Hello Kitty Town Puteri Harbour Penuh Keseronokan

gambar hello kitty town

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sanrio Hello Kitty Town bukan sekadar satu rancangan kartun yang menjadi kegemaran anak-anak. Malah ia sudah menjadi satu jenama yang komersil dan popular di seluruh dunia. Produk-produk di bawah jenama Hello Kitty bermula daripada alat permainan anak-anak, alat tulis, pakaian sehingga ke taman tema iaitu HKT, jenama ini memang terkenal dan sebati kanak-kanak di seluruh dunia.

pintu masuk hello kitty town

lukisan hello kitty

HKT Malaysia terletak di Puteri Harbour Nusajaya Johor, kawasan yang juga terletaknya Legoland Malaysia. Ia di bawah pengurusan Theme Attraction Malaysia iaitu syarikat yang turut menguruskan kidzania Kuala Lumpur. Tempat ini merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik di Negeri Johor. Ia terletak tidak berapa jauh daripada Taman Tema Legoland Malaysia yang juga merupakan tempat yang menarik untuk dilawati di Malaysia.

peta hello kitty town
Peta bangunan Hello Kitty Town

Dihasilkan oleh syarikat permainan Sanrio di Jepun, tempat ini adalah taman tema Hello Kitty yang pertama yang dibina di luar negara Jepun. Banyak permainan bertemakan kartun ini yang boleh disertai oleh kanak-kanak di sini***.

Apa yang menarik di dalam HKT

Tea Cup’s Ride

Permainan ini ialah permainan fizikal yang mana anak-anak duduk di dalam sebuah cawan besar, Kemudian cawan tersebut akan bergerak mengelilingi tempat tersebut. Cawan itu sendiri boleh berputar jika dipusing stereng yang terletak di tengah-tengah cawan tersebut.

tea cup ride 2

tea cup ride

Pemainan ini sama seperti yang terdapat di Legoland Malaysia dan Genting Highland.

Wishful Studio

Di sini pengunjung boleh belajar menghias biskut Hello Kitty. Biskut ini boleh terus dimakan selepas dihias.

Di dalam Wishful Studio ini juga anak-anak boleh belajar seni mewarnakan kuku. Pelbagai warna dan berus disediakan. Cuma hati-hati kerana warna kuku ini tidak mudah hilang. Anak aku mengambil masa seminggu untuk menghilangkan warna kuku tersebut. Aku tidak pasti samada warna ini menghalang air sampai kepada permukaan kuku atau tidak. Jika ia menghalang pastinya wudhuk yang diambil tidak sah yang menyebabkan solat juga sia-sia.

Hello Kitty House

Kami juga singgah di Hello Kitty House. Rumah ini adalah rumah Hello Kitty. Ia Rumah ini dihias dengan begitu indah bertemakan warna pink. Rumah ini seperti rumah yang betul dengan dibahagikan kepada beberapa ruang seperti ruang tamu, bilik tidur, dapur, bilik mandi dan lain-lain lagi. Terdapat juga gambar-gambar hiasan berupa potret Hello Kitty di dinding rumah. Anak-anak aku agak kagum dengan hiasan di sini.

Wishful Studio

Membuat barang kemas dan Ambil Gambar dengan Pakaian Kostum

Di sini anak-anak akan diajar cara menghias rantai Hello Kitty. Rantai yang sudah siap terhias nanti boleh terus dibawa pulang.

Di sudut yang lain di dalam wishful Studio ini terdapat satu studio untuk mengambil gambar dengan berpakaian kostum watak-watak kartun Hello Kitty.

Friendship Land

Jika di dalam Wishful Studio permainannya agak releks, di sini permainannya lebih aggresif. Kanak-kanak bermain dengan bebola plastik. Mereka boleh menembak dan sebagainya dengan menggunakan bebola plastik dan alat yang di sediakan untuk menembak. Kanak-kanak pasti akan menyukai permainan ini.

Black Wonder

gambar black wonder
Black Wonder

Permainan ini ialah permainan menguji minda. Misinya adalah untuk menyelamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel yang telah diculik dan di kurung di dalam gua itu.

Pengunjung akan diberi sebuah lampu yang juga digunakan untuk check point di satu-satu tempat. Pengunjung juga diberi soalan untuk dicari jawapannya di dalam gua yang gelap dan dibina seperti gua penjara zaman silam. Jika dapat menjawap semua soalan, kita dikira telah berjaya melepaskan Hello Kitty dan Dear Daniel. Sebelum keluar kita akan diberi sijil menandakan kita telah berjaya di dalam misi tersebut.

Permainan ini agak menaik kerana ia menguji minda. Ia memerlukan penglibatan ibubapa untuk memudahkan menyelesaikan soalan misteri yang diberi.

Persembahan daripada Hello Kitty

Dalam beberapa jam sekali pengunjung akan dihiburkan dengan nyanyian dan tarian oleh Hello Kitty, Dear Daniel dan penari-penarinya. Pelbagai tarian yang dipersembahkan termasuk tarian Rusia, Koboi Arab dan lain-lain.

Tempat Makan / Kafe di dalam HKT

Di depan Friendship Land ada satu tempat makan yang dinamakan CinnamoRoll Cafe. Ibubapa dan anak-anak yang sudah kelaparan dan penat bermain di dalam HKT bolehlah berehat seketika di kafe ini sambil mengisi perut dan menghilangkan dahaga.

2013-12-22 14.27.21

gambar pinggan
makanan di cinnamoroll
gambar cafe hello kitty
cinnamoroll cafe

Harga Tiket HKT.

Harga tiket HKT adalah daripada RM55 – RM85. Harga tersebut amat berpatutan kerana ianya bukan sahaja untuk HKT tetapi termasuk sekali dengan harga tiket The Little Big Club yang berada di tingkat 2 dan 3 premis tersebut.

Bertandang ke sini cukup releks kerana ianya terletak di dalam bangunan dan berhawa dingin. Cuaca panas maupun hujan tidak menjadi isu di sini. Ibubapa pula boleh duduk bersantai sambil melihat anak-anak bermain daripada jauh kerana tidak risau anak akan pergi jauh.

Jika anda merancang untuk bercuti di dalam Malaysia, tempat ini mungkin boleh disenaraikan di dalam senarai pelancongan anda. Anak-anak anda pasti menyukainya. Apa yang penting adalah perancangan dan bajet yang kita kumpul untuk sesuatu percutian.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ