Jamuan Hari Lahir Di Manhattan Fish Market

gambar seafood platter manhattan fish market
eXplorasa review Seafood Platter Manhattan Fish Market

Hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga ke Sunway Pyramid. Saja jalan-jalan bawak anak-anak. Isteri pulak nak tengok kasut tahan air kat butik kasut Jelly Bunny. Musim hujan macam sekarang ni dah jadi macam trend pulak orang pakai kasut Jelly Bunny ni. Belek punya belek, berjaya juga isteri aku memborong 2 pasang kasut kat sini.

kasut tahan air
Kasut Jelly Bunny sedang menjadi trend sekarang

Lepas solat maghrib kami mula mencari tempat untuk makan malam sebelum berangkat pulang. Pusing punya pusing terpandang Restoren Pasar Ikan Manhattan ( Manhattan Fish Market ). Teringat yang aku dan isteri kali terakhir makan di restoren ini 3 tahun yang lepas kat MFM Ampang Park. Dah lama tu tak makan kat sini. Bila tanya anak-anak diorang pun macam teruja nak makan sini, so kira sahlah makan kat sini.

tempat makan seafood best
Restoren Manhattan Fish Market

Bila nak masuk je MFM tempat penuh dengan pelanggan yang sedang makan. Kena tunggu la pulak. Tak pe lah tunggu pun tunggu lah. Sebabnya makan malam ni kira macam jamuan sambut hari lahir aku pada 8 Januari bebaru ni lah. Belum sempat buat jamuan lagi. Pada mulanya ingat nak bawa diorang ke Restoren Satay Station yang baru buka di Plaza Shah Alam. Dah buat keputusan makan kat sini, Satay Station tu bulan depan la jawabnya.

gambar bayi pilih makanan
Ifza pun sibuk pilih menu

Kami sepakat pilih menu Seafood Platter. Kat dalam menu tu dah ada banyak submenu. Ada ikan, sotong, Udang, Tiram, Chips dan nasi sekali. So cukup lah untuk makan 4 orang. Si Iffah pulak merajuk tak nak makan. Nak main game kat Note 8 mama dia je. Baby Ifza memang suka Fries. So ok lah.

gambar buku menu
pilihan set menu platter manhattan fish market
gambar seafood platter
Set Seafood Platter yang menjadi pilihan kami
ikan, sotong, udang
item yang terdapat dalam Seafood Platter
gambar udang masak
Barisan udang dalam menu Seafood Platter
gambar nasi
Nasi yang juga terdapat dalam menu ini

Tapi risau takut tak cukup, aku order lagi sepinggan spaghetti Shrimp Olio. In case tak cukup boleh la makan spaghetti tu.

gambar pasta
menu pasta Manhattan Fish Market
spaghetti udang
Spaghetti Shrimp Olio

Minuman pula aku pilih yang harga paling mahal. Nama pun macam catchy sikit aku tengok. So aku order la Sunset By The Bay. Ia adalah minuman hasil campuran teh dan peach serta lemon. Yang lain order soft drink je. Lagipun soft drink tu boleh diisi semula (refill). So jimat sikit bajet.

air campuran teh, peach dan lemon
Air Sunset By The Bay

Sampai je Seafood Platter yang dipesan, pelayan MFM terus buat demonstrasi nyalakan api atas menu tadi di depan meja kami. Seronok lah anak-anak tengok. Lepas tu acara makan pun kami mulakan. Menu ini memang best. Boleh makan untuk 4 orang. Cuma tiram tu je yang bagi rasa muak sikit. So kena perah lemon yang disediakan sekali tu untuk kurangkan rasa muak tu.

makanan laut dibakar
demonstrasi bakar Seafood Platter di depan kami

Pada aku pemilihan minuman Sunset By The Bay adalah silap. Sepatutnya untuk menu yang ada rasa sedikit muak macam ni, kena pilih minuman yang agak masam. Pilihan Iqbal memesan soft drink perisa strawberi amat tepat. Sekurang-kurangnya ia boleh membuatkan rasa muak tu hilang.

f&n strawbery
soft drink boleh refill (isi semula)

Akhirnya kami dah kenyang tanpa sempat menjamah spaghetti Shrimp Olio. Aku tapau untuk dibawa pulang. Makan kat rumah pulak. Semua sekali dalam RM100 je.

Secara keseluruhan menu ni sedap. Ada banyak lagi menu yang boleh dicuba di sini. Kena ulang datang banyak kali la nampaknya untuk habiskan merasa menu dalam buku menu tu. Ok jugak tu. Nanti boleh buat review banyak-banyak. Boleh la jadi top food blogger melayu nanti. Hehehe.

gambar keluarga bahagia
Family aku

Jika anda anda dah boring makan kat restoren biasa, boleh la cuba sekali sekala makan di restoren ini. Pasti ia memberi sedikit kelainan kepada selera anda.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

Leave a Reply to titan Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ