Macam-macam Ada Di Pasar Stadium Shah Alam

16
2609

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada yang panggilnya Pasar Tani Shah Alam. Ada yang panggil Pasar Karat Shah Alam. Ada yang Pasar Minggu Shah Alam. Aku tak tau nak panggil apa, jadi aku panggil Pasar Stadium Shah Alam saja. Sebab ia pasar ini diadakan berhampiran dengan Stadium Malawati Shah Alam. Ia adalah salah satu tempat menarik yang boleh anda lawati di Shah Alam pada setiap hari Ahad.

Siapa yang tinggal berdekatan dengan pasar ini aku syorkan datang jika anda belum pernah datang. Yang tinggal jauh pun ok je kalau nak datang. Sebab pengalaman yang bakal anda perolehi di pasar ini amat best.

Macam-macam ada kat pasar ini. Daripada produk pertanian, makanan, pakaian dan lain-lain lagi. Hatta rim sport pun ada kalau kena masanya. Hehehe.

Pasar ini aku perhatikan terbahagi kepada 3 bahagian. Ada bahagian yang menjual produk pertanian seperti sayur-sayuran dan makanan mentah seperti ikan, udang serta pelbagai hasil laut dan sungai yang lain.

Bahagian kedua pula terdapat gerai-gerai makanan. Pelbagai menu sarapan dijual. Daripada nasi lemak yang best sehinggalah sup gear box yang mencengkam rasa. Masih teringat gear box yang besar yang sum-sum tulangnya boleh disedut menggunakan straw khas yang turut disediakan. Makan pula semasa sup gear box tu tengah panas. Pergghhh.. memang pengalaman tak dapat dilupakan.

Bahagian ketiga adalah tempat menjual pakaian dan lain-lain barang. Ada gerai menjual bermacam-macam tudung, jubah, pakaian kanak-kanak, pakaian lelaki dan wanita, dan lain-lain lagi. Macam yang aku katakan di awal tadi, semasa aku ke pasar ini pada hari Ahad baru-baru ini, rim dan stering sport juga ada dijual. Bukan itu sahaja, gerai menjual kereta dan insurans juga ada. Pendek kata, memang macam-macam ada kat pasar ini.

Aku sempat menyambar sepasang sandal semasa kunjungan ke pasar ini baru-baru ini. Sandal getah ala-ala sandal Crocs yang agak menarik. Hanya berharga RM14 sahaja. Berwarna merah hitam, memang mengancam. Tambahan pula dah lama aku mencari sandal macam ni.

selipar cantik
sandal baru beli dan terus pakai

Oh ya semasa kunjungan aku pada hari Ahad baru-baru ini ada sekumpulan palawat sedang berarak sambil melaungkan slogan palestin di pasar ini. Rupanya sukarelawan Aman Palestin sedang mengadakan gerakan mengutip derma untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin. Kak Aisyah (penyanyi Janji Manismu) juga turut serta.

Aisyah
Aman Palestin yang turut disertai oleh Aisyah

Pasar ini mula beroperasi sekitar jam 8 pagi. Jika anda datang awal, banyak pilihan parkir yang berdekatan. Jika datang lewat, parkir jauh lah jawabnya. Namun AWAS! jangan meletakkan kenderaan anda di tepi-tepi jalan utama yang boleh menghalang lalu lintas. Ini adalah kerana polis lalulintas selalu berkeliaran di kawasan itu untuk memantau pergerakan lalulintas. Mereka ini tidak teragak-agak untuk memberikan anda “surat cinta” di atas kesalahan tersebut.

Sedikit tips membeli belah di pasar ini.

Tips pertama. Jika anda mencari barangan dapur ataupun barangan basah, anda hendaklah membeli barangan tersebut terlebih dahulu. jangan merayau-rayau dahulu. Ini adalah kerana barangan basah yang menjadi tumpuan utama pengunjung di sini cepat habis. Ditakuti jika anda lambat membeli ianya akan habis dibeli pengunjng lain yang tak putus-putus datang.

Tips kedua. Selesai membeli barangan basah seperti ikan dan barangan yang sewaktu dengannya hendaklah segera anda simpan di dalam bekas kedap udara yang diisikan ais di dalamnya. Jika anda lambat berbuat demikian dengan merayau-rayau melihat barangan lain terlebih dahulu ataupun melepak bersarapan dahulu, ditakuti barangan basah anda menjadi busuk dan tidak segar lagi.

Itulah Pasar Stadium Shah Alam. Ia adalah pasar tani, pasar minggu dan pasar karat yang paling best di Shah Alam. Ia cuma diadakan pada hari Ahad sahaja di setiap minggu. Datanglah ke sini. Banyak barangan keperluan dijual di sini dengan harga yang murah.

Loading

16 COMMENTS

  1. Memang best tuan di pasar tani shah alam

    ada sekali tu siap ada kuliah dhuha dalam pasar tana

    Dan masa yang lain.. ada pameran ekspo pertanian dan perladangan. Kambing dan rusa semua ada.

    Memang lain dari yang lain.

    Bukan tempat cari produk pertanian je.. nak cari tudung .. jubah.. pakaian semua ada.

    We like
    Mazni Azmi recently posted…Kebaikan Wanita Muslimah Bertudung Dari Segi SainsMy Profile

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge