Iftar Di INTI Bertemakan Australian BBQ

blogger yang hadir

blogger yang hadir

Baru-baru ini aku bersama beberapa orang blogger lagi telah dijemput ke INTI International University & Colleges (INTI) untuk program iftar di sana. Ia sebenarnya adalah program yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar daripada School of Hospitality (SOHOS). Ini adalah program yang diatur oleh pihak INTI sebagai sebahagian daripada perkembangan individu dan pembelajaran innovatif mereka di sana.

Kali ini mereka dikehendaki menyediakan majlis makan bertemakan Australian BBQ. Antara menu-menu yang disediakan pada malam itu ialah, Aussie Burger (burger daging kambing ala Australia bersama cheese, nenas dan bett-root sebagai topping), Aussie Tilapia (menu ikan Tilapia panggang disediakan bersama salsa mangga) dan Lamingtons (Kek Sponge Australia yang baluti sos coklat dan dan kelapa).

Ada juga menu tambahan seperti sosej panggang dan jagung.

sweet corn

Jagung Manis (diambil daripada blog broframestone)

Memang best! Dah boleh buka restoran dah pelajar ni kalau diikutkan rasa menu yang dimasak hari tu. Burgernya besar-besar. Aku cuba merasa Burger Daging Kambing dan Burger Daging Lembu dengan mengambil keduanya serentak di dalam satu pinggan. Akhirnya sempat makan burger daging kambing je. Burger daging lembu hanya sempat makan separuh je. Perut dah penuh.

Burger bersaiz besar

Burger bersaiz besar

Ikan Tilapia panggang nampak macam tidak menarik. Tapi rupanya sedap! Itu adalah kali pertama aku menikmati ikan Tilapia panggang macam tu. Serius, memang sedap!

Aku sempat juga merasa Steak. Memang lembut dagingnya dan sedap…! Begitu juga dengan Sosej panggang dan jagung bakar. Best. Sesekali berbuka puasa dengan makanan barat macam ni ok jugak sebenarnya. Tak ada la asyik pergi buffet ramadhan je.

Sambil para hadirin menikmati menu yang disediakan, ada persembahan live yang dipersembahkan sendiri oleh pelajar SOHOS tersebut. Ada nyanyian dan tarian ala Australia. Kreatif para pelajar ini.

persembahan pelajar

persembahan pelajar

Ini diselangi dengan acara cabutan bertuah. Ok la kan. Mereka yang datang bukan sahaja kekenyangan malah ada yang membawa pulang hadiah pula.

Oh ya, mereka mengenakan bayaran sebanyak RM55 untuk satu kepala. Kira ok la harga tu dengan makanan yang banyak ni. Berbaloi la.

aussie bbq

Jika dinilai secara keseluruhan, majlis ini berjaya diadakan dengan jayanya. Tahniah kepada pelajar-pelajar SOHOS INTI. Cuma ada sedikit yang perlu diperbaiki iaitu dari segi servis.

Servis sepatutnya boleh diperbaiki lagi. Sesuatu perlu dibuat untuk mengelakkan hadirin beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Apatah lagi jika majlis dibuat di bulan Ramadhan yang mana hadirin dari kalangan muslim sudah seharian mengikat perut. Pastinya perasaan tidak sabar menghantui diri apabila waktu berbuka puasa sudah tiba.

beratur panjang

beratur panjang

Apa-apa pun tahniah buat pelajar SOHOS INTI dan juga staf yang memberi sokongan kerana berjaya mengendalikan Majlis berbuka puasa Aussie BBQ.

7,726 total views, 5 views today

20 Comments

  1. hazman aka species1980 July 18, 2014
    • sohoque July 18, 2014
  2. Denaihati July 18, 2014
    • sohoque July 18, 2014
  3. titan July 18, 2014
    • sohoque July 18, 2014
  4. Hans July 18, 2014
    • sohoque July 18, 2014
  5. eyriqazz July 19, 2014
    • sohoque July 22, 2014
  6. akubiomed July 20, 2014
    • sohoque July 22, 2014
  7. Farid Laham July 21, 2014
    • sohoque July 23, 2014
  8. azwan July 23, 2014
    • sohoque July 23, 2014
  9. Melastik Bintang July 24, 2014
    • sohoque August 2, 2014
  10. Mazni Azmi July 24, 2014
    • sohoque August 2, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: