking. Terfikir juga tentang parking hotel yang biasanya mahal cajnya. Tapi di hotel ini, parking adalah percuma. Keselamatan parking juga agak bagus. Ada Pengawal Keselamatan yang ditugaskan dan ia turut dilengkapi dengan CCTV.

Masuk ke dalam hotel, terus mata melilau mencari signboard Cafe Lavista. Rupanya Cafe ini terletak di tingkat bawah Hotel Bangi-Putrajaya ini.

Cafe Lavista

Cafe ini, yang agak besar kapasitinya menyediakan menu tempatan serta antarabangsa termasuk Pizza yang dimasak dengan menggunakan api yang terhasil daripada kayu api, Tandoori Asli, makanan Laut yang segar, dessert yang enak dan lain-lain lagi . Boleh dilawati untuk Sarapan pagi, Makan Tengahari dan Makan Malam.

Menu

Sekilas pandang pada buku menu, cafe ini menyajikan pelbagai menu. Antaranya Bihun Hailam, Mee Mamak, Nasi Ayam, Penang Char Kuey Teow, Stir Fried Beef Black Pepper, Noodles Vegeteriana, Fried Rice Chicken BBQ, Nasi Goreng, dan Nasi Lemak Ayam Berempah.

Terdapat juga pelbagai jenis menu daripada kategori Burger dan Sandwich iaitu Chicken Chicken Burger, BBQ Burger, Ciabatta Cheese and Tomato, Focacia Sirloin, Tuna Melt Sandwich, The Tee-Club, dan Grilled Sandwich.

Dari kategori pasta ada Fussili Primavera, Beef Lasagna, Penne Pomodoro, Spaghetti Bolognaise, dan Fettucuni Seafood.

Bagi penggemar Pizza pula pelbagai jenis pizza boleh ditempah di sini. Juga terdapat pelbagai menhu dari kategori Western seperti Grilled Chicken Ragout dan lain-lain lagi.

Ulasan Makanan

Cafe ini menyediakan makanan secara A la Carte dan Juga Buffet. Menu-menu yang tersebarai tadi adalah menu A la Carte.

Antara hidangan A La Carte di sini yag sempat kami jamah pada malam itu ialah Nasi Goreng, Penang Char Kuey Teow dan Sandwich berserta Fries (Kentang Goreng). Penang Char Kuey Teow yang berharga RM33.10 memang sedap. Cuma Nasi Goreng (RM37.20) dan Sandwich berserta Fries (RM37.20) tu biasa-biasa sahaja rasanya.

gambar kuey teow goreng
Penang Char Kuey Teow
menu a la carte cafe lavista
Nasi Goreng
french fries
Sandwich dan Fries
Orange Juice dan Apple Juice dipesan untuk dinikmati bersama makanan
Orange Juice dan Apple Juice dipesan untuk dinikmati bersama makanan

Selepas menikmati 3 hidangan A La Carte tadi, bermulalah sesi merasa hidangan Buffet pula. Sewaktu pusing-pusing melihat secara keseluruhan menu-menu yang disediakan mata aku terus terpaku kepada daging kambing mentah yang tersedia untuk di bakar di Grilled Corner. Di sebelah daging Kambing ada Sotong dan Ayam.

daging kambing
Daging Kambing yang menunggu masa untuk di bakar
Sotong bakar
Selain kambing, sotong dan ayam juga disediakan untuk dibakar di Grilled Corner

“Kambing bakar ni mesti best” detik hati kecil ku.

Jadi habis sahaja acara ambil gambar makanan, terus aku menuju ke tempat Kambing Bakar tadi. Kambing, Sotong dan ayam ini hanya dibakar apabila ada permintaan. Ini untuk menjamin rasa sebenar menu di Grilled Corner ni.

Menu bakar di sini agak istimewa kerana ia melalui proses dua kali pembakaran. Kali pertama ia dipanggang di atas kuali leper dan ditutup untuk memastikan daging cukup masak. Proses kedua ialah daging tadi dibakar pula di atas api untuk memberi rasa sedikit hangus.

Aku memilih Kambing dan Sotong. Selepas menunggu lebih kurang 7 – 10 minit siaplah menu pilihan aku.

kambing panggang
Kambing dan Sotong Bakar Cafe Lavista sangat sedap!

Rasanya..? Perggghhh… Sangat sedap!!!. Serius, Kambing Bakar dan Sotong Bakar di sini sangat sedap. Dua pinggan aku habiskan. Dagingnya lembut senang dihiris, rasanya secukup rasa ditambah lagi dengan rasa sedikit hangus. Memang best lah! Siapa yang datang sini patut mencuba Kambing dan Sotong Bakar ini.

Menu-menu lain juga tidak kurang enaknya walaupun aku tak sempat merasa kesemuanya. Pizza di Pizza Corner tampak menyelerakan. Pasta pun nampak sedap.

gambar pizza best
pizza
Terdapat pelbagai jenis mee di Noodle Station
Terdapat pelbagai jenis mee di Noodle Station

Di sebelah kiri cafe ada di sediakan kaunter untuk pelbagai menu seafood.

seafood
Oyster enak dimakan begitu sahaja dengan sos yang disediakan
Menu-menu di kaunter seafood
Menu-menu di kaunter seafood

Di sebelah kanan Cafe ada lauk seperti Lamb Stew, Seafood with Dhill Cream Suce, Chicken Golden Blue with Mushroom Sauce, Hammagulli with Tomato Sauce, Eggplant with Tomato Basil Sauce, Ketam Masak Kari, dan Paru Berlada untuk dimakan bersama-sama nasi.

Lamb Stew
Lamb Stew
Seafood with Dhill Sauce
Seafood with Dhill Sauce
Chicken Golden Blue with Mushroom Sauce
Chicken Golden Blue with Mushroom Sauce
Paru Berlada
Paru Berlada
Ketam masak kari
Ketam masak kari
Hammagulli with Tomato Sauce
Hammagulli with Tomato Sauce

Roasted Beef with Rosemary Sauce dan Tandoori (Ayam, Udang dan Ikan) serta ulam-ulaman juga ada disediakan sebagai penambah kepelbagaian menu.

daging panggang
Beef Roasted With Rosemary Sauce
Ulam-ulaman
Ulam-ulaman

Di bahagian tengah ada terhidang bermacam-macam dessert dan buah-buahan. Di situ juga ABC Corner. Anda boleh membuat ABC sendiri dengan meletakkan bahan-bahan yang anda suka.

Desert
Desert

kek berkilat

kek cokelat

Kek Cokelat
Kek Cokelat
Desert yang terhidang
Desert yang terhidang
Buah-buahan
Buah-buahan

Secara keseluruhan, bertandang untuk menikmati hidangan menu-menu di sini memang berbaloi. Semua makanannya sedap-sedap terutama Kambing dan Sotong Bakar. Dengan diskaun sehingga 30% (di masa-masa tertentu), anda pasti tidak akan menyesal memilih cafe ini.

Cappuchino sebagai penutup dinner pada malam itu
Cappuchino sebagai penutup dinner pada malam itu

Alamat dan Peta Lokasi

Hotel Bangi-Putrajaya
Off Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR
Tel: 03-8210 2222

Selamat menikmati menu makanan yang enak di Cafe Lavista, Hotel Bangi Putrajaya.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

  1. masih terbau aromanya, masih terasa keenakannya. kambing bakar cafe lavista sangat ohsem. best!!! bila la Hisyamudin Fadzil, Hazman Fadzil, Cik Lily Putih dan Mahadi Mohamed Arifin nak ajak pegi lagi ni…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ