Resipi Ayam Masak Kicap Mr Mama

Hari ini aku menjadi Mr Mama. Isteriku ke Pulau Pinang menyertai Pencarian Harta Karun anjuran pejabatnya. Dua peluang menghadiri seminar menambah ilmu bisnes online terpaksa aku lupakan. Keluarga lebih utama daripada segalanya.

Bagus juga menjadi Mr Mama ni sebenarnya. Ia dapat merapatkan lagi perhubungan dengan anak-anak. Bayangkan saban hari kita berkerja, keluar awal pagi dan balik lewat petang. Mcam aku ni kadang-kadang balik lewat malam. Masa untuk anak-anak pun agak terhad. Jadi masa ini lah aku dapat meluangkan masa bergurau senda dengan anak-anak. Memang terasa kemesraan yang semakin erat.

Lagi satu, semasa menjadi Mr Mama ni boleh sekali sekala aku menjenguk dapur. Anak-anak harus disuap.Bukan tak boleh nak bawa anak-anak makan kat restoren. Cuma rasa kurang best sikit. Sebabnya, Ifza masih kecil. Susah juga aku nak kawal dia. Nak tumpu pada makanan lagi. Nak layan Iffah lagi. Jadi lebih baik makan kat rumah saja.

Boleh je kalau nak beli dari restoren dan makan kat rumah. Tetapi apa salahnya kalau cuba masak kat rumah ye tak? Bahan-bahannya dah ada. Tinggal usaha kita saja lagi. Lagi satu air tangan ibubapa ni lebih berkat untuk bagi anak-anak makan.

Jadi tengahari tadi aku masakkan untuk anak-anak Ayam Masak Kicap. Resipi Ayam Masak Kicap ini tidak lah dirujuk kepada mana-mana buku resipi maupun mana-mana blog resipi. Ia hasil daripada pemerhatian dan sedikit tunjuk ajar daripada isteri lama dahulu. Resipi ini bukanlah sehebat resipi Ayam Masak Kicap Majalah Karangkraf.

ganbar menu ayam masak kicap
Gambar Ayam masak Kicap (sumber: majalah Resipi Karangkraf)

Bahan-bahan resipi :
Separuh ekor ayam yang dipotong sederhana besar.
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar bawang (aku dah kisar sekali bawang merah bersama bawang putih)
kicap manis secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan cili kisar dan bawang tadi sehingga timbul bau wangi
  • Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi mengikut citarasa anda
  • tunggu beberapa ketika dan masukkan ayam.
  • Gaul tumisan dengan ayam tadi.
  • Tambahkan air untuk jadikan kuah. Jika mahukan kuah yang banyak tambahlah lebih air. Anak-anak aku memang suka kuah banyak
  • Masukkan garam
  • Besarkan api dan tunggu seketika
  • Selepas itu kecilkan api dan biarkan ia mendidih perlahan selama 30 minit.
  • Aku suka rasa yang seakan hangus sedikit. Jadi aku biasanya tak tambah air banyak sangat dan akan biarkan sehingga kuah macam nak kering dan ada bau macam hangus sedikit.
  • Lepas tu tambah air sedikit lagi sambil gaulkan ia.
  • Hasilnya akan lebih sedap dengan rasa hangus sedikit.
  • Kemudian tutup api dapur dan siap untuk dihidangkan
gambar ayam digaul
ayam digaul dengan bawang, cili dan kicap yang telah sebati
ayam masak merah peringkat kedua
Ayam yang siap digaul ditambah air untuk menjadi kuah
gabar ayam masak merah yang hampir siap
selepas 20 minit
gambar ayam masak merah yang sudah siap
Ayam Masak Kicap Mr Mama siap!

Untuk hidangan makan tengahari tadi aku tambah lagi satu menu iaitu telur dadar.

gambar telur dadar
telur dadar

Siaplah makan tengahari aku dan anak-anak tadi. Tiada menu sayuran kerana anak-anak aku memang tak makan sayur. Ikut perangai aku masa kecil dulu kot. aku dulu pun tak suka makan sayur. Bila sudah dewasa ni barulah suka sayur-sayuran hijau.

hidangan ringkas
hidangan ringkas Mr mama

Kepada yang nak cepat dan tak mahu libatkan bahan-bahan yang banyak, boleh lah cuba resipi Mr Mama ini. Cepat, ringkas dan sedap.

Besok ada sehari lagi aku menjadi Mr Mama. Sekarang boleh update blog sebab si kecil Ifza sedang tidur. Kena cepat siapkan entri sebelum beliau terjaga. Selamat mencuba resipi yang aku namakan Ayam Masak Kicap Mr Mama. Hehehehe.

Untuk resipi Ayam Masak Merah yang simple dan ringkas tapi sedap, boleh klik:

Ayam Masak Merah Simple

p/s: Nak resepi kuih keria yang viral? Klik entri: Resepi Kuih Keria Gula Melaka ni…

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

Leave a Reply to Siti Syakira Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ