Cara buat passport untuk kanak-kanak

Contoh gambar passport kanak-kanak
Passport Iffah yang baru siap

Passport adalah perkara paling penting untuk diambil tahu sebelum kita melancong ke luar negara. Tidak kira berapa umur kita, passport adalah perkara wajib untuk memasuki sesebuah negara lain.

Hari ini aku dan isteri mengambil cuti separuh hari untuk menyelesaikan urusan passport iffah. Kenapa kami bersusah payah untuk buat passport iffah yang masih kanak-kanak pada hari ini? Ia adalah kerana iffah bakal berumur tujuh tahun pada 01/02/2014 ini. Kenapa pula dengan umur 7 tahunnya itu?

Ok. Buat pengetahuan anda passport boleh diperbaharui untuk jangkamasa 2 tahun dan 5 tahun sahaja. Untuk kanak-jika memperbaharui untuk 2 tahun kosnya adalah rm80. Sebaliknya jika memperbaharui selama 5 tahun, kosnya rm150. Jadi sebenarnya ada penjimatan jika memperbaharui passport dalam jangkamasa yang panjang.

Perancangan aku dan isteri ialah aku mahukan passport Iffah ni tamat tempoh sebelum dia berumur 12 tahun. Sebabnya nanti mahu perbaharui lagi dengan kos kanak-kanak iaitu rm150 untuk 5 tahun. Jika aku tidak mengambil langkah untuk perbaharui sebelum tarikh lahir Iffah ni bermakna tarikh luput passportnya nanti selepas dia berumur 12 tahun (untuk pembaharuan tempoh 5 tahun). Jika ini berlaku bermakna kos untuk menyambung tempoh passport nanti sudah meningkat kepada kos orang dewasa iaitu rm300 untuk tempoh 5 tahun dan rm200 untuk tempoh 2 tahun.

Cara untuk perbaharui ataupun membuat passport untuk kanak-kanak

Pergi ke pejabat imigresen yang berdekatan dengan tempat anda. Untuk kes aku tadi, aku ke pejabat imigresen yang terletak di bangunan PKNS Shah Alam. Sila bawa dokumen berikut:

  • sijil kelahiran kanak-kanak yang ingin dibuat passport tersebut.
  • Bawa juga 2 keping gambar berukuran passport.

Pastikan anak anda memakai pakaian yang kontras dengan latar belakang gambar passport yang berwarna putih. Baju berwarna gelap amat digalakkan. Jika anda belum ada gambar berukuran passport anak anda, jangan risau. Ini kerana biasanya ada kedai gambar berdekatan dengan pejabat imigresen yang anda pilih untuk pendaftaran passport itu.

tmpat buat passport
bahagian membuat passport di Pejabat Imigresen PKNS Shah Alam

Bila perkara-perkara keperluan untuk membuat passport tersebut sudah tersedia, terus tuju ke kaunter pertanyaan di pejabat imigresen. Bagitau pegawai bertugas tentang hasrat anda. Biasanya mereka akan meminta untuk melihat gambar kanak-kanak dan kad ibu atau bapa atau penjaga. Nombor giliran akan diberi di kaunter tersebut. Minta borang ringkas daripada mereka dan isikan butiran diminta.

nombor giliran buat passport
nombor giliran akan diberi
contoh isi borang
borang permohonan passport untuk kanak-kanak

Tunggu nombor giliran kita dipanggil. Lama masa yang diambil untuk nombor giliran kita dipanggil bergantung kepada ramainya orang yang datang ke pejabat imigresen tersebut pada waktu itu. Hari itu kami terpaksa menunggu lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke giliran nombor kami. Jadi untuk tidak mmbuang masa kami bersarapan dahulu di Kompleks PKNS.

pengunjung pejabat imigresen
Pengunjung Bahagian Passport Pejabat Imigresen Shah Alam pada hari tersebut
gambar budak makan burger
Burger menjai habuan kami pada pagi itu

Usai sahaja sarapan, iaitu selepas satu jam kami naik semula ke tingkat dua bangunan PKNS tempat terletaknya Bahagian Passport Jabatan Imigresen Shah alam. Lebih kurang 10 minit, nombor giliran kami dipanggil oleh kaunter memproses permohonan. dari situ kita akan disuruh ke kaunter pembayaran.

Selepas membuat bayaran kita akan diberi satu salinan resit yang tertera butiran terperinci tentang anak kita. Pastikan kita periksa dengan teliti butiran tersebut sebelum meninggalkan kaunter bayaran. Pastikan juga kita mengambil dan menyimpan dengan baik resit bayaran tersebut. Ia akan diperlukan semasa hendak mengambil passport apabila siap nanti.Passport akan siap selepas 2 jam (untuk kes membuat passport kanak-kanak di Pejabat Imigresen PKNS Shah Alam).

Selepas 2 jam datang semula ke kaunter 1 atau 2 (untuk kes Pejabat Imigresen PKNS Shah Alam) untuk mengambil passport yang sudah siap. Jangan lupa bawa resit pembayaran yang telah dibuat tadi. Buku merah passport akan diberi setelah resit ditunjukkan. Periksa sekali lagi butiran yang tercetak di dalam buku passport tersebut. Pastikan ia adalah butiran yang betul untuk kanak-kanak yang dibuat passport tersebut.

Untuk menjaga buku passport, ada sampul buku passport yang dijual di kaunter tempat mengambil passport. Harganya rm3. Anda boleh beli untuk menjaga ketahanan buku passport yang akan dipakai selama 5 tahun lagi itu.

Itu saja proses ataupun cara-cara untuk membuat passport untuk kanak-kanak. Senang saja kan? Kepada pembaca yang mempunyai tujuan dan niat yang sama dengan aku boleh ikut cara aku.

Pada kebiasaannya pejabat imigresen dibuka daripada pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang pada setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad. Namun untuk kemudahan orang ramai untuk membuat passport, beberapa cawangan terpilih pejabat ini turut dibuka pada hari sabtu dan Ahad, daripada pukul 8 pagi hingga 1 petang (kecuali jika Sabtu dan Ahad tersebut adalah kelepasan awam).

Antara pejabat-pejabat imigresen yang dibuka pada hari sabtu dan Ahad ialah:

  1. pulau Pinang – Seberang jaya
  2.  Johor – Johor Baru, Pekan Rabu
  3. Kedah – UTC Kedah
  4. Perak – RTC Gopeng, UTC Perak
  5. Selangor –  Kelana Jaya, pelabuhan kelang, Shah Alam,  Kajang
  6. Negeri Sembilan – Seremban
  7. Melaka – UTC Melaka
  8. Sabah – Kota Kinabalu
  9. Sarawak – Kuching, Miri
  10. Kuala Lumpur – UTC Pudu Sentral, UTC Sentul
  11. Pahang – UTC Pahang
  12. Putrajaya – Precint 15

Sumber

Jom buat passport untuk anak-anak. Apabila passport anak-anak sudah ada, senang lah kita untuk melancong keluar negara bersama keluarga. Nak tempah tiket kapal terbang pun senang dengan adanya passport mereka.

Baca juga: Nama Anak Lelaki 

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ