Steamboat Sup Udang Pak John Steamboat & BBQ Memang Enak!

Restoran Pak John Steamboat Wangsa Walk
Restoran Pak John Steamboat Wangsa Walk

Mencari restoran steamboat yang halal di Bandaraya KL tidaklah semudah yang disangka. Mungkin disebabkan faktor kurangnya orang-orang Islam mengusahakan restoran jenis ini menjadikan faktor halal tidak diambil endah oleh pengusaha bukan Islam. Ada la beberapa restoran jenis ini yang halal, namun bilangannya boleh dikira dengan jari. Ini sekaligus menjadikan skop pemilihan restoran jenis ini agak kecil.

Ada satu lagi restoran steamboat halal yang aku tahu di KL ni. Cuma belum berkesempatan lagi untuk membawa keluarga mencuba di sini sebelum ini. Restoran yang aku maksudkan ialah restoran Pak John Steamboat & BBQ. Yang aku tahu restoran ini ada 2 cawangan. Satu di e-Curve Petaling Jaya. Satu lagi cawangan ialah di Wang Walk Mall Wangsa Maju KL. Jika di cawangan e-Curve Mutiara Damansara hidangannya berkonsepkan buffet, di sini ia dihidangkan secara ala-carte.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, aku diemput oleh Kelab Komuniti Blogger Hai Blogger! untuk menghadiri event Blogger Award 2014 baru-baru ini. Aku dijemput sebagai Blogger Icon, bersama Vlogger Azfar untuk berkongsi pandangan dan tips juga sejarah aku sebagai blogger makanan (food blogger). Memang terharu dan teruja apabila diberi peluang sebegini. Terima kasih yang tak terhingga kepada Hai Bloggers! kerana sudi mengiktiraf eXplorasa.

Selain daripada aturcara pengisytiharan dan pembahagian hadiah kepada pemenang, perkara yang ditunggu-tunggu oleh blogger yang hadir adalah menjamu selera. Dengan menu yang telah tersedia sedari awal lagi di atas meja, memang tipulah jika aku katakan ia tidak menggoda selera makanku. Perasaan sama juga dikongsi oleh blogger lain aku rasa.

Tiba waktu makan, semua hadirin dengan pantas mengambil apa-apa yang tersedia di atas meja untuk di letakkan ke dalam sup yang sedang menggelegak. Aku mendapat tahu bahawa sup yahng dihidangkan di meja kami adalah Sup Udang. Ada juga Sup Kari tetapi dihidangkan di meja yang lain. Aku mendapat tahu bahawa Sup Udang dan Sup Kari ini adalah tarikan utama mengapa pelanggan harus datang berkunjung ke sini.

sup udang ni memang terbaik
sup udang ni memang terbaik

Memang cara aku menghakimi rasa masakan adalah semasa suapan ataupun hirupan pertama yang sampai ke mulut aku. Jika sedap memang aku akan bersungguh makan selepas itu. Jika suapan ataupun hirupan pertama sudah mengganggu mood makan, memang sedikit “spoil” lah mood makan selepas itu. impressi pertama memang penting untuk memikat selera makan aku.

Antara menu yang dapat memikat selera aku dengan suapan dan hirupan pertama adalah Mee Udang best Nilai, dan Asam Laksa terbaik Old malaya Kopitiam

Selepas beberapa ketika menunggu bahan mentah yang dimasukkan ke dalam sup udang tadi masak, tibalah masanya untuk aku merasa. Sruuup.. hirupan pertama singgah di mulut. yeszzaaa!!! Memang sedap. Tepatlah apa yang diceritakan oleh kawan-kawan yang pernah pergi membuat food review di Pak John Steamboat & BBQ e-Curve tempohari.

Mee yang menunggu untuk dimasak
Mee yang menunggu untuk dimasak
set hidangan ala carte Pak John Steamboat Wangsa Walk Mall
set hidangan ala carte Pak John Steamboat Wangsa Walk Mall
Set menu lengkap
Set menu lengkap

hidangan ala carte

Ini menjadikan aku semakin bersemangat untuk meneruskan santapan. Satu demi satu bahan mentah kami masak bersama sup udang. Ada ikan, udang, daging itik, daging hiris, dan lain-lain menu steamboat. Semuanya aku telan dengan berselera. Tambah berselera apabila kami turut dihidangkan oleh nyanyian secara live oleh Voxscape dan Razak A’ai. Persembahan mereka best walaupun belum dikenali ramai sebagai artis. Boleh pergi jauh mereka ni.

ikan

ikan bawal

Daging hiris
Daging hiris
Daging Itik
Daging Itik

Untuk air minuman kami dihidangkan dengan Jus Rosselle. Minuman buahan yang amat berkhasiat. Sedap air ni. memang aku rekomen untuk anda jika anda ke sini.

Yang pasti, kami dapat makan dengan sepuasnya tanpa was-was di restoran steamboat halal ini pada malam itu.

aneka bahan mentah

Untuk yang ingin menjamu selera di sini, dan tercari-cari akan lokasinya, lokasi restoran ini adalah di dalam Wangsa Walk Mall Wangsa Maju. Anda cari sahaja Wangsa Walk Mall. Taip sahaja Wangsa Walk Mall di dalam Google Maps ataupun waze anda. Pasti anda tiada masalah untuk ke sini.

Jika anda menggunakan kenderaan awam, stesen LRT terdekat adalah Stesen LRT Sri Rampai. Anda terpaksa menapak sedikit untuk ke Shopping Mall ini daripada stesen LRT. Ataupun anda boleh memilih teksi untuk ke sini. Tambang tak mahal pun sebab jaraknya dekat saja.

peta lokasi

Ini alamat penuh restoren ini:

Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-4141 8898

Setelah merasai sendiri menu steamboat di sini, aku memang rekomen anda yang gemarkan menu ini untuk mencuba Restoran ini. Bawalah keluarga untuk menikmati steamboat enak di sini. Memang berbaloi. Dengan rasanya yang best dan sedap, harga yang berpatutan, susun atur restoran yang creatif dan layanan staf yang ramah, anda pasti akan datang lagi untuk sekian kalinya ke sini.

Selamat menjamu selera di Pak John Steamboat & BBQ.

*gambar adalah ihsan daripada Mohdrasul.com

Restoran Pak John Steamboat & BBQ
Review oleh eXplorasa pada .
Rating: 5

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

Leave a Reply to Indra Kusuma Sejati Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ